Login  |  Daftar

Terkini

Pages: 1 ... 8 9 [10]
91
Al-Fatawa / IAF (10): Ketagihan Video Lucah
« Kiriman Akhir by Halaqah Masa a year ago »
Ketagihan Video Lucah

Soalan:
Saya merupakan seorang mahasiswa di universiti tempatan. Rakan sebilik saya sering melihat video-video porno dan saya sukar untuk mengelakkan perkara tersebut.Soalan saya, apakah kesannya terhadap amalan dan ibadah kita melihat wayang-wayang sebegini dan bagaimana untuk mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ini?

Jawapan:
Haram melihat aurat orang lain apatah lagi yang lucah atau porno.
Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧


Maksudnya: Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.

(Surah al-Mu’minun: 5-7)

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi  di dalam bukunya Al-Taubah Ilallah telah menukilkan tulisan Ibn Qayyim dalam al-Jawab al-Kafi li Man Saala al-Adawa’ al-Syafi berkenaan kesan dan pengaruh maksiat. Antaranya ialah:
  • Terhalang dari mendapat ilmu
  • Terhalang dari rezeki yang murah.
  • Merasa jauh dari rahmat Allah.
  • Merasa terpinggir dari hubungan sesama manusia.
  • Segala urusan menjadi sukar dan sulit
  • Hati menjadi gelap.
  • Terhalang dari melakukan ketaatan
  • Boleh memendekkan umur seseorang.
  • Mengheret kepada kemungkaran yang lain.
  • Melemahkan ransangan ketaatan.
  • Merasa bangga dengan maksiat.
  • Mendapat penghinaan dari Allah.
  • Menganggap kecil terhadap maksiat kepada Allah.
  • Kesan buruk maksiat terhadap semua makhluk yang bernyawa.
  • Menyebabkan kehinaan di kalangan manusia.
  • Boleh melemahkan akal fikiran.
  • Menyebabkan hatinya tertutup dan mati.
  • Boleh mengundang banyak laknat.
  • Terhalang dari mendapat doa Nabi dan malaikat.
  • Melemahkan perjalanan hati kepada Allah.
  • Boleh menghilangkan banyak nikmat.
  • Boleh mengabaikan diri sendiri.
  • Merasakan kehidupan seolah-olah menjadi sempit

Untuk mengelakkan perkara tersebut, hendaklah memberi nasihat, peringatan di samping melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Gantikan amalan tersebut dengan membaca al-Quran atau mendengar ceramah agama yang bermanfaat. Elakkan duduk bersendirian dan cuba bersahabat dengan sahabat yang boleh membawa ke arah kebaikan. Wallahua'lam

Akhukum Fillah
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber
92
Al-Fatawa / IAF (9): Bacaan Wirid Dan Do'a Selepas Sholat
« Kiriman Akhir by Halaqah Masa a year ago »
Bacaan Wirid Dan Do'a Selepas Sholat

Soalan:
Saya mewarisi amalan orang-orang tua saya di kampung berwirid secara berkumpulan selesai sembahyang berjemaah dan juga mengaminkan doa yang dibaca imam. Akhir-akhir ini  dikhabarkan, cara yang dilakukan itu tidak dilakukan semasa hayat Rasulullah SAW malah apa yang dilakukan itu adalah bidaah.
Saya ingin penjelasan, apakah benar bahawa yang dilakukan itu salah?

Jawapan:
Di sini dua perkara yang perlu difahami:

Pertama: Wirid dan zikir selepas solat mempunyai nas.
Dan ia hendaklah dibaca sebagaimana diambil daripada Nabi SAW, melalui hadis-hadis yang sahih.

Begitu juga dengan berdoa selepas solat sama ada secara umum atau khusus. Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz:
يَا مُعَاذُ إِنِّي اُحِبُّكَ لا تَدَعْ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ، اَللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksudnya: “Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini: Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatimu, bersyukur kepadamu dan membaikkan dalam beribadat kepadamu.”
Riwayat Ahmad (no: 22119), Abu Daud (no: 1524), dan al-Nasaie dalam Sunan al-Kubra (no: 9937). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 2020), dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (no: 751)

Kedua: Berkenaan dengan cara berkumpulan dan dengan meninggikan suara memang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Justeru, masalah ini menjadi khilaf di kalangan ulama’ sama ada bidaah atau tidak.

Pembahagian bidaah itu sendiri terbahagi kepada dua iaitu bidaah yang baik dan bidaah yang tercela atau tidak.

Saya cenderung kepada pendapat yang meraikan suasana setempat. Untuk penjelasan lebih lanjut, bolehlah merujuk kepada beberapa kitab seperti al-Azkar karangan Imam al-Nawawi Rahimahullah dan lain-lain.

Akhukum Fillah
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber
93
Al-Fatawa / IAF (8): Mengamalkan Dzikir dan Do'a Tanpa Ijazah
« Kiriman Akhir by Halaqah Masa a year ago »
MENGAMALKAN ZIKIR DAN DOA TANPA IJAZAH
Soalan :
Bolehkah kita mengamalkan sesuatu amalan zikir, doa-doa dan membaca surah-surah dari ayat al-Quran tanpa berguru terlebih dahulu?

Jawapan:
Jika kita memahami bahasa Arab, dan doa itu adalah ma’thur (مأثور) maka tidak menjadi kesalahan. Kecuali jika seseorang ingin beramal dengan wirid-wirid yang tertentu, mengikut tarikat tertentu maka hendaklah dia beriltizam dengan guru atau syeikh.

Suka dinyatakan di sini berkenaan dengan pengijazahan, maka ia adalah lebih baik jika bersanad dan dalam pengamalan secara mengikut tarikat tertentu tetapi berkenaan dengan zikir yang telah difahami dan dimaklumi maka bolehlah dia beramal seperti apa yang ditulis oleh al-Syahid Hasan al-Banna, ini kerana beliau sendiri mengambil daripada nas-nas yang masyhur.

Sebagai contoh dinyatakan oleh penerbit pada permulaan bukunya ,risalah al-Ma’thurat  karya al-Ustaz Hasan al-Banna adalah berdasarkan sumbernya daripada hadis-hadis al-Jami’ al-Soghir, al-Jami’ al-Sahih, al-Sunan, Amal al-Yaum wa al-Lailah dan banyak lagi kitab-kitab yang muktabar. Justeru, kalau inilah maka hukumnya bolehlah kita berzikir dan beramal tanpa ijazah.

Penulis mengemukakan disini dua dalil al-Quran yang menunjukkan martabat zikir dan suruhan berzikir.

Firman Allah SWT:
إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّـهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّـهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٣٥
Maksudnya: Sesungguhnya lelaki-lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki-lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki-lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki-lelaki dan perempuan yang benar, lelaki-lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki-lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki-lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki-lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki-lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.(Surah al-Ahzab: 35)

Dalam firman Allah SWT yang lain:
  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّـهَ ذِكْرًا كَثِيرًا ﴿٤١﴾ وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا ﴿٤٢
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.(Surah al-Ahzab: 41-42)

Akhukum Fillah
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber
94
Da'wah / Bayan Linnas: Jangan Ambil Ilmu Daripada Internet (?)
« Kiriman Akhir by Halaqah Masa a year ago »
JANGAN AMBIL ILMU DARIPADA INTERNET
Siri BAYAN LINNAS

JANGAN AMBIL ILMU DARIPADA INTERNETAlhamdulillah, dalam Bayan Linnas pada kali ini, kami tajukkan dengan ‘Jangan Ambil Ilmu Daripada Internet’. Ilmu yang kami maksudkan di sini ialah ilmu agama yang berkaitan dengan sumber-sumber yang tidak dikenalpasti tanpa asas rujukan yang sebenar serta diperkukuhkan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan al-Hadith.
Ini kerana terlalu banyak maklumat yang bersifat sensasi, tidak sahih atau amat lemah. Boleh jadi juga ianya palsu dan menyeleweng daripada fakta yang sebenarnya. Banyak juga hadis-hadis yang tersebar sedangkan ia sudah lama dihukum oleh ulama thiqah (dipercayai) dalam bidang ini tentang kepalsuannya. Justeru, sewajarnya kita berhati-hati dan menapisnya terlebih dahulu, antaranya dengan bertanya kepada tuan-tuan guru, para asatizah yang mengetahuinya.

