Login  |  Daftar

Terkini

Pages: 1 2 [3] 4 5 ... 10
21
Umum / MEMBINA CITA-CITA SEMPENA TAHUN BARU 2019
« Kiriman Akhir by Halaqah Masa 2 months ago »
MEMBINA CITA-CITA SEMPENA TAHUN BARU 2019

Mukadimah

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Tahun 2018 sudah hampir melabuhkan tirainya dan akan terbit fajar 2019. Apa yang berlaku sepanjang 2018, banyak perkara yang dapat kita muhasabahkan dan post mortem. Ini bertujuan untuk mengislahkan kehidupan yang mendatang dengan lebih cemerlang dan gemilang.

Warna-warni, suka-duka dan pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang 2018, itulah putaran hidup yang terpaksa kita lalui. Benarlah firman Allah SWT:

وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ

Maksudnya: Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran)

(Surah Ali Imran: 140)

Dalam menapak ke hadapan pada 2019 ini, sudah semestinya kita mempunyai hasrat, harapan untuk bertambah baik dalam meniti kehidupan. Justeru, kami namakan Bayan Linnas pada kali ini dengan Membina Cita-Cita Sempena Tahun Baru 2019.

Muhasabah 2018

Banyak peristiwa yang telah berlaku pada tahun 2018. Kami dapati ada yang berjaya, gembira dan sukacita. Sebaliknya tidak kurang yang kecewa, sedih dan berduka nestapa. Begitu juga ada yang dikurniakan dengan pelbagai anugerah dan nikmat.

Justeru tatkala kita dikurniakan nikmat, maka wajib kita zahirkan kesyukuran kepada Tuhan. Sebaliknya jika diuji dengan sedikit musibah, maka hendaklah dia bersabar. Sudah barang tentu kehidupannya sentiasa dipahalakan Allah.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Suhaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:

عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Maksudnya: “Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
Riwayat Muslim (7692)

Pada saat yang sama, hendaklah kita bermuhasabah untuk mengislahkan diri ke arah yang lebih baik pada masa akan datang. Daripada baik kepada lebih baik dan daripada lebih baik kepada terbaik. Inilah manusia yang mendapat laba dan keuntungan dalam kehidupan. Semoga sinar 2019, kita penuhinya dengan cita-cita yang mulia untuk kita capai.

Dengan menginsafi diri, semua dari kalangan kita mahu menjadi orang yang cerdik, bijak dan beruntung dalam kehidupannya. Daripada Syaddad bin Aus R.A, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ

Maksudnya: Orang yang cerdik, siapa yang merendahkan dirinya dan beramal untuk bekalan selepas mati. Sedangkan orang yang lemah, siapa yang mengikut hawa nafsunya dan hanya bercita-cita kepada Allah.

Riwayat al-Tirmizi (2459) dan Ibn Majah (4260)

Syeikh al-Mubarakfuri dalam menjelaskan hadis di atas berkata: “(Orang yang cerdik) iaitu orang yang sentiasa memuhasabah dirinya di dunia sebelum dia dihisab di akhirat. Hal ini berbetulan dengan nasihat Saidina Umar al-Khattab R.A yang berkata:

حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيّنُوا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنّمَا يَخِفّ الْحَسَابُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ في الدّنْيَا

Maksudnya: Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Dan berhiaslah untuk hari pembentangan yang agung. Sesungguhnya ringanlah penghisaban di hari Akhirat bagi sesiapa yang telah menghisab dirinya di dunia.”

(Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 7/156)
  • Definisi
Kami mulakan dengan maksud cita-cita. Menurut Kamus Dewan, cita-cita ialah:

    Harapan, hasrat, keinginan (yang kuat).
    Maksud, tujuan yang hendak dilaksanakan.
(Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat)

Dalam bahasa Arab, cita-cita disebut sebagai “أمنية” dan juga “أماني”. Ia hampir sama dengan makna dalam Kamus Dewan.

Manusia dimuliakan berbanding haiwan kerana diberi akal fikiran, ditambah dengan semangat yang kental untuk membina sebuah cita-cita bagi menggapainya. Dengan sebab itulah kehidupan manusia mampu membina tamadun berbanding haiwan yang hanya mengikut fitrah yang Allah tentukan.

  • Bagaimana Membina Cita-cita?
Kami kemukakan di sini beberapa cara untuk membina cita-cita:

    Buat Keputusan untuk Tingkatkan Tahap yang Ingin Dicapai

Kehidupan seseorang boleh berubah sepenuhnya selepas membuat keputusan untuk menaikkan tahap yang ingin dicapai ke peringkat yang lebih tinggi. Tulis dengan jelas apa yang diingini, dan beri komitmen sepenuhnya untuk mencapainya. Masukkan juga, apakah kualiti diri yang sepatutnya dimiliki untuk mencapai perkara tersebut seperti sikap positif dan tidak menangguhkan kerja.

    Bersama Tekad, Binakan Keazaman yang Utuh

Seperti yang dinyatakan di atas, keazaman dalam meraih cita-cita hendaklah disusun dengan penuh strategi dan pengalaman. Maka insya Allah, sebaik-baik natijah akan digapai. Pujangga menyatakan:

إذا كُنتَ ذا رأيٍ فَكُنْ ذا عَزيمَةٍ                فإنَّ فَسادَ الرأيِ أنْ تَترددا

                             “Jika kamu mempunyai pemikiran yang baik, maka sertakan dengan azam

                                                             Ini kerana rosaknya pemikiran apabila kamu tidak tetap pendirian.”

    Tulis Impian dan Cita-Cita yang Ingin Dicapai

Jadikan setiap apa yang ingin dicapai dalam bentuk bertulis. Begitu juga semua perkara yang boleh menghalang dan cara mengatasinya. Tulis secara terus menerus setiap perkara yang dibayangkan. Curahkan semua idea berkaitan impian dan cita-cita yang ingin dicapai. Susun dalam bentuk garis masa, mungkin sehingga 5 atau 10 tahun akan datang. Jangan sekali-kali berfikir bahawa impian kita tersebut tidak realistik. Jangan meletakkan batas pada diri kita. Yakinlah, jika orang lain boleh mencapainya, mengapa tidak kita?

Dengan menulis impian, daripada itu kita dapat mengetahui secara terperinci berkaitan cita-cita kita serta mendapat gambaran yang jelas. Jadikan diri kita tidak dapat hidup tanpa impian dan matlamat tersebut.