Contoh Maklumat Yang Silap dan Salah

Terdapat banyak maklumat berkenaan dengan agama kita berlegar di laman sesawang dan kadang-kadang diviralkan hingga disangkakan itulah agama yang sebenarnya. Sengaja di sini kami kemukakan contoh agar kefahaman kita lebih jelas dan terang. Sebagai contoh, baru-baru ini peristiwa seorang imam Masjid Negara yang telah ditampar oleh seorang makmum ketika sedang mengimamkan solat Jumaat. Mereka yang tidak bertanggungjawab telah memanipulasikan peristiwa ini dengan menyebarkan fitnah mengenai makmum yang menampar imam tersebut dengan bermain sentimen. Antara contoh lain yang berkaitan dengan hadith palsu yang disandarkan kepada Nabi SAW ialah:-

    “Aku orang Arab, al-Quran dalam Bahasa Arab dan pertuturan ahli syurga di dalam Bahasa Arab.” (Tazkirah al-Maudhu’aat, 112)
    “Taufik yang sedikit lebih baik dari ilmu yang banyak.” (Al-‘Iraqi berkata: “Tiada asalnya”. Telah berkata Ibn al-Subki: “Tidak aku temui sanadnya.”)
    "Cintakan dunia adalah kepala kesalahan.” (Al-Asrar al-Marfu’ah, 1/163)
    “Bekas minuman orang mukmin adalah penawar.” (Tiada asal. Al-Asrar al-Marfu’ah, 217)
    “Tuntutlah ilmu walaupun hingga  ke negeri China.” (Ibn al-Jawzi. Al-Maudhu’at. 1/215 & Al-Fawaid al-Majmu’ah, 852).
    “Manusia semuanya tidur, apabila mati barulah mereka terjaga.” (Tiada asalnya. al-Asrar al-Marfu’ah, 555) dan (Al-Fawaid al-Majmu’ah, 766)
    “Barangsiapa yang berhadas dan tidak berwudhu' maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku.” Kata al-Saghani: “Ini palsu.”
    “Barangsiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya.” (Al-Asrar al-Marfu’ah, 506) dan (Tanzih al-Syari’ah, 2/402)
    “Barangsiapa yang berkata suatu perkataan, kemudian dia bersin, maka perkataannya itu adalah benar.” Di dalam Tanzih al-Syari’ah, hukumnya palsu.
    “Sultan adalah bayangan Allah di mukabumi-Nya. Barangsiapa yang setia kepadanya akan diberi petunjuk dan barangsiapa yang mengkhianatinya nescaya akan sesat.” (al-Albani. Silsilah al-Ahadith al-Dho’ifah wa al-Maudhu’at. No. 475)

Pelbagai Informasi

Selain itu, kita juga dihujani dengan pelbagai cabaran yang lain yang memerlukan kita agar berhati-hati dalam menerima dan menyampaikan maklumat. Banyak sekali informasi yang disampaikan dan sering kali juga kita terlepas pandang akan kebenaran disebaliknya. Antara maklumat-maklumat tersebut seperti:
  • Hadis palsu.
  • Tafsiran yang lemah.
  • Pendapat yang asing dan pelik.
  • Pendapat yang lemah.
  • Pendapat yang menyalahi pendapat imam mazhab setempat atau muktabar.

Kami nukilkan penegasan ini daripada buku Ma’alim Irsyadiah Li Sina’ah Tolib al-‘Ilmi oleh Syeikh Muhammad ‘Awwamah (hlm. 320-321), antara lain menyebut:

“Awasilah penuntut ilmu pada masa kini lebih parah berbanding masa dahulu. Internet dan pelbagai medium baru ini membawa banyak bala, mudarat dan bahaya daripada manfaatnya. Justeru, awasilah daripada melayarinya dengan sewenang-wenangnya. Begitu juga para penjaga hendaklah memberi pesanan yang tegas kepada anak-anak mereka dan mengawasinya.”

Lebih parah daripada itu, apabila kita menjadi ‘hatib lailin’ iaitu pemungut kayu api pada waktu malam yang mana dikutip kesemua kayu api itu sehinggakan dikutipnya juga ular yang disangkakannya kayu api. Inilah bala yang berlaku.

Apa Yang Perlu Anda Tahu

Apa yang amat perlu dalam menerima maklumat adalah:
   
  • Keabsahan maklumat itu sendiri.
  • Penyampai maklumat itu samaada fasiq ataupun tidak.
  • Tujuan maklumat itu disampaikan.
  • Sasaran kepada yang menerima maklumat.
  • Kesan daripada maklumat itu.
  • Tambah lagi dengan pelbagai tafsiran maklumat melalui viral yang dikemukakan.
Sikap Pengguna

Kepada pengguna laman sesawang terutamanya anak muda dan remaja amat perlu berhati-hati. Ini kerana, apa yang dimuatkan dalam internet juga membawa kesan yang amat negatif dan merugikan umat itu sendiri.

Kadar kethiqahan atau kepercayaan kepda maklumat juga perlu diambil kira agar ia benar tepat dari segi faktanya.

Tabayyun Dahulu

Dalam menerima berita atau perkhabaran yang diviralkan, perkara yang penting sekali adalah pengesahan terhadap butiran maklumat tersebut sama ada tepat atau sebaliknya.

Banyak terjadi maklumat yang telah tersebar dengan luas apabila disemak dan dipastikan semula didapati amat menyeleweng daripada asas kebenaran sedangkan ia telah menjadi buah mulut serta diulas dengan meluas. Begitu juga berapa banyak hati dan maruah yang telah tercarik dan terluka dengan sebab itu.

Kami telah nyatakan dalam Bayan Linnas[1] sebelum ini dengan terperinci, sila rujuk artikel sebelum ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dan terperinci.

Gunakan Rujukan Yang Berautoriti

Dalam menerima maklumat, lihatlah kepada mereka yang berautoriti agar maklumat yang diberikan benar dan tepat. Rujuklah kepada badan-badan yang berautoriti dan bertanggungjawab. Hal ini amat penting agar peranan badan-badan yang telah diamanahkan dapat berfungsi dengan lebih efisyen, adil dan telus. Sebagai contoh, jika permasalahan berkaitan dengan penyakit atau wabak, rujuklah kepada Kementerian Kesihatan. Jika isu berkaitan dengan hukum-hakam, walaupun di sana banyak para asatizah dan cerdik pandai yang mempunyai blog, Facebook atau Twitter sendiri, tetapi jadikanlah badan yang berautoriti seperti pejabat dan jabatan mufti sebagai medan bertanyakan kekeliruan dan pihak berautoriti ini akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi merungkaikan permasalahan tersebut. Ini bagi mendidik masyarakat untuk merujuk kepada yang sepatutnya sesuai dengan firman Allah SWT:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
(Al-Nahl, 16: 43)

Mengenai tafsir bagi ayat di atas, Ibn ‘Atiyyah telah berkata: “Ahli Zikri adalah umum pada setiap orang yang  disandarkan dengannya ilmu. Mereka adalah yang pakar dalam bidang masing-masing.”Begitu juga dengan Al-Qurtubi. Beliau berkata bahawa orang awam perlulah taqlid (mengikuti) ulama mereka. Tidak boleh bagi orang awam untuk memberi fatwa kerana mereka jahil dengan maknanya yang membabitkan perkara halal dan haram.

Kenyataan Mufti Wilayah

Adapun ungkapan yang masyhur لا تأخذ القرآن عن مصحفي ولا العلم عن صحفي yang bermaksud: “Jangan ambil Al-Quran daripada mushaf (tanpa guru) dan belajar ilmu daripada kertas atau buku semata.” Ini termasuk alat sebaran am, media massa seperti internet untuk dijadikan ilmu. Hal ini amat bahaya dan menyeleweng dari hakikat yang sebenar.

Al-Imam al-Auza’ie[2] menyebut satu sebab kenapa para ulama memberi amaran daripada mengambil ilmu daripada buku atau kitab semata-mata tanpa berguru (begitu juga dengan internet). Ini kerana boleh jadi berlaku tashif (salah cetak, ejaan atau tulisan) yang akhirnya memberi makna dan maksud yang berlainan. Kalau ini, pada zaman sifat amanahnya cukup tinggi ketika itu, maka bayangkan pada masa kini yang mana semua boleh muatkan maklumat dan informasi dalam internet tanpa kita kenali siapa dia, dari sumber mana di ambil dan adakah sudah berlaku tapisan, semakan atau dalam ilmu Usul al-Fiqh seperti ‘al-Sabr wa al-Taqsim’. Ini semua memberi kesan yang amat mendalam dalam keabsahan maklumat itu sendiri.

Faktor-faktor yang perlu dilihat dan dikaji dengan teliti kerana ia boleh berlaku:-

    Kesilapan cetak yang tidak disengajakan.
    Kesilapan cetak kerana lemahnya pengawalan.
    Kesilapan fakta ilmiah.

Kami akhiri kenyataan ini dengan satu nasihat daripada Fadhilat Syeikh Muhammad ‘Awwamah daripada kitabnya Ma’alim Irsyadiah Li Sina’ah Tolib al-‘Ilmi (hlm. 180-181):

“Sesungguhnya kita dibala dalam dunia dengan kelalaian dan kekeliruan terhadap ilmu turath yang suci lagi bercahaya. Ini sebesar-besar bala dan mudarat terhadap ilmu agama.

Justeru, ini menjadikan kewajipan dan keperluan utama secara daruri untuk bertalaqqi ilmu daripada para ulama dan guru-guru yang benar-benar berwibawa yang telah mewarisi ilmu daripada generasi kepada generasi secara syafawi (lisan) dan talaqqi.

Sesungguhnya aku pertegaskan betapa pentingnya talaqqi ilmu daripada guru-guru yang telah mewarisinya daripda generasi terdahulu. Ini untuk aku sampai kepada satu noktah kenyataanku yang memberi peringatan kepada apa yang berlaku dalam realiti sekarang ini. Bahkan untuk aku sampai kepada amaran yang tegas  daripada neraka hawiah yang mungkin kita sampai. Inilah bala dan musibah akibat berkiblatkan ilmu yang tidak disaring dan tanpa berguru.”


Semoga kita sentiasa peduli dengan sebarang maklumat yang dikemukakan kepada kita lebih-lebih lagi berkenaan dengan agama yang kita anuti dan beriman dengannya.

Marilah kita semua berhati-hati dalam menerima sebarang maklumat dan ilmu apatah lagi yang berkaitan agama kita agar benar-benar menepati yang sebenarnya.

Akhukum fillah
S.S. Datuk Dr. Zulkilfli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

5 Oktober 2015 bersamaan 21 Zul Hijjah 1436H

[1] Bayan Linnas Siri 22: Konsep Tabayyun & Penerimaannya. Lihat: http://muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=294

[2] Al-Imam, al-Faqih, Abu Amr, Abdul Rahman bin Amr al-Auza’ie. Dilahirkan pada tahun 88H di Ba’albak, Lubnan dan merupakan ‘alim dikalangan Ahli Syam. Beliau meninggal dunia pada tahun 157H di Beirut.

Sumber
95
IRSYAD AL-FATWA KE-7: MENGANGKAT TANGAN BERDOA DLM KHUTBAH KEDUA JUMAAT

Adakah perlu makmum mengangkat tangan (menadah tangan) ketika imam membaca doa di dalam khutbah kedua pada hari Jumaat?

Jawapan:

Firman Allah SWT:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ . إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Maksudnya: Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina. (Surah al-Ghafir: 60)

Begitu juga firman Allah SWT:

وَلِلَّهِ ٱلْأَسْمَآءُ ٱلْحُسْنَىٰ فَٱدْعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُوا۟ ٱلَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِىٓ أَسْمَـٰٓئِهِۦ ۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

Maksudnya: Hanya milik Allah asma al-husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma al-husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (Surah al-A’raf: 180)

Daripada dua ayat di atas menunjukkan betapa umat Islam digalakkan berdoa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan sekalipun. Berkenaan dengan soalan di atas, masalah ini khilaf di kalangan ulama’. Syeikh Abdul Aziz bin Baz dalam Fatawa Islamiyyah berpendapat tidak disyariatkannya untuk mengangkat kedua tangan ketika khutbah Jumaat, sama ada imam atau makmum, kerana tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW dan khulafa’ al-Rasyidin. Tetapi ketika doa minta hujan di dalam khutbah Jumaat, Nabi SAW mengangkat tangan. Beliau juga berkata: “Begitu juga perbuatan makmum mengaminkan doa imam, aku tidak mengetahui tegahannya jika tanpa mengangkat suara. Tetapi zahir hadis berkenaan dengan doa bahawa ianya disunatkan mengangkat tangan dan mengaminkannya.
Ini kerana Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ رَبَّكُم تَبَارَكَ وَتَعَالَى حَييٌّ كَرِيْمٌ، يَسْتَحْيِي مِنْ عَبْدِهِ إِذَا رَفَعَ يَدَيْهِ إلَيهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu sangat pemalu lagi Mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi-Nya permintaan itu.”

Riwayat Abu Daud (no: 1490), al-Tirmizi (no: 3556), al-Baihaqi (2965), dan Ibn Hibban (no: 876). Kata al-Tirmizi, "Hadis ini hasan gharib."

Begitu juga kita digalakkan untuk berdoa pada hari dan malam Jumaat. Dr Wahbah al-Zuhaili melalui kitabnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh berkata: “Maka diharap dibanyakkan untuk berdoa bertepatan dengan waktu maqbul diperkenankan doa, di mana Rasulullah SAW menyebutnya pada hari Jumaat.”
Antara lain, Rasulullah SAW bersabda:

فِيهِ سَاعَةٌ لاَيُوَافِقُهَا عَبدٌ مُسْلِمٌ، وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي، يَسْأَلُ اللهَ تَعَالىَ شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَأَشَارَ بِيَدِهِ يُقَلِّلُهَا. وَفي رِوَايَةٍ لِمُسْلِمٍ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ.
[/b]

Maksudnya: “Padanya terdapat satu waktu seseorang hamba Muslim ketika dalam keadaan berdiri solat memohon sesuatu kepada Allah SWT, kecuali dikurniakannya. Dan baginda mengisyaratkan dengan tangannya menunjukkan bahawa masanya sedikit. Dalam riwayat Muslim: Ia adalah waktu yang singkat.” Riwayat al-Bukhari (no: 893) dan Muslim (no: 852)

Berdasarkan kepada hal ini, penulis berpendapat boleh mengangkat tangan dan mengaminkan doa imam secara perlahan kerana ia diharap untuk dimustajabkan Tuhan. Ini berdasarkan kepada beberapa adab doa, Rasulullah SAW bersabda:

كَانَ الرَّجُلُ إِذَا أَسْلَمَ عَلَّمَهُ النَّبِيُّ الصَّلاَةَ ثُمَّ أَمَرَهُ أَنْ يَدْعُوَ هَؤُلاَءِ الكَلِمَاتِ: اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ليِ وَارْحَمْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَارْزُقْنِي. وَفِي رِوَايَةٍ: وَيَجْمَعُ أَصَابِعَهُ إِلاَّ الإِبْهَامَ فَإِنَّ هَؤُلاَءِ تَجْمَعُ لكَ دُنْياَكَ وَآخِرَتَكَ.
[/b]

Maksudnya: “Apabila masuknya seseorang ke dalam Islam, Nabi SAW akan mengajarnya bersolat, kemudian mengarahnya agar berdoa seperti berikut: ‘Ya Allah ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, berikanlah hidayah kepadaku, kurniakan kesihatan kepadaku dan kurniakanlah rezeki kepadaku.’ Dalam riwayat yang lain: Baginda merapatkan jari-jarinya kecuali ibu jari. Kerana kesemua itu menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat.” Riwayat Muslim (no: 2697)

Berkenaan dengan menyapu muka dengan dua tangan selepas berdoa, sebahagian ulama mengatakan ia digalakkan berdasarkan beberapa hadith. Antaranya hadith Ibn Abbas RA berkata:

“Apabila kamu memohon kepada Allah SWT, mohonlah dengan tapak-tapak tangan kamu dan jangan memohon dengan belakang tapak tangan kamu dan sapulah muka kamu dengan tapak tanganmu.”