    Beri Komitmen Sepenuhnya

Menulis impian sahaja masih belum mencukupi. Bulatkan tekad dan beri komitmen sepenuhnya untuk mencapai impian tersebut. Beri komitmen sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi untuk merealisasikannya. Bertindak untuk mengubah strategi jika perlu. Tanamkan pemikiran bahawa sekiranya kita berhenti dan menyerah bermakna kita telah menjual impian kita. Yakinlah, sekiranya kita betul-betul memberi komitmen, pasti ada jalan untuk mencapainya.

Untuk melakukan perubahan, hakikatnya ia bukanlah soal kemampuan. Sebaliknya ia adalah berkaitan kemahuan dan motivasi. Cari alasan atau sebab yang kuat untuk berubah, dan setelah itu beri komitmen sepenuhnya bagi mencapainya.

    Tempohkan Cita-cita yang Hendak Dicapai

Dengan hanya bercita-cita sahaja untuk menggapai dan mencapai sesuatu matlamat, namun tidak diberikan tempoh dan had masa untuk mencapainya, ia biasanya tidak tercapai. Kalau tercapai sekalipun, ia akan mengambil sejumlah masa yang besar. Makanya, kejayaan yang sepatutnya diraih hanya sia-sia dan habis begitu sahaja. Malang sekali jika kejadian seperti ini sering kali berulang saban tahun dengan cita-cita yang tak pernah kunjung tiba sekalipun ditekad dan diazamkan pada permulaan tahun. Jadikanlah cita-cita sebagai tangga yang perlu dinaiki di mana melangkah semestinya dari satu tahap ke satu tahap yang seterusnya agar kehendak cita-cita dapat direalisasikan dalam kehidupan kita. Amin.

    Bersahabatlah dengan Orang yang Berjaya Meraih Cita-cita

Ini kerana sahabat menjadi cerminan kejayaan seseorang. Cerdik pandai pernah menyebut: “Beritahu kepadaku siapa sahabatmu, nescaya aku boleh memberitahu siapa diri kamu sebenar.” Hal ini berbetulan dengan hadis Nabi SAW:

الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلْ

Maksudnya: Seseorang itu mengikut agama rakannya. Maka lihatlah seorang kamu siapa yang dia berkawan.

Riwayat Abu Daud (4833), al-Tirmizi (2378)
dan Ahmad (8398)

Sejarah membuktikan orang yang berjaya biasanya mempunyai rakan-rakan yang telah berjaya. Dengan sebab itu gandingan antara yang berjaya dengan yang berjaya menghasilkan kejayaan yang lumayan dan berganda. Justeru, pilihlah rakan-rakan yang telah berjaya dan bukannya yang kecewa dan gagal dalam kehidupan.

Cita-cita Saidina Umar al-Khattab R.A

Kami sengaja menyebut cita-cita Saidina Umar sebagai mengambil semangat dan inspirasi untuk kita bina cita-cita kita ke arah yang lebih baik dalam melayari bahtera kehidupan ini.

Suatu ketika, Saidina Umar bin al-Khattab R.A berkata kepada sahabat-sahabatnya:

تَمَنَّوْا ، فَقَالَ بَعْضُهُمْ : أَتَمَنَّى لَوْ أَنَّ هَذِهِ الدَّارَ مَمْلُوءَةٌ ذَهَبًا أُنْفِقُهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَأَتَصَدَّقُ ، وَقَالَ رَجُلُ : أَتَمَنَّى لَوْ أَنَّهَا مَمْلُوءَةٌ زَبَرْجَدًا وَجَوْهَرًا فَأُنْفِقُهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَأَتَصَدَّقُ ،

ثُمَّ قَالَ عُمَرُ : تَمَنَّوْا فَقَالُوا : مَا نَدْرِي يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ ، فَقَالَ عُمَرُ : أَتَمَنَّى لَوْ أَنَّهَا مَمْلُوءَةٌ رِجَالاً مِثْلَ أَبِي عُبَيْدَةَ بْنِ الْجَرَّاحِ ، وَمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ ، وَسَالِمٍ مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ ، وَحُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ.

Maksudnya: "Tunjukkan cita-cita kamu." Salah seorang menjawab, "Aku bercita-cita rumah ini dipenuhi dengan emas, agar aku dapat infakkan di jalan Allah dan bersedekah!" Sahabat yang lain pula berkata: "Aku bercita-cita rumah ini dipenuhi zamrud dan batu permata agar aku dapat infakkan di jalan Allah dan bersedekah!"

Kemudian Umar R.A berkata lagi: “Tunjukkan cita-cita kamu.” Mereka menjawab: “Kami tidak tahu wahai Amir al-Mukminin.”

Lalu Umar R.A berkata: "Aku bercita-cita agar rumahku dipenuhi pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah Ibn al-Jarrah, Mu'adz bin Jabal, Salim Maula Abi Huzaifah dan Huzaifah ibn al-Yaman.”

Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (5005),
dan Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’ (318)

Mafhum daripada cita-cita sahabat dan Saidina Umar amat banyak. Antaranya:

    Sahabat bercita-cita untuk mendapat kejayaan dalam hidup yang disambung dengan kejayaan akhirat. Ia seolah-olah dunia sebagai ladang akhirat untuk menatijahkan pahala dan syurga di hari akhirat kelak.
    Cita-cita Saidina Umar jelas menunjukkan betapa jauhnya ufuk minda dan pemikiran Saidina Umar dalam meraih human capital atau modal insan bagi manusia kerana ia menjadi pengubah dunia dan pemakmurnya mengikut neraca Syari’ah. Justeru, cita-cita Saidina Umar jauh lebih besar berbanding dengan yang lain.
    Nama-nama yang disebut oleh Saidina Umar seperti Abu Ubaidah Ibn al-Jarrah, Mu'adz bin Jabal, Salim Maula Abi Huzaifah dan Huzaifah ibn al-Yaman adalah tokoh yang amat istimewa dengan kelebihan yang tersendiri, menegak dan mengukuhkan agama Islam dan sebaran dakwah Islamiyyah begitu meluas. Mereka juga adalah antara yang cerdik, bijak, berhikmah dan mempunyai kesabaran yang amat tinggi untuk menjulang Syariat Islamiyyah.

Cita-cita Tokoh Besar

Kami sengaja kemukakan cita-cita tokoh besar untuk sama-sama kita tekuni. Mudah-mudahan kita juga satu masa nanti akan memperolehi apa yang kita cita-citakan. Antaranya:

    Barack Obama[1], Mantan Presiden Amerika Syarikat

Beliau telah mengungkapkan cita-cita menjadi presiden sejak di bangku sekolah rendah dan sehingga dewasa cita-citanya tidak pernah berubah. Perkara ini diceritakan oleh Israella Pareira, salah seorang bekas gurunya semasa di sekolah rendah.

Obama kemudian merealisasikan cita-cita yang dipasakkannya sejak hampir 40 tahun lalu. Seluruh dunia menyaksikan Barack Obama mewujudkan cita-citanya menjadi presiden pertama dari bangsa kulit hitam dengan mengalahkan lawannya, John McCain.

    Bill Gates[2], Pengasas Microsoft

Ayah beliau, William H. Gates berkata bahawa anaknya ketika di bangku sekolah rendah pernah diminta untuk menulis tugasan berkenaan cita-cita. Beliau kemudian menggambarkan sebuah kotak dengan tulisan saintis di sebelahnya. Beliau sememangnya telah menunjukkan minat dalam bidang sains sejak kecil lagi. Sebahagian besar masanya dihabiskan dengan membaca dan bermain dengan programming komputer sejak usia 13 tahun lagi.

Beliau kemudian mengasaskan perniagaan software bersama rakannya Paul Allen pada 1975. Antara tahun 1978-1981, Microsoft berkembang dengan pesat. Sehinggalah sekarang banyak komputer di dunia menggunakan software Microsoft.

    Thomas Alva Edison[3]

Sebelum beliau berjaya, beliau telah ribuan kali melakukan eksperimen yang gagal. Ketika rakan-rakannya mengejek kegagalannya, beliau menjawab: “Tidak, aku sama sekali tidak gagal dalam percubaan ini. Aku hanya menemui satu cara baharu yang menjadikan mentol ini tidak menyala.”

    Stephen Hawking[4]

Beliau menonjolkan minat dan bakatnya terhadap matematik dan fizik sejak masa kecil lagi. Ketika berumur sebelas tahun, Hawking menghadiri Sekolah St Albans di Hertfordshire yang berhampiran dengan London. Hawking kemudian menyertai Kolej Universiti, Oxford, dan hendak belajar matematik. Apabila kursus matematik tidak ada, beliau belajar fizik sebagai ganti.

Pada 1974, Hawking menjadi satu daripada felo termuda badan saintifik berprestij di Britain, Royal Society pada usia 32 tahun. Seterusnya pada 1979, beliau dilantik sebagai Profesor Lucas Matematik di Universiti Cambridge yang pernah dipegang oleh Isaac Newton.

    Steve Jobs[5]

Ramai yang suka bekerja dengan beliau kerana sikap agresif dan gaya fikirnya untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Dalam masa yang sama, terdapat segelintir individu yang memandang sikap ini sebagai satu sikap yang sia-sia. Mereka beranggapan, menghasilkan sesuatu yang belum pernah dihasilkan orang lain adalah satu tindakan yang membazir masa. Kita akan menghadapi risiko yang tinggi, sama ada kerugian berbilion ringgit, atau kerugian masa selama bertahun-tahun akibat mengusahakan sesuatu yang tidak pasti.

Tetapi tidak pada diri Steve Jobs. Selagi beliau mahu produk itu disiapkan, maka ia mesti disiapkan. Walau apa jua cara sekalipun.

Bill Gates – rakan yang juga pesaingnya – pernah mengungkapkan bahawa tiada siapa mampu menandingi kemampuan Steve Jobs dalam mencapai sesuatu yang diinginkan. [6]

 

Cita-cita Ulama'

Kami lampirkan di sini hasrat dan cita-cita para ulama sedari kecil lagi. Antaranya:

    Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Ketika ditanya semasa di bangku sekolah, “Apa cita-cita kamu?” Beliau menjawab, “Ingin menjadi Syeikh al-Azhar.” Guru yang bertanya terkejut dan menggelengkan kepala.

Walaupun Syeikh al-Qaradhawi belum ditakdirkan menjadi Syeikh al-Azhar sedangkan kemampuan dan ilmunya amat luar biasa. Justeru murid-muridnya berkata, “Kamu bukan Syeikh al-Azhar tetapi kamu adalah Syeikh al-Ummah.” Dalilnya beliau pernah menjawat sebagai Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia dan beliaulah yang mengasaskannya, yang menghimpunkan ulama’ seluruh dunia.

    Ibnu Sina[7]

Beliau merupakan salah seorang tokoh yang luar biasa dalam ilmu perubatan. Kemampuannya boleh merawat seorang raja menyebabkan raja tersebut bertanya kepadanya, “Apakah yang diingini dan dicita-citakan?” Maka jawabnya, “Patik dengar, tuanku mempunyai perpustakaan yang besar, di mana banyak kitab-kitab yang nadir terdapat dalam perpustakaan tuanku. Maka izinkan patik masuk untuk membacanya.”

    Imam Izzuddin Ibn Abdissalam[8]

Imam Taqiyyuddin al-Subki berkata, “Pada mulanya Syeikh Izzuddin hidup dalam keadaan sangat miskin. Beliau baru mula belajar ketika sudah berusia dewasa. Faktor yang membuat beliau tergerak untuk belajar adalah pernah suatu hari beliau tidur di pintu bahagian utara Masjid Umawi di Damsyiq. Cuaca malam itu sangat dingin, lantas beliau bermimpi basah (junub). Dengan segera beliau bangun dan pergi ke perigi untuk mandi. Setelah mandi, beliau merasa sangat sejuk. Kemudian beliau kembali lagi tidur dan bermimpi basah lagi. Akhirnya pergi lagi ke perigi untuk mandi. Kerana pintu masjid ketika itu tertutup dan tidak membolehkannya keluar, maka beliau memanjat pintu. Namun akhirnya beliau pengsan disebabkan terlalu sejuk. Perkara itu terjadi kerana beliau tidak mengetahui bahawa sebenarnya beliau dibolehkan untuk tidak mandi dan menggantinya dengan tayamum ketika musim dingin dan tidak ada air hangat. Ketika beliau mengetahui hal itu, beliau bertekad untuk mulai mencari ilmu.

Meskipun beliau baru mula menuntut ilmu pada usia tua, namun beliau sangat bersemangat menghafaz kitab dan giat belajar, dan secara berkala belajar kepada para ulama’ besar pada masa tersebut. Semua itu beliau lakukan untuk menebus masa kecilnya yang tidak sempat merasai pendidikan lantaran keadaan keluarga beliau yang miskin.

Ketekunan beliau ditunjukkan dengan jarangnya tidur pada malam hari. Beliau pernah berkata bahawa selama 30 tahun beliau tidak tidur sebelum benar-benar memahami kitab yang sedang beliau pelajari. Selain itu lingkungan di mana beliau tinggal, iaitu Damsyiq pada masa itu adalah daerah yang dipenuhi ulama’-ulama’ yang masyhur dalam pelbagai ilmu.