Riwayat Ibn Majah (no: 3866). Hadith ini dhaif kerana terdapat perawi bernama Soleh bin Hassan, yang dihukum munkar al-hadith oleh al-Bukhari. Abu Hatim menghukum hadith ini sebagai munkar. (Al-`Ilal 2/351)

Dalil lain, diriwayatkan bahawa al-Saaib bin Yazid menceritakan bapanya telah memberitahu bahawa apabila berdoa, Baginda SAW menadah kedua-dua belah tangannya, Baginda SAW akan menyapu muka dengan kedua-dua belah tangan tersebut.

Riwayat Ahmad (no: 17943) dan Abu Daud (no: 1494). Kata al-Zaila'ie dalam Nasb al-Rayah (3/43), "Ada kecatatan kerana terdapat Ibn Lahi'ah."

Dalil lain, Umar bin al-Khattab RA menceritakan, apabila Baginda SAW mengangkat kedua-dua belah tangannya untuk berdoa, Baginda SAW tidak akan menjatuhkannya sehinggalah disapu mukanya dengan kedua-dua belah tangan tersebut, seperti yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi. Riwayat al-Tirmizi (no: 3386), dan beliau mendhaifkannya. Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal al-Mutanahiyah (2/838) menilai hadith ini tidak sahih.

Justeru, penulis berpendapat boleh mengangkat tangan dan boleh mengaminkan tetapi dengan suara yang perlahan. Manakala menyapu dua tangan ke muka selepas selesai berdoa, ia digalakkan oleh sebahagian ulama, tetapi tidak ada satu hadis sahih yang menyokongnya.

Semoga kita menjadi golongan yang sentiasa melakukan ibadah solat khususnya solat Jumaat di samping mempelajari sunnah Nabi SAW mengikut kitab-kitab hadith dan feqah.

Akhukum Fillah
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan


Sumber
96
HUKUM SOLAT YANG DITINGGALKAN KERANA MALAS DAN LALAI

Soalan : Adakah kita perlu mengqada’ solat (wajib atau sunat) yang tertinggal dengan sengaja, malas dan cuai? Bagaimana dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh? Apakah kita hanya dituntut supaya bertaubat dan tidak perlu mengqada’nya?

Jawapan:

Firman Allah SWT:

 إِنَّ ٱلصَّلَو‌ٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَـٰبًا مَّوْقُوتًا

Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(Surah al-Nisa: 103)

Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan.

Sebelum saya menjawab permasalahan ini, suka dinyatakan berkenaan dengan hukum meninggalkan solat. Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut: Orang yang meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersendakannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.

Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak boleh membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan solat. Jika dia terus mengingkarinya, dia akan dihukum bunuh sebagai seorang murtad dan mayatnya tidak boleh dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Juga tidak harus dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam kerana dia bukan lagi di kalangan mereka.

Sementara orang yang meninggalkan solat kerana malas tetapi masih meyakini hukum wajibnya, pihak pemerintah hendaklah memaksanya mengqada’kan solat dan bertaubat daripada kesalahan meninggalkannya. Jika masih ingkar untuk mengqada’nya, maka dia wajib dihukum bunuh mengikut hukuman yang disyariatkan atas orang Islam yang melakukan maksiat. Hal ini kerana hukuman ke atas orang yang meninggalkan perkara fardhu adalah wajib diperangi tetapi selepas dibunuh dia masih dianggap seorang Islam. Oleh itu, jenazahnya, pengebumian dan pembahagian hartanya hendaklah diuruskan menurut syariat Islam.

Berkenaan dengan soalanBerkenaan dengan soalan di atas, pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie hendaklah diqada’kan solat yang telah ditinggalkan walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa. Ini kerana hutang Allah SWT lebih utama dibayar. Berkenaan dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh, maka hendaklah diqada’ semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT. Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqada’kan semua solat yang pernah ditinggalkan.

Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan penerimaan taubatnya di samping beriman dengan firman Allah SWT:

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah al-Baqarah: 286)

Berkenaan dengan qada’ amalan sunat hukumnya sunat, seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Adapun taubat juga perlu tetapi tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada’ juga berdasarkan arahan Rasulullah SAW.

Akhukum fillah,
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber
97
Soalan : Apakah maksud ‘Aamin’ (آمين) dan adakah ia daripada surah al-Fatihah?

Jawapan:
‘Aamin’ bermaksud: Perkenankanlah. Ia adalah kalimah doa yang bukan daripada al-Quran al-Karim dengan ijma’. Ini berdasarkan kepada dalil bahawa ia tidak ditulis dalam mushaf. Ibn al-Anbari bersetuju dengan pendapat di atas, katanya: Aamin adalah termasuk kumpulan 'isim fi'il' iaitu kata nama yang membawa maksud perbuatan. Ia bermaksud: “Ya Allah, perkenankanlah doa kami.” Cara menyebutnya ada dua cara yang masyhur, sama ada dibaca dengan pendekأمين  atas wazan فعيل atau dibaca secara panjang iaitu آمين atas wazan فاعل .

Antara amalan sunnah selepas membaca al-Fatihah ialah membaca Aamin. Ia berdasarkan hadis Wail bin Hujr RA daripada Rasulullah SAW yang menyuruh dibaca panjang Aamin. Riwayat Ahmad (no: 18842), Abu Daud (no: 933) dan al-Tirmizi (no: 248). Kata Tirmizi, "Hadith hasan". Dinilai sahih oleh Ibn Hibban (no: 1805).

Dalam hadis Abi Musa al-Asy’ari, sabda Rasulullah SAW yang:
“Apabila selesai membaca ayat akhir al-Fatihah, maka sebutlah Aamin nescaya diterima Allah SWT bagimu.”
Riwayat Muslim (no: 404)

 Kelebihannya jelas berdasarkan hadis Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila imam mengaminkan, maka hendaklah kamu aminkan bersama, kerana siapa yang berbetulan aminnya dengan amin malaikat nescaya diampunkan baginya dosa yang terdahulu.”

Riwayat al-Bukhari (no: 747) dan Muslim (no: 410)

Makna perkataan Amin
Mengikut ulama, aamin diertikan dengan ‘Ya Allah, terimalah doa kami.’ Inilah pendapat al-Hasan dan al-Zajjaj. Ianya boleh dibaca sama ada panjang atau pendek mengikut bahasa Arab. Al-Hafiz al-Munziri berkata: Dikatakan bahawa Aamin merupakan satu nama daripada nama-nama Allah SWT. Inilah juga pendapat Mujahid, Hilal bin Yasaf dan Ja’far bin Muhammad. Ada pendapat menyatakan maksud aamin ialah begitulah yang diharap, seperti yang dihikayatkan daripada Ibn al-Anbari daripada Ibn Abbas dan al-Hasan. Ulama-ulama nahu menyatakan aamin sebagai isim fi’il (kata nama perbuatan). Perkataan Aamin bukan daripada al-Quran secara ijmak. Justeru disunatkan memisahkan antaranya dengan akhir surah al-Fatihah dengan berhenti seketika.

Sunat Amin pada Setiap DoaMengikut riwayat Abu Daud dengan sanad yang hasan daripada Abi Zuhair al-Numairi (seorang sahabat Rasulullah SAW), beliau telah mengucapkan satu ucapan yang baik. Apabila salah seorang mereka berdoa, lalu dia berkata: “Khatamlah doamu dengan aamin kerana aamin seperti cop di atas surat.”

Kemudian beliau menceritakan bahawa Nabi SAW berkata kepada seseorang yang berdoa:

“Khatamlah (doamu) dengan Aamin, dan terimalah berita gembira!”
Riwayat Abu Daud (no: 939).

Di dalam hadis Anas RA: “Sesiapa yang mengkhatamkan bacaan Fatihah dengan aamin, nescaya tidak kekal di langit malaikat yang hampir kecuali meminta keampunan untuknya.” Di dalam hadith Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Aamin adalah cop Tuhan sekalian alam di atas lisan hamba-hambanya yang beriman.”
Riwayat al-Tabarani dalam al-Du'aa (no: 202).

 Al-Allamah al-Munawi dalam syarah hadis ini berkata: Aamin mencegah doa daripada rosak dan ditolak, seperti metri di atas satu surat menegah daripada dizahirkan ke tangan orang yang tidak layak. Orang-orang yang berdoa dan orang yang mengaminkan doa, kesemua mereka mendapat bahagian daripada doa. Inilah yang diriwayatkan daripada Ikrimah dalam tafsiran ayat 89 surah Yunus, katanya: “Musa berdoa dan Harun mengaminkannya. Maka itulah yang disebut dalam ayat, dan telah diperkenankan doa kamu berdua.” Riwayat al-Tabari dalam tafsirnya (15/185).

Meskipun yang berdoa ialah Nabi Musa, tetapi dinisbahkan doa kepada kedua-duanya kerana orang yang mengaminkan doa juga dikira orang yang berdoa.

Penulis menutup kenyataan ini dengan nukilan Saidina Ali RA, yang berkata: ‘Amin adalah cop mohor Tuhan untuk menyeru sekalian alam, sebagai penutup doa hamba-Nya’, iaitu penerangan mengenai ucapan ‘amin’ seumpama suatu cop surat rasmi yang telah ditutup dan cop tersebut dapat menghalang seseorang daripada membuka atau membuat sesuatu perlakuan pada surat itu. Manakala bagi orang yang berdoa pula dengan ucapan itu, akan dapat menghalang sebarang kegagalan.

Akhukum Fillah
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan


Sumber
98
Khutbah / Hijrah Julang Islam Buang Jahiliah Raih Keberkatan
« Kiriman Akhir by Halaqah Masa a year ago »
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ
Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia.

Kini baru sahaja menyambut tahun baru 1439H di mana ia sepatutnya memberi makna yang besar dalam mengorak langkah kepada kehidupan yang lebih baik berasaskan Islam. Sempena berada pada bulan Muharram juga marilah kita sama-sama meningkat amalan soleh disamping memohon keampunan daripada Allah di mana kita digalakkan untuk banyak melakukan amalan puasa sunat pada bulan ini terutama pada hari Kesembilan-9 atau Tasua’ dan Ke-10 atau hari ‘Asyura’ daripada bulan Muharram.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ….وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ” 
Maksudnya : …..Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :
وَإِذْ يَمْكُرُ‌ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِ‌جُوكَ ۚ وَيَمْكُرُ‌ونَ وَيَمْكُرُ‌ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ‌ الْمَاكِرِ‌ينَ
Maksudnya : Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.

Ketika menyoroti peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w yang dijadikan permulaan tahun baru umat Islam maka kita dapati ia suatu bukan peristiwa yang kecil sebaliknya mempunyai matlamat yang besar dalam perkembangan dakwah dan pemerkasaan system Islam yang menyeluruh. Antara matlamat Hijrah ialah

[1] bertujuan untuk mencari satu `bumi subur’ bagi menyemai dan menyuburkan benih dakwah,

[2] mencari suatu pusat atau markas yang aman bagi melancarkan seruan dakwah, mengasaskan masyarakat Islam, menubuhkan sebuah kerajaan Islam serta merealisasikan kewujudan kaum muslimin sebagai satu entiti yang mampu berdiri dengan sendiri.

[3]mewujudkan sebuah negara bagi agama Islam dan pengikut-pengikutnya sehingga dapat dikembangkan serta adanya golongan manusia yang menjaga dan melindunginya sehingga sanggup mempertaruhkan jiwa dan raga mereka. Sememangnya penghijrahan itu telah berjaya membawa kepada tertegaknya sebuah kerajaan dan masyarakat Islam serta melahirkan satu umat baru, iaitu sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ
Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia.

Kita fahami daripada gerak kerja yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w iaitu perlu membina generasi yang mantap aqidahnya, indah akhlaknya dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam memperjuangkan system Islam barulah datangnya pertolongan dan kemenangan daripada Allah.

Oleh itu usaha seumpama itu tidak hanya terhenti pada zaman nabi s.a.w dan zaman kegemilangan Islam sebelum ini sahaja sebaliknya ia wajib diteruskan pada zaman kita agar usaha dalam memastikan hijrah daripada system jahiliah kepada Islam dapat dilaksana.

Pada tangan kita adanya 2 pilihan samada berhijrah kepada system Islam dalam politik, ekonomi, sosial untuk berjaya dunia akhirat atau terus berbangga berada bawah kezaliman system ciptaan manusia sehingga menghadapi satu demi satu bencana daripada Allah di dunia apatah lagi seksaan akhirat yg. begitu dahsyat.
 
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
قال الرسول  : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ  – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي
Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya.

Semangat hijrah mesti bermula dalam diri kita sendiri melalui 4 perkara iaitu[1] Hijrah I’tiqadiyyah
iaitu menjauhi diri daripada perkara yang boleh merosakkan iman samada dari segi pegangan, perbuatan mahu pun perbuatan.
 
[2] Hijrah Fikriyyah
iaitu pemikiran agar tidak terpesong dengan ajaran atau ideology sesat termasuk Islam Liberal sehingga merasakan agama hanya untuk amalan individu bukannya system yang boleh mengawal manusia daripada kerosakan aqidah, keruntuhan akhlak dan kezaliman jenayah. Golongan ini banyak menyokong tuntutan Comango antaranya menentang hukum murtad, menghalalkan kahwin sejenis dan budaya songsang serta minta dihapuskan hukuman syariat di mana tuntutan jahat ini boleh menyebabkan suburnya zina dan banyak perkara negatif yang lain.

[3]  Hijrah Syu’uriyyah
atau cita rasa, kesenangan, kesukaan agar tidak terpengaruh dengan budaya hiburan melampau, pergaulan bebas, pakaian menjolok mata.
 
[4]Hijrah Sulukiyyah 
iaitu tingkah laku atau keperibadian atau biasa disebut juga akhlak. Ibn Khaldun, telah menyatakan bahawa jatuh atau bangun, maju atau mundur sesebuah masyarakat dan ketamadunan itu sebenarnya dipacu oleh ketinggian nilai murni pemikiran yang dilihat dalam konteks moral dan akhlak yang berlaku di peringkat pemimpin dan masyarakat.  Selepas Pesta Arak terbesar yang dirangcang di Kuala Lumpur dibatalkan selepas di bantah, terkini Pesta GAY (yag menggalakkan homoseksual atau hubungan sama jenis kelamin ) pula dirangcang di adakan pada 30 September ini di Kuala Lumpur. Kita mohon pihak berkuasa dan rakyat bangkit membantahnya sebagaimana pesta arak. Jika tidak kita bimbang bala’ Allaah swt. boleh menimpa pada bila-bila masa sahaja.