    Umar bin Abdul Aziz

Beliau dibesarkan di kota Madinah dalam keadaan yang cukup selesa di samping bergaul dengan pembesar, para ulama dan orang-orang soleh. Hatinya sangat rindu kepada Masjid Nabi sehinggakan beliau sentiasa berada di sana. Hatinya begitu terpaut kepada ulama yang terkemuka pada masa itu, iaitu Abdullah bin Umar, bapa saudara kepada ibunya. Beliau bercita-cita mengambil hadis daripadanya dan begitu bersemangat untuk mengikuti sirah Abdullah bin Umar. Pernah pada suatu ketika, beliau berkata kepada ibunya: “Hai ibu, aku suka untuk menjadi seperti bapa saudaraku (Ibn Umar).” Lantas ibunya menjawab seolah-olah dengan nada kehairanan: “Kamu mahu menjadi seperti bapa saudaramu?” Ibunya mengulangi persoalan tersebut berulang kali.

Hasrat dan Cita-cita Kami

Dengan datangnya tahun baru, sudah tentu akan terdetik hajat dan cita-cita untuk digapai. Kami berpendapat adalah amat baik dan perlu untuk membina hala tuju, dengan keterbatasan masa yang kita miliki bagi mencapai hasrat tersebut. Antaranya:

    Membentuk peribadi yang soleh dan musleh.

Menzahirkan sifat basyari yang terwujud di dalamnya insaniyyatul insan bahkan sampai kepada tahap ehsan. Ini sudah tentu dapat mentahqiqkan dalam menjadi hamba Allah yang soleh dan musleh. Saat yang sama, menghilangkan dari dalam diri kita sifat-sifat mazmumah seperti qasawatul qulub (kerasnya hati).

    Membina Keluarga Bahagia

Di saat banyak institusi rumah tangga yang tidak stabil atau goyah dan kehidupan yang penuh emosi dan tekanan, maka sewajarnya kita bertekad untuk menjadikan rumah tangga yang kita bina dan kita layarinya meraih rumah tangga bahagia dan layak dinyatakan sebagai Baiti Jannati.

Rumah tangga seperti ini perlulah ada dua hubungan yang terbaik; hubungan kekeluargaan dan hubungan dengan Allah. Konsep jama’ah keluarga perlu dihayati dan dilaksanakan seperti solat berjemaah, lebih-lebih lagi membawa keluarga ke masjid, makan berjemaah, pergi menghadiri majlis ilmu secara berjemaah dan juga wujudnya perbincangan yang sihat dan segar dalam membaiki sebuah kefahaman yang benar dan hala tuju yang jelas. Semoga dengan sentiasa berdoa seperti yang diajarkan akan menatijahkan Baiti Jannati:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

(Surah al-Furqan: 74)

    Masyarakat yang Makmur

Ini sebagaimana firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).”

(Surah al-Hujurat: 13)

Ulama tafsir terkenal, Imam al-Zamakhsyari ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada Adam dan Hawa. Kita semua diciptakan daripada seorang ibu dan seorang ayah dan tanpa wujud kelebihan antara satu mengatasi yang lain. Maka, tidak ada sebab untuk berbangga akan diri sendiri dan melebihkan diri sendiri dalam hal keturunan. (Lihat al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq Ghawamidh al-Tanzil, 4/374)

Di dalam kehidupan, memahami konsep kejiranan dan juga sifat toleransi sesama manusia lebih-lebih lagi dalam negara yang sama akan menatijahkan keharmonian dan kasih sayang. Ini akan membawa kebaikan dalam hubungan dan interaksi, membuang segala sifat curiga-mencurigai dan tohmah serta hipokrit dengan menjadikan dan menonjolkan sifat-sifat kesamaan dan kasih sayang akan membawa kepada masyarakat yang harmoni dan cita-cita negara yang aman dan makmur akan kita perolehi.

Umar bin Abdul Aziz pernah berkata: “Fiqh yang terbesar ialah bersifat dengan qana’ah dan menahan daripada menyakiti manusia.” Kenyataan ini berdasarkan kepada buku Sirah Ibn Abdul Aziz, karya Ibn al-Jauzi. Ia merupakan sebuah nasihat yang disampaikan oleh Umar bin Abdul Aziz kepada Uthman al-Dujani supaya mengajar anaknya berkenaan dengan fiqh yang terbesar. Dengan mengamati dua sifat tersebut iaitu qana’ah dan menahan daripada menyakiti hati manusia, sudah pasti ianya membawa kelebihan kepada seseorang dalam melayari bahtera kehidupan kerana kedua-duanya akan terselamat daripada sifat mazmumah dan disakiti oleh manusia.

    Negara yang Merdeka dan Makmur

Cinta kepada negara dan diisi negara tersebut dengan segala kebaikan dan kebajikan menjadi puncak ketenangan masyarakat. Kami nukilkan di sini pendapat tokoh berkenaan cinta kepada negara dan kaitannya:

    J.B Colbert berkata: “Kebesaran sesuatu negara tidak diukur dengan luas daerahnya tetapi diukur daripada watak masyarakatnya.”
    Robespierre berkata: “Negara yang merdeka adalah negara yang mana hak-hak manusia dihormati dan semua undang-undang bersifat adil.”
    Plato berkata: “Manusia tidak lahir bagi dirinya sendiri, tetapi bagi negaranya.”
    Albert Camus berkata: “Saya perlu mencintai negara saya dan keadilan.”
    E.R Bulwer Lython berkata: “Setiap orang mencintai dan bangga pada negaranya sendiri, kerana dia dilahirkan di negara itu.” (Lihat Negara Sejahtera Rahmat untuk Semua, hlm. 4)

Tiga perkara asas yang perlu dimiliki negara bahagia ialah:

    Politik yang stabil dan kukuh.
    Ekonomi yang baik dan mantap.
    Kesatuan rakyat dan perpaduan yang ampuh.

Dalam konsep kehidupan bernegara dan bermasyarakat, bahkan untuk peribadi dan keluarga sekalipun, meraih keberkatan Tuhan adalah matlamat utama. Hal ini dapat dicapai melalui iman, amal soleh dan taqwa. Benarlah firman Allah SWT:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Maksudnya: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

(Surah al-A’raf: 96)

Pada saat yang sama, kami mengharapkan agar negara kita disisihkan dari sebarang bala dan bencana seperti gempa bumi, bah besar, puting beliung, tanah runtuh dan gegaran yang dahsyat. Begitu juga memohon agar selamat daripada rusuhan kaum, huru-hara, pembunuhan, rasuah serta perlakuan yang tidak bermoral.

Sekali lagi kami tegaskan bahawa negara maju seperti mana yang ada di depan mata kita sekarang yang diwakili oleh sejumlah negara Eropah di Barat serta Jepun dan Korea di Timur adalah negara yang berusaha mencapai elemen good governance ini. Nilai-nilai kebebasan melalui demokrasi disuburkan, hak asasi manusia ditegakkan, gejala rasuah disifarkan, keadilan dan kedaulatan undang-undang dipupus, nilai-nilai keperibadian yang baik cuba dibentuk dan sebagainya. Hasilnya, negara di Barat aman dan makmur selama lebih satu abad.

Kesalahan mereka hanyalah kerana semua nilai itu dibina berdasarkan penularan akal semata-mata tanpa bimbingan wahyu. Di situlah titik perbezaan antara kita (Islam) dengan mereka. Jika elemen ini disatukan dengan pancaran wahyu Ilahi dan Sunnah Nabawi, sudah tentu negara maju yang berpijak pada baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur akan menjelma dan kemakmurannya akan lebih terasa. Barat hanya ada baldatun toyyibah tanpa rabbun ghafur, malangnya kita langsung tidak punyai apa-apa. Baldatun Toyyibah tiada, malah rabbun ghafur amat jauh sekali. (Lihat Mukadimah Negara Sejahtera Rahmat untuk Semua)

Akhir kalam, kami mengharapkan sebuah kebaikan dan keberkatan hidup sentiasa menaungi kami dan singgah dalam kehidupan kita semua yang akhirnya membawa kebahagiaan dan ketenangan. Ingatlah, api kemarahan dan dendam kesumat tiada yang bermanfaat kecuali kebinasaan dan kerugian yang akan mengundang ke dalam kehidupan kita. Justeru, tepuk dada tanyalah iman.

Kami menadah tangan dan bermunajat kepada Yang Maha Esa:

اللَّهُمَّ اجْعَلْ مَاليزِيَا وَسَائِرَ بِلَادِ الْمُسْلِمِينَ طَيِّبَةً آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً رَخِيَّةً، يَا رَؤُوفًا بِالْعِبَادِ

اللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلَامَ وَالْمُسْلِمِينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ وَحِيْنٍ، وانْصُرْ مَن نَصَرَ الدِّينَ، وَاخْذُلْ

مَنْ خَذَلَ الْمُسْلِمِينَ، وَأَعْلِ كَلِمَتَكَ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ، وَدَمِّرْ أعْدَاءَكَ أعْدَاءَ الدِّينِ

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Semoga negara kita Malaysia yang kita pijak ini, menjadi negara yang aman sentosa serta diberkati Allah dan seperti yang disifatkan Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur. Amin.

Akhukum fillah,

SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
31 Disember 2018 bersamaan 22 Rabi’ al-Akhir 1440 Hijrah.


Nota Hujung:
[1] Barack Hussein Obama II (lahir 4 Ogos 1961) ialah bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Beliau merupakan orang Amerika Afrika pertama dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat, serta yang pertama lahir di Hawaii. Sebelum ini, Obama merupakan senator muda dari Illinois sebelum meletakkan jawatan pada 16 November 2008 untuk bertanding dalam pilihan raya presiden. Selepas menang, Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat di Kapitol Amerika Syarikat pada 20 Januari 2009. Pada 9 Oktober 2009 pula, Obama diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2009 untuk "usaha luar biasanya dalam menguatkan diplomasi antarabangsa dan kerjasama antarabangsa". (Lihat https://ms.wikipedia.org/wiki/Barack_Obama)

[2] William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955) atau lebih dikenali sebagai Bill Gates, ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia.

Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.

Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut, dengan nilai sebanyak $60 bilion. Pada tahun 2008, kesusutan nilai saham Microsoft sebanyak 15% meletakkan beliau ke tempat ke-3 selepas Iddin dan Zayid (Lihat https://ms.wikipedia.org/wiki/Bill_Gates)

[3] Thomas Alva Edison (11 Februari 1847 – 18 Oktober 1931) ialah seorang pereka dan usahawan Amerika Syarikat yang mengembangkan banyak peranti yang amat mempengaruhi kehidupan di seluruh dunia. Digelar "Yang Pintar dari Taman Menlo" oleh seorang wartawan, beliau adalah salah satu pereka terawal yang menggunakan pengeluaran besar-besaran untuk proses perekaan dan oleh itu, sering dihargai kerana mencipta makmal penyelidikan perindustrian yang pertama.

Edison telah dianggap sebagai salah satu pereka yang paling prolifik dalam sejarah, dan memiliki 1,093 buah paten Amerika Syarikat atas namanya, serta juga banyak paten di United Kingdom, Perancis, dan Jerman. (Lihat https://ms.wikipedia.org/wiki/Thomas_Edison)

[4] Stephen William Hawking (8 Januari 1942 – 14 Mac 2018) merupakan seorang ahli fizik teori, ahli kosmologi, penulis England dan Pengarah Penyelidikan di Pusat Teori Kosmologi di dalam Universiti Cambridge. Kerja-kerja saintifiknya termasuk kerjasama dengan Roger Penrose mengenai teorema singulariti graviti dalam rangka kerelatifan umum dan ramalan teori bahawa lubang hitam memancarkan sinaran, yang sering dipanggil radiasi Hawking. Hawking ialah orang pertama yang membentangkan teori kosmologi yang dijelaskan oleh kesatuan teori umum relativiti dan mekanik kuantum. Beliau merupakan penyokong yang kuat dari tafsiran banyak dunia tentang mekanik kuantum.

Hawking merupakan Ahli Kehormat Royal Society of Arts (FRSA), ahli seumur hidup Akademi Sains Kepausan, dan penerima Presidential Medial of Freedom, anugerah awam tertinggi di Amerika Syarikat. Pada tahun 2002, Hawking menduduki tempat ke-25 dalam tinjauan BBC mengenai 100 orang Inggeris Terhebat. Beliau merupakan Profesor Matematik Lucasian di Universiti Cambridge antara tahun 1979 dan 2009 dan mencapai kejayaan komersial dengan karya sains popular di mana beliau membincangkan teori dan kosmologinya sendiri secara umum. Buku beliau, A Brief History of Time, muncul di senarai jualan terlaris Britain Sunday Times untuk rekod sepanjang 237 minggu.

Hawking mempunyai bentuk neuron motor yang lambat pada permulaan awal yang jarang berlaku (juga dikenali sebagai sclerosis lateral amyotrophic atau "ALS" dan penyakit Lou Gehrig), yang secara perlahan melumpuhkannya selama beberapa dekad. Walaupun selepas kehilangan keupayaan bercakap, beliau masih dapat berkomunikasi melalui alat penjanaan percakapan, pada mulanya melalui penggunaan suis tangan, dan akhirnya dengan menggunakan otot pipi tunggal. Beliau meninggal dunia pada 14 Mac 2018 pada usia 76 tahun. (Lihat https://ms.wikipedia.org/wiki/Stephen_Hawking)

[5] Steven Paul "Steve" Jobs (24 Februari 1955 – 5 Oktober 2011) ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios; dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995).