Oleh itu hijrahlah diri kita untuk menjadi umat mulia dunia akhirat bukannya terus seronok dengan hawa nafsu sehingga tergelincir menjadi orang yang celaka di mana antara tanda orang yang akan mendapatkan kecelakaan di akhirat ialah:

1.   Terlalu mudah melupakan dosa yang diperbuatnya, padahal dosa itu tercatat di sisi Allah. Orang yang mudah melupakan dosa ia akan malas bertaubat dan mudah mengerjakan dosa kembali. Ingatlah Allah swt. amat cepat perhitungannya..tidak sebagaimana manusia yang memerlukan masa yang lama untuk menghitung jutaan ringgit apatah lagi kalua berbilion ringgit.

2.   Selalu mengingat dan membanggakan atas jasanya dan amal solehnya sedangkan dia sendiri tidak yakin apakah amal tersebut diterima Allah atau tidak. Orang yang selalu mengingat jasanya yang sudah lalu akan menimbulkan rasa ujub dan takabur seterusnya malas untuk berbuat kebajikan kembali di hari-hari berikutnya.

3.   Selalu melihat orang yang lebih daripadanya dalam urusan dunia sehingga hidupnya selalu merasa kekurangan.

4.   Selalu memandang ke bawah dalam urusan agama sehingga merasa puas dengan amalnya selama ini, sebab ia hanya membandingkan amalnya dengan amal orang lain yang lebih kurang amalan daripadanya sehingga semakin malas beribadat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 96  surah al-A’araf :
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Semangat Hijrah mesti dihayati dalam mewujudkan sebuah negara yang diberkati wajib berdiri atas dasar taqwa bermula daripada pemimpin, ulama’ dan seluruh rakyat jelatanya. Hijrah daripada sifat jahat kepada taqwa mampu menangani masalah pemimpin yang zalim dan pecah amanah, pegawai yang rasuah, ulama’ yang menjual agama, peniaga yang menipu, majikan yang menindas, pekerja yang pecah amanah, anak yang derhaka, pelajar yang melawan guru dan sebagainya.

            Imam al-Ghazali melalui kita-kitabnya banyak menegur tentang bahayanya zalim termasuk melalui banyak suratnya yang dihantar kepada pemimpin, ulama’, menteri, pegawai, hakim agar sentiasa selari dengan kehendak Allah. Antara suratnya ialah yang berbunyi : ” Bertafakkurlah selama satu atau dua jam dan berfikirlah secara mendalam mengenai golongan miskin yang darah dan keringatnya dihisap oleh wakil penguasa. Berapa saat setelah itu maka anda akan melihat betapa rahsia Allah semuanya akan terbuka bagi anda dan doa rakyat didengar dan dimakbul oleh Allah. Janganlah lupa bahawa orang yang tidak adil bererti dia tidak taqwa.Berfikirlah seperti mukmin sejati dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan keluhuran sempurna dan sederhana serta kasih sayang dan keadilan.Kasihanilah rakyat dan berbuat baik kepada mereka kerana saya benar-benar belajar daripada pengalaman bahawa kezaliman yang dilakukan oleh yang kuat ke atas yang lemah tanpa batas. Tahanlah diri daripada menyiksa rakyat yang tidak berdosa kerana ia dimurkai Allah kepadamu. Jika tidak mahu murka Allah maka perangilah kekejaman dan ketidakadilan”.

Oleh itu hijrahlah kepada sistem Islam, canggah jahiliah supaya kita mampu meraih keberkatan dan kejayaan daripada Allah dunia akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sumber Asal
99
Khutbah / Izzah Umat DiJulang Kebahagiaan Akhirat DiIdam
« Kiriman Akhir by Halaqah Masa a year ago »
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian.

Firman Allah dalam ayat 35 surah  al-Anbiya’  :
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥﴾
Maksudnya : Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Kehidupan dunia ini hanya sementara di mana kesempatan yang ada ini wajib digunakan semaksima mungkin dari segi umur, harta, kesihatan, ilmu dalam menghasilkan pahala akhirat disamping mengelak daripada menggunakan nikmat tersebut untuk melakukan dosa derhaka terhadap Allah. Kehidupan dunia adalah negeri yang penuh dengan ujian kepada keimanan kita manakala akhirat adalah negeri pembalasan atas segala amalan kita. Oleh itu kita wajib berusaha untuk mengisi kehidupan dunia kita dengan pelbagai amalan soleh disamping menjauhi dosa maksiat. Kita wajib bersiap sedia dengan hari kematian kita yang pasti akan datang bila-bila masa tanpa dijangka.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Biasakan diri kita dengan berdoa kepada Allah agar dimatikan dalam keadaan husnul khatimah disamping melakukan beberapa perkara yang membolehkan akhir kehidupan kita nanti dianugerahkan dengan kematian yang baik. Antaranya
[1] Tulus ikhlas kerana Allah dalam apa jua amalan dan niat kita.
 
[2] Sentiasa memperbaharui Niat yang senantiasa berubah. Niat kita dipengaruhi oleh banyak faktor sehingga tidak tetap. Perbaharuilah niat agar tidak terpesong.
 
[3]  Terus Beramal soleh dan Rendah Diri di mana biasanya manusia memiliki kecenderungan berbuat salah. Tatkala merasa salah, bersikaplah rendah diri kepada Allah agar dilimpahi kemuliaan. Kemudian buktikanlah taubat dengan amal soleh. Teruslah beramal. Beramallah dengan sebaik-baik amalan. Jangan biarkan berlalu sedetik pun, kecuali ada amal soleh yang dikerjakan. Sentiasalah berada dalam keadaan demikian hingga datangnya saat kematian bagi kita.

[4] Bergegas dalam Kebaikan dan meninggalkan keburukan. Pesanan Ulama’ : “Suatu kebaikan tidak akan terwujud, kecuali dengan 3 hal iaitu segera melakukan, menganggapnya kecil, dan menutupinya.” Setelah bergegas beramal soleh maka jangan cepat berpuas hati dengan amalan tersebut sebaliknya menganggapnya sebagai amalan yang kecil hingga diri sentiasa melakukannya. Selain itu, dianjurkan untuk menutupi amal kerana yang tersembunyi lebih dekat kepada keikhlasan.

[5] Ikuti Jejak Nabi dalam pelbagai aspek kehidupan agar kelak mendapatkan apa yang baginda gapai.

[6] Banyak ingat Akhirat agar tidak ditipu dengan godaan dunia

[7] Perbaiki Kekurangan Diri agar diri semakin hampir dengan Allah dan tidak tertipu oleh nafsu dan syaitan

[8] Berpegang Teguh Aqidah Islam agar tidak terpengaruh dengan perkara sesat dan rosak.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كُلُّنَا نَكْرَهُ الْمَوْتَ قَالَ لَيْسَ ذَاكَ كَرَاهِيَةَ الْمَوْتِ وَلَكِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حُضِرَ جَاءَهُ الْبَشِيرُ مِنْ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَا هُوَ صَائِرٌ إِلَيْهِ فَلَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ أَنْ يَكُونَ قَدْ لَقِيَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ فَأَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَإِنَّ الْفَاجِرَ أَوْ الْكَافِرَ إِذَا حُضِرَ جَاءَهُ بِمَا هُوَ صَائِرٌ إِلَيْهِ مِنْ الشَّرِّ أَوْ مَا يَلْقَاهُ مِنْ الشَّرِّ فَكَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ وَكَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ – رواه أحمد

Maksudnya : Sesiapa senang bertemu dengan Allah, maka Allah senang bertemu dengannya. Dan sesiapa tidak senang bertemu dengan Allah, maka Allah tidak senang bertemu dengannya.” Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah, kami semua tidak menyukai kematian?” Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukan itu yang aku maksud, namun seorang yang beriman apabila menghadapi sakaratul maut, maka seorang pemberi khabar gembira utusan Allah datang menghampirinya seraya menunjukkan tempat kembalinya, hingga tidak ada sesuatu yang lebih dia sukai kecuali bertemu dengan Allah. Lalu Allah pun suka bertemu dengannya. Adapun orang yang banyak berbuat dosa, atau orang kafir, apabila telah menghadapi sakaratul maut, maka datang seseorang dengan menunjukkan tempat kembalinya yang buruk, atau apa yang akan dijumpainya berupa keburukan. Maka itu membuatnya tidak suka bertemu Allah, hingga Allah pun tidak suka bertemu dengannya.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah S.W.T dalam ayat 11 surah as-Sajadah :
قُلْ يَتَوَفَّاكُم مَّلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ ﴿١١﴾
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”.

Kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia, di masjid yang mulia maka kita mengucapkan takziah kepada seluruh warga dan ahli keluarga mangsa musibah kebakaran yang menyaksikan seramai 21 pelajar dan 2 guru Pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, terkorban dalam kejadian kebakaran pagi semalam. Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu, mengilhamkan kepadamu kesabaran dan mencurahkan pahala kepada kita semua atas kesabaran. Semoga guru dan anak-anak pelajar tahfiz yang terkorban ditempatkan disebaik-baik kedudukan dalam Syurga Allah serta digolongkan bersama para Syuhada’ dan Solehin.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ :  الشُّهَدَاءُ سَبْعَةٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ : الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ ، وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ ، وَالْحَرِقُ شَهِيدٌ ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ
Maksudnya: Syuhada ada 7 selain terbunuh dijalan Allah: mati kerana wabak taun, mati lemas tenggelam, mati kerana penyakit radang selaput dada, mati sakit perut, mati terbakar, mati terkena runtuhan dan wanita yang meninggal bersama janin dalam kandungan.

Kita juga diminta supaya memperbanyakkan berdoa agar dihindari daripada bala Allah antaranya doa ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ ، وَالتَّرَدِّي ، وَالْهَرَمِ ، وَالْغَمِّ وَالْغَرَقِ ، وَالْحَرْقِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ لَدِيغًا – رواه أحمد وأبو دأود
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa runtuhan, jatuh dari tempat tinggi, penyakit nyanyuk , kesusahan dukacita, tenggelam dan terbakar. Aku berlindung denganMu dari tipuan Syaitan ketika meninggal dunia, dan aku berlindung denganMu dari melarikan diri dari medan jihad. Aku berlindung denganMu dari meninggal dalam keadaan disengat binatang berbisa
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 91 surah al-Maidah :
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ ﴿٩١

Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
Ketika negara berdepan dengan pelbagai musibah termasuk kenaikan harga minyak bersama kos sara hidup yang lain, rasuah, jenayah tiba-tiba kita dikejutkan dengan suatu berita tentang penganjuran Pesta Arak 2017 pada 5 dan 6 Oktober ini di Kuala Lumpur yang mensasarkan  6,000 pengunjung. Ia dilihat secara sengaja cuba mencabar sensitiviti agama di negara ini. Mimbar Jumaat pada hari ini mendesak agar pihak Kerajaan membatalkan segera program yang tidak bermoral ini. Islam dan kebanyakan agama lain mengharamkan arak malah mengakui arak bukan sahaja membahayakan kesihatan malah boleh menyuburkan masalah sosial dan jenayah. Kita bukan mahu menyekat orang bukan Islam untuk minum arak tetapi tidak mahu membiarkan arak bukan sahaja diminum secara bebas malah dijadikan suatu pesta. Sepatutnya negara yang baru menyambut kemerdekaan negara kali ke-60 baru-baru ini dan esok bakal menyambut hari Malaysia memiliki rakyat yang jauh daripada perkara yang merosakkan termasuk arak bukannya menggalakkan rakyat dengan perbuatan tidak bermoral. Bala manakah lagi yang ingin dijemput, Musibah mana lagi yang dipanggil, laknat mana lagi yang dicari.

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لَهَا وَالْمُشْتَرَاةُ لَهُ
Maksudnya : Rasulullah s.a.w telah melaknat dalam masalah arak ini 10 orang iaitu: yang memerah,  yang minta diperah, yang minum, yang memberi minum, yang membawa, yang menghantar, yang membekal, yang menjual, yang membeli dan yang menyimpan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 73 surah at-Taubah :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ ۚ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ ﴿٧٣
Maksudnya : Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Sempena pada hari Jumaat yang mulia, di Masjid yang mulia ini juga maka kita sebagai umat Islam yang bermaruah menuntut beberapa perkara dalam isu pembunuhan dan pembersihan etnik Rohingya oleh kerajaan Myanmar yang didokong oleh Israel, China, India, Rusia. Antaranya meminta Asean, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan Pertubuhan Negara Islam (OIC), supaya campur tangan agar kezaliman dan pencabulan hak asasi manusia ke atas rakyat Rohingya Myanmar dihentikan. Menghantar pasukan pengaman dari PBB ke kawasan sempadan Arakan dan Mendesak kerajaan Myanmar untuk memberi ruang bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia tanpa menerima sekatan daripada kerajaan Myanmar
Doakan keselamatan kepada saudara seagama. Hulurkan bantuan mengikut kemampuan yang ada. Semoga Allah memberi kemenangan kepada umat Islam agar pembunuhan, kezaliman dan penghinaan yang berlanjutan dapat dihentikan. Islamlah nescaya kita mulia dan bahagian dunia akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sumber

100
Khutbah / Zulhijjah - Kemuliaan Umat DiMiliki Rohingya DiSantuni
« Kiriman Akhir by Halaqah Masa a year ago »
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 10-11 surah as-Soof :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿١٠﴾ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿١١

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? .  Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Islam adalah satu-satunya agama yang menjadi cara hidup yang diredhai oleh Allah di mana sesiapa sahaja yang memilih system hidup selain daripada Islam maka semuanya akan ditolak dan dihina oleh Allah di dunia dan akhirat. Kewajipan dalam menyebar serta mempertahankan kesucian system Islam bukanlah terletak dan dipertanggungjawabkan ke atas batang tubuh nabi Muhammad s.a.w seorang sebaliknya kewajipan itu dipikul oleh setiap diri umat Islam. Sebab itulah setelah kewafatan Rasulullah s.a.w maka usaha dalam mengembangkan dakwah dan pemerintahan Islam diteruskan oleh para Khulafa’ ar-Rasyidin dan khalifah-khalifah Islam selepas mereka sehinggalah kita yang berada jauh daripada bumi arab turut dapat menikmati keindahan ajaran dan system Islam hasil daripada usaha dan perjuangan umat dahulu yang sanggup meninggal tanahair tercinta demi memastikan dakwah Islam dapat disebarkan ke seluruh dunia bertepatan dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w itu sendiri adalah untuk sekalian umat manusia bukan khusus untuk umat tertentu sahaja.

Perjuangan dan dakwah Islam ini terus berjalan tanpa ada suatu kuasa besar pun yang dapat mengalah dan memadamkan cahaya Islam walau apa sahaja usaha jahat yang dilakukan. Oleh itu dalam memperjuangkan Islam maka kita mesti yakin bahawa kita bukanlah orang pertama yang menjalankan tugas dalam memartabatkan Islam di atas muka bumi ini dan kita juga bukan orang terakhir yang menjalankan misi suci ini sebaliknya kita merupakan antara rantaian orang-orang yang memperjuangkan Islam yang telah dilaksanakan oleh para nabi dan rasul serta pejuang Islam sebelum ini dan bakal diteruskan oleh generasi selepas kita sehinggalah berlakunya hari qiamat.

Sabda nabi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh  imam Bukhari :

لاتَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ عَلَى الحَقِّ لايَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ

Maksudnya : Akan terus wujud segolongan umatku yang berani menyatakan kebenaran di mana tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang menyanggahinya sehingga datangnya ketentuan daripada Allah S.W.T

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah S.W.T dalam ayat 54 surah al-Maidah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٥٤﴾

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa di kalangan kamu yang murtad daripada agamanya maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintaiNya. Bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin, bersikap tegas terhadap orang kafir, berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang mencela. Itulah kurniaan Allah yang dianugerahkan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui.

Usaha dalam mendaulatkan kembali Islam dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya dunia keseluruhannya tidak akan berjaya sehinggalah setiap pejuang Islam memiliki 5 sifat sebagaimana yang disebut dalam ayat 54 surah al-Maidah iaitu;
[1] kita  mestilah mencintai Allah lebih daripada segalanya sehingga Allah juga mencintai kita. Antara cara menggapai cinta Allah

عَنْ مُعَاذ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْ لُ الله صلَّى الله عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَحَابِّينَ فِيَّ وَ حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَوَاصِلِين فِيَّ وَ حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَنَاصِحِيْنَ فِيَّ وَ حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَبَاذِلِينَ فِيَّ ;الْمُتَحَابُّوْنَ فِيَّ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُوْرٍ يَغْبِطُهُمْ بِمَكَانِهِمُ النَّبِيُّوْنَ وَ الصِّدِّيْقُوْنَ وَ الشُّهَدَاءُ .- رواه أحمد

Maksudnya : Allah  berfirman : ‘Orang yang saling mencintai keranaKu pasti diberikan cintaKu, orang yang saling menyambung hubungan kekeluargaan keranaKu pasti diberikan cintaKu dan orang yang saling menasihati keranaKu pasti diberikan cintaKu serta orang yang saling berkorban keranaKu pasti diberikan cintaKu. Orang yang saling mencintai keranaKu (di akhirat nanti) berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Para Nabi, shiddiqin dan orang-orang yang mati syahid merasa iri dengan kedudukan mereka ini’”

Sifat ke-[2] yang mesti ada sebagai umat mulia ialah  bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin di mana kita mesti tolong-menolong sesama kita atas dasar iman dan kebaikan. Kita tidak mahu isu kecil boleh dijadikan alasan untuk melagakan sesama umat Islam sebagaimana nasihat Presiden Turki dalam isu gambar bendera terbalik dalam buku cendermata semasa temasya sukan SEA Kuala Lumpur 2 minggu lepas supaya ia diselesaikan atas semangat persaudaraan ketika musuh Islam sedang menguatkan pengaruh di rantau Asia Tenggara

الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Seorang Muslim adalah saudara orang Muslim lainnya. Dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya diganggu orang lain (bahkan dia wajib menolong dan membelanya) . Sesiapa membantu kesusahan saudaranya, maka Allâh sentiasa akan menolongnya. Sesiapa melapangkan kesulitan orang Muslim, maka Allâh akan melapangkan baginya dari salah satu kesempitan di hari Qiamat dan barangsiapa menutupi (aib) orang Muslim, maka Allâh menutupi (aib)nya pada hari Qiamat

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 52 surah al-Furqan :

فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿٥٢﴾

Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.

Sifat ke-[3]
yang mesti ada pada umat yang mulia ialah bersikap tegas terhadap orang kafir sehingga mereka tidak berani menghina Islam dan menindas umatnya sesuka hati. Oleh itu sempena pada hari Jumaat yang mulia, di Masjid yang mulia maka kita sebagai umat Islam yang bermaruah menuntut beberapa perkara dalam isu pembunuhan dan pembersihan etnik Rohingya oleh kerajaan Myanmar yang didokong oleh Israel, China, India, Rusia iaitu:

1.Mendesak kerajaan Myanmar menghentikan penyeksaan dan kekejaman kepada umat Islam Rohingya di Myanmar dan meminta Asean, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sekretariat Komanwel, dan Pertubuhan Negara Islam (OIC), supaya campur tangan agar kezaliman dan pencabulan hak asasi manusia ke atas rakyat Rohingya Myanmar dihentikan.

2.    Menghantar pasukan pengaman dari PBB ke kawasan sempadan Arakan.
3.    Mendesak kerajaan Myanmar untuk memberi ruang bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia tanpa  menerima sekatan daripada kerajaan Myanmar.
4.    Mendesak kerajaan Bangladesh untuk membuka pintu sempadan bagi pelarian Rohingya mendapatkan perlindungan. Selain itu, turut disediakan satu kem yang lengkap serta dibiayai dan dikendalikan oleh PBB.
5.    Mendesak PBB untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan kekejaman dan jenayah seperti Sami Budhha Wirathu untuk diadili melalui Tribunal ICJ (Mahkamah Antarabangsa).
6.    Mendesak Negara-negara dunia mengenakan sekatan ekonomi ke atas Myanmar hingga kerajaan Myanmar menghentikan kezaliman ke atas rakyat Rohingya.
7.    Mendesak semua Negara dan warga dunia mengutuk kekejaman dan kezaliman Myanmar ke atas rakyat Rohingya, Myanmar.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 73 surah at-Taubah :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ ۚ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ ﴿٧٣﴾
Maksudnya : Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Sifat ke- [4] untuk menjadi umat mulia ialah berjihad di jalan Allah tanpa merasa takut dan gentar kepada musuh Islam kerana hanya kepada Allah kita semua menyerah diri. Beberapa hari lagi dunia diperingatkan dengan tragedy 11 September yang membangkitkan Islamphobia yang menyaksikan bermulanya penjajahan moden terhadap bumi umat Islam bermula dengan Afghanistan, Iraq, Libya melarat ke Syria, Yaman selain penderitaan lama di Palestin dan beberapa negara yang lain. Musuh Islam menggunakan isu yang mereka sendiri cipta dalam menyekatkan kebangkitan Islam dan menanam rasa benci dunia terhadap Islam. Namun cahaya Allah tidak mampu dipadamkan apabila jumlah rakyat Amerika Syarikat sendiri yang memeluk Islam selepas tragedy hitam ini berlipat kali ganda

Seterusnya sifat ke-[5] ialah umat mulia tidak takut kepada celaan orang mencela kerana dalam memperjuangkan Islam maka kita terpaksa berhadapan dengan musuh dan umat Islam sendiri yang tidak yakin dengan Islam yang sentiasa melakukan serangan pemikiran bagi melemah dan melunturkan semangat juang umat Islam. Antara penghinaan terbaru oleh seorang Melayu yang biasanya Islam iaitu Siti Kassim dalam kenyataannya yang ditularkan di media sosial mendakwa mimpi Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail bukannya dari Tuhan sebaliknya bisikan syaitan. Malah dia juga menganggap ibadat korban yang dilakukan umat Islam pada Aidiladha merupakan perbuatan yang boleh merosakkan alam sekitar dan bukannya dari Al-Quran. Jika benar ianya berlaku maka kita mendesak agar dia segera bertaubat dan juga mendesak agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan sewajarnya agar ucapan sesat ini dapat dihentikan.

Oleh itu kita wajib memastikan diri kita, ahli keluarga seterusnya masyarakat menjaga pegangan aqidah agar iman tidak tergugat dan dipandang remeh

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz berpesan:

إِنَّ لِلإِيمَانِ فَرَائِضَ وَشَرَائِعَ وَحُدُودًا وَسُنَنًا ، فَمَنِ اسْتَكْمَلَهَا اسْتَكْمَلَ الإِيمَانَ ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَكْمِلْهَا لَمْ يَسْتَكْمِلِ الإِيمَانَ

Maksudnya : “Sesungguhnya iman memiliki kewajiban-kewajiban, batasan dan aturan serta sunnah-sunnah, barangsiapa menyempurnakannya maka sempurnalah imannya dan barangsiapa tidak menyempurnakannya maka tidak sempurna pula imannya.”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sumber
Pages: 1 ... 8 9 [10]