Sejarah perniagaan Jobs telah banyak berbakti kepada imej simbolik seseorang usahawan Silicon Valley yang idiosinkratik dan individualistik, menekankan kepentingan reka bentuk serta memahami peranan penting yang dimainkan oleh estetika dalam menarik perhatian umum. Beliau disanjungi kerana jasanya memajukan pembangunan keluaran-keluaran yang berguna dan anggun pada masa yang sama. Pada 24 Ogos 2011, Jobs mengumumkan perletakan jawatannya sebagai KPE Apple dan bakal digantikan oleh Tim Cook. Atas permintaan beliau, Jobs dilantik sebagai Pengerusi lembaga pengarah Apple. Pada 5 Oktober 2011, Apple mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun. (Lihat https://ms.wikipedia.org/wiki/Steve_Jobs#cite_note-NYT-20111005-3)

[6] Lihat http://www.majalahniaga.com/steve-jobs-lagenda-atau-auta.html

[7] Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina, dikenali sebagai Ibnu Sina atau Avicenna di dunia Barat, merupakan salah seorang pakar sains dari Uzbekistan yang hidup antara tahun 980 hingga 1037 M. (Lihat https://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Ali_Al-Hussain_Ibn_Abdallah_Ibn_Sina)

[8] Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Sulami al-Dimasyqi al-Misri al-Syafi. Beliau dikenali dengan panggilan al-Izz atau Izzuddin bin Abdul Salam. Beliau digelar Sultan Ulama’ dan Penjual Raja-Raja. Beliau dilahirkan pada tahun 577H dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 660H.



22
Khutbah / [KHUTBAH JUMAAT] Islam DiLaksana Rahmat Allah DiRasa
« Kiriman Akhir by Halaqah Masa 4 months ago »
Islam DiLaksana Rahmat Allah DiRasa
السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  57-58   surah Yunus :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ﴿٥٧﴾ قُلْ بِفَضْلِ اللَّـهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ ﴿٥٨
Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) “kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)”.

Islam dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. pada akhir zaman adalah rahmat Allah kepada seluruh alam (manusia dan makhluk yang lain). Ia telah dibuktikan betapa hebat dan sempurnanya rahmat Allah yang terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna. Seluruh ajaran Islam adalah rahmat, merangkumi segala nikmat ruh dan jasad. Pelaksanaan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya mengikut kemampuan adalah rahmat jua. Bahkan menghukum mereka yang melakukan larangan juga adalah rahmat. Umat Nabi Muhammad S.A.W. merangkumi seluruh manusia sama ada penganut Islam dinamakan umat ijabah dan bukan Islam dinamakan umat dakwah. Para ulama mentafsirkan rahmat itu meliputi seluruh manusia dan alam yang lain termasuk mereka yang beriman, kafir, munafik, zalim dan fasiq dalam kehidupan dunia ini. Rahmat Allah terhadap yang kafir, munafik, zalim dan fasiq adalah diberi rezeki jasad dan akal kepada semua dalam kehidupan dunia. Rahmat Allah juga ditangguhkan bala bencana yang pernah memusnahkan semua umat yang terdahulu daripada ditimpa ke atas umat Nabi Muhammad S.A.W. dengan sebab maksiat. Rahmat juga dibuka pintu taubat seluas-luasnya kepada mereka yang berdosa sama ada besar atau kecil. Rahmat Allah bukan sahaja dalam perkara nikmat kehidupan jasad dan akal, bahkan termasuk perkara rohani (dosa dan pahala) daripada semua perintah dan larangan Allah yang menjadi sempadan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.

Rahmat Allah juga dinyatakan dalam aspek pencegahan terhadap kemungkaran dan dosa, kerana semua yang diharamkan itu membawa mudharat. Pencegahannya melalui pelbagai pendekatan seperti nasihat, amaran dan hukuman terhadap pelakunya kerana rahmat Allah menyelamatkan orang yang baik dengan cegahan sehinggalah menghukum dengan sekeras-kerasnya. Selain itu, menyelamatkan orang yang jahat dan penjenayah dengan menghalang dan mendidik mereka melalui hukuman Qisas, Hudud dan Takzir, yang dikatakan sangat keras tetapi dengan syarat-syarat yang sukar dijatuhkan. Menunjukkan kehebatannya menakutkan dan mendidik. Rahmat Allah juga menggalakkan taubat dan kemaafan daripada dosa-dosa, hanya sedikit sahaja yang tidak boleh dimaafkan iaitu syirik kerana sangat besar mudharatnya yang menjadi punca segala kejahatan dan jenayah moral yang dihukum dengan Hudud yang menjadi hak Allah  setelah dihukum di mahkamah.
 
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  29  surah al-Fathu:

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖتَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٢٩

Maksudnya : Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Kebanyakan ahli tafsir, seperti Al-Qurtubi dan As-Syaukani, menjelaskan dengan menggunakan penafsiran Ibn ‘Abbas, mengatakan:  sikap keras terhadap kuffar, umpama singa garang terhadap mangsa buruannya

Secara umum, imam As-Suyuthi, menjelaskan maksud bahawa orang Islam bersikap keras dan tegas terhadap siapa saja yang menyimpang dari agamanya, dan saling kasih-mengasihi di antara sesama Muslim.

Ketika menyoroti sirah nabi s.a.w maka kita dapati golongan musykirin Mekah cuba melakukan tawar menawar dengan Nabi s.a.w.  Mereka cuba memujuk nabi untuk bertoleransi dengan mereka agar meninggalkan sedikit dakwah atau tidak terus mengajak kepada Islam dan mereka juga akan turut meninggalkan jahiliyyah sedikit. Malah mereka juga bersedia untuk mengikut ajaran nabi Muhammad tetapi golongan Muslimin juga perlu cuba untuk menyembah berhala mereka. Nabi s.a.w merupakan insan yang paling lembut akhlak di dalam mualamat pergaulan, paling mengambil berat terhadap saudara dan ahli keluarga baginda, dan paling mudah untuk dibawa bincang demi memudahkan sesuatu urusan. Tetapi apabila bercakap dalam bab aqidah dan prinsip agama, maka Islam adalah Islam. Tiada padanya toleransi dan ruang bicara untuk mencairkan prinsip agama ini. Dalam masa yang sama Islam melarang sama sekali kita memaksa orang bukan Islam untuk memeluk Islam

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 54 surah Al-Maidah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٥٤

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya

Ketika negara masih pening dengan isu Pesta Arak sehingga umat Islam yang bangun menentang dianggap sebagai penyekat kebebasan beragama sedangkan bila isu pekerja Islam yang enggan pegang botol arak di sebuah kedai 24 jam serta isu larangan pemakaian menutup aurat untuk pekerja Islam termasuk pramugari disamping campur tangan orang bukan Islam dalam menyekat kemahuan umat Islam untuk memperkasakan Mahkamah Syariah tidak pula dikatakan menyekat kebebasan beragama. Sepatutnya masalah arak yang merupakan minuman haram dan terlarang dalam semua agama dihad penjualan bukannya dibuat pesta yang mengundang pelbagai masalah termasuk jenayah, kemalangan, penyakit kronik yang sepastinya bukan sahaja menghabiskan duit negara malah mengancam nyawa.

Minggu lepas melalui seorang ahli parlimen menyuarakan agar Malaysia tunduk kepada kehendak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya mengikut Hak Asasi Manusia yang dikendalikan oleh UNCHR. Tuntutan COMANGO kembali bergema dalam menekan Kerajaan di mana antara tuntutan itu adalah :

[1]  Menghalalkan Zina dengan suara agar dihapuskan kuasa Mahkamah Syariah lebih jelas kedengaran malah tunduk kepada slogan yahudi bahawa agama hanya urusan peribadi samada seseorang itu mahu beribadat atau buat maksiat maka tiada campurtangan orang lain apatah lagi pemerintah. Kita bimbang dengan laporan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang mendedahkan bagaimana Kuala Lumpur kini berada di tempat ke-8 kota pelacuran dunia dengan iaitu lebih tinggi berbanding Thailand yang kini berada di tangga ke-10. Industri pelacuran di Malaysia kini bernilai lebih RM3.6 bilion. Satu angka yang memalukan bagi sebuah negara majoriti Islam dan meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan.

[2] Pengiktirafan kepada budaya songsang LGBT di mana golongan ini semakin berani mengumumkan aktiviti yang rosak akhlak. Yang terbaru apabila cuba menjemput 2 pelakon filem LGBT dari Thailand untuk datang ke negara ini tetapi apabila dibantah oleh umat yang berakhlak maka ia dibatalkan. Kita harapkan ia dibatal terus bukannya ditukar ke tempat lain atas alasan duit tiket telah dijual

[3] Kebebasan Beragama dalam erti kata lain bebas untuk murtad dan halalkan semua ajarat sesat untuk disebarkan. Kita begitu bimbang apabila masalah anak muallaf kembali panas di mana jika pada bulan Januari lalu seorang bapa terpaksa menyerahkan anaknya kepada bekas isteri yang masih Hindu maka yang terbaru seorang ibu terpaksa menyerahkan anaknya kepada bekas suaminya yang bukan Islam. Kuasa mahkamah sivil lebih tinggi daripada Mahkamah Syariah yang diwarisi daripada penjajah mesti dicarikan jalan penyelesaian dengan segera agar hak muallaf lebih terbela terutama dalam mempertahankan agama anak mereka.

Umat Islam wajib bangkit menentang sebarang cubaan dalam menghancur dan mengubur system Islam. Jangan kerana asyik bermimpi untuk melihat tol dihapuskan, harga minyak dan kos barang turun, pinjaman PTPTN dihapuskan menyebabkan kita membiarkan Islam dipijak. Kita sanggup bermandi darah daripada membiarkan Islam disanggah. Biar nyawa melayang asalkan kesucian Islam kita pertahankan.  Islamlah nescaya kita selamat dunia dan akhirat

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَتُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ.

Maksudnya :  “Demi sesungguhnya akan berlaku, di mana simpulan-simpulan yang mengikat ajaran Islam akan dirungkai satu demi satu. Setiap satu simpulan dirungkai, menjadikan manusia (yang muslim) terpaksa berpegang dengan simpulan berikutnya yang masih ada. Pertama-pertama dirungkai ialah hukum hakam (Syariat) dan yang terakhirnya Solat (Sembahyang).”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

23
Da'wah / Tanggungjawab dakwah
« Kiriman Akhir by fredkougar28 Masa 6 months ago »
Sebagai orang Islam, sememangnya tugasan dakwah tu tergalas di atas bahu . Tapi bagaimana pula dengan orang yang sentiasa berasa rendah diri untuk memberi nasihat atau pun memberi tazkirah dan sebagainya. Dia rasa dia tidak layak kerana ada lagi yang lebih hebat dalam menyampaikan. Jadi hamba Allah ini tidak pernah mengeluarkan ideanya kerana berasa ideanya jika dikeluarkan, tu macam yang paling low sekali di kalangan idea-idea yang hebat. Setiap kali dia berada dalam majlis ilmu, apabila penceramah bagi talk, dia selalu rasa makin tak layak untuk dia jadi pendakwah. Hamba Allah ni berkata pada diri dia dan kadang disebabkan pemikiran ini juga hamba Allah ini jarang bergaul dengan masyarakat kerana kekurangan pada diri. "Aku bkn pandai bersyarah macam orang lain. Aq bukan pandai kupas topik macam orang lain". Orang begini sangat kurang self-confidence. Ada tak cara untuk mengatasi perkara ini dan apa yang perlu dilakukan oleh orang sekeliling.
24
At-Tazkiyyah / Re: Misteri Umur 60 Tahun
« Kiriman Akhir by fredkougar28 Masa 6 months ago »
bagaimana pula dengan orang yang putus asa dalam hidup. dia rasa tak boleh terima dengan apa yang berlaku pada diri dia.

25
At-Tazkiyyah / Re: Misteri Umur 60 Tahun
« Kiriman Akhir by Halaqah Masa 6 months ago »
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

لَا يَتَمَنَّى أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ وَلَا يَدْعُ بِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُ إِنَّهُ إِذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ انْقَطَعَ عَمَلُهُ وَإِنَّهُ لَا يَزِيدُ الْمُؤْمِنَ عُمْرُهُ إِلَّا خَيْرًا

“Janganlah seseorang mengharapkan kematian dan janganlah dia berdoa untuk mati sebelum datang waktunya. Karena orang yang mati itu amalnya akan terputus, sedangkan umur seorang mukmin tidak akan bertambah melainkan menambah kebaikan.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

لَا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ لِضُرٍّ نَزَلَ بِهِ فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ مُتَمَنِّيًا فَلْيَقُلْ

“Janganlah seseorang di antara kalian mengharapkan kematian karena tertimpa kesengsaraan. Kalaupun terpaksa ia mengharapkannya, maka hendaknya dia berdoa,

اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي

“Ya Allah, berilah aku kehidupan apabila kehidupan tersebut memang lebih baik bagiku dan matikanlah aku apabila kematian tersebut memang lebih baik untukku.”
26
At-Tazkiyyah / Re: Misteri Umur 60 Tahun
« Kiriman Akhir by fredkougar28 Masa 6 months ago »
adakah salah jika seseorang itu meminta dipercepatkan kematian kerana merasa dirinya terlalu menyusahkan orang lain?
27
At-Tazkiyyah / Misteri Umur 60 Tahun
« Kiriman Akhir by Halaqah Masa 6 months ago »
Benarkah manusia diberi uzur sampai usia 60 tahun? Lalu uzur yang dimaksud itu seperti apa?

Jawab:

Bismillah was shalatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du,

Pada hari kiamat kelak, penghuni neraka meminta kepada Allah agar mereka dikeluarkan dari neraka dan dikembalikan ke dunia agar bisa beramal baik, tidak seperti amal kekufuranya yang dulu. Allah berfirman,

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ

Mereka berteriak di dalam neraka itu: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal saleh tidak seperti amalan yang telah kami kerjakan (kekufuran).”

Allah menjawab permintaan mereka dengan berfirman,

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا

Bukankah Aku telah memanjangkan usia kalian dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu an-Nadzir (pemberi peringatan)? maka rasakanlah. (QS. Fathir: 37).

Ayat ini menjelaskan bahwa usia yang Allah berikan kepada umat manusia menjadi hujjah dan alasan Allah untuk mengadili manusia, disamping adanya an-Nadzir yang datang kepada kita.

Ulama berbeda pendapat tentang makna an-Nadzir dalam ayat di atas. Diantaranya,

Uban di rambut. Ini merupakan pendapat Ibnu Umar, Ikrimah dan Sufyan bin Uyaiah
an-Nadzir (Sang Pemberi Peringatan) adalah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ini merupakan pendapat Qatadah, Ibn Zaid, dan Ibn Saib.
(Zadul Masir, 5/182)

Sehingga di sana ada dua peringatan yang Allah berikan, yang menjadi alasan Allah menuntut manusia, usia dan para utusan.

Peringatan Bagi Yang Berusia 60 Tahun
Dalam hadis shahih, dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَعْذَرَ اللَّهُ إِلَى امْرِئٍ أَخَّرَ أَجَلَهُ حَتَّى بَلَّغَهُ سِتِّينَ سَنَةً

Allah memberi udzur kepada seseorang yang Dia akhirkan ajalnya, hingga sampai usia 60 tahun. (HR. Bukhari 6419).

Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan,

وَالْمَعْنَى أَنَّهُ لَمْ يَبْقَ لَهُ اعْتِذَارٌ كَأَنْ يَقُولَ لَوْ مُدَّ لِي فِي الْأَجَلِ لَفَعَلْتُ مَا أُمِرْتُ بِهِ ….

وَإِذَا لَمْ يَكُنْ لَهُ عُذْرٌ فِي تَرْكِ الطَّاعَةِ مَعَ تَمَكُّنِهِ مِنْهَا بِالْعُمُرِ الَّذِي حَصَلَ لَهُ فَلَا يَنْبَغِي لَهُ حِينَئِذٍ إِلَّا الِاسْتِغْفَارُ وَالطَّاعَةُ وَالْإِقْبَالُ عَلَى الْآخِرَةِ بِالْكُلِّيَّةِ

Makna hadis bahwa udzur dan alasan sudah tidak ada, misalnya ada orang mengatakan, “Andai usiaku dipanjangkan, aku akan melakukan apa yang diperintahkan kepadaku.”

Ketika dia tidak memiliki udzur untuk meninggalkan ketaatan, sementara sangat memungkinkan baginya untuk melakukannya, dengan usia yang dia miliki, maka ketika itu tidak ada yang layak untuk dia lakukan selain istighfar, ibadah ketaatan, dan konsentrasi penuh untuk akhirat. (Fathul Bari, 11/240).

Muda Boleh Seenaknya
Hadis di atas tidak bisa kita pahami sebaliknya, bahwa orang yang usianya di bawah 60 tahun, berarti dibolehkan untuk menunda ketaatan dan taubat. Maksud hadis, mereka yang telah mencapai usia 60 tahun, seharusnya lebih banyak konsentrasinya diarahkan  untuk akhirat, dan mulai mengurangi kesibukan dunia.

Al-Maghamisi mengatakan,

ولا يعني ذلك أبداً أن من دون الستين لهم الحجة على الله، فليس لأحد حجة على الله بعد إرسال الرسل، وإنزال الكتب؛ لكن المقصود من الحديث حث من بلغ هذا السن من الناس أن يتقي الله جل وعلا فيما بقي من عمره

Bukan maksud hadis bahwa orang yang usianya di bawah 60 tahun, berarti dia punya alasan di hadapan Allah. Karena semua orang tidak memiliki alasan di hadapan Allah (untuk melanggar) setelah Allah mengutus para Rasul-Nya dan menurunkan kitab. Namun maksud hadis, motivasi bagi manusia yang telah mencapai usia ini untuk semakin bertaqwa kepada Allah di sisa usianya. (Syarh kitab ar-Raqaiq min Shahih Bukhari).

Nasehat Imam Fudhail bin Iyadh
Dikisahkan dalam kitab al-Hilyah, bahwa Imam Fudhail bin Iyadh – ulama besar di masa Tabi’ Tabiin – (w. 187 H) bernah bertemu dengan seorang yang sudah tua.

“Berapa usia anda?”, tanya Fudhail.

“60 tahun.”, Jawab orang itu.

“Anda selama 60 tahun berjalan menuju Tuhan anda, dan sebentar lagi anda akan sampai.” Komentar Fudhail

“Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi raji’un.” Orang itu keheranan.

“Anda paham makna kalimat itu? Anda paham tafsirnya?” tanya Fudhail.

“Tolong jelaskan tafsirnya?” Orang itu balik tanya.

“Anda menyatakan: innaa lillaah (kita milik Allah), artinya kita adalah hamba Allah dan kita akan kembali kepada Allah. Siapa yang yakin bahwa dia hamba Allah dan dia akan kembali kepada-Nya, seharusnya dia menyadari bahwa dirinya akan berdiri di hadapan Allah. Dan siapa yang meyakini hal ini, dia harus sadar bahwa dia akan ditanya. Dan siapa yang yakin hal ini, dia harus menyiapkan jawabannya.” Jelas Fudhail.

“Lalu bagaimana jalan keluarnya?” tanya orang itu.

“Caranya mudah.” Tegas Fudhail.

Kemudia Imam Fudhail menyebutkan sebuah teori bertaubat, yang layak dicatat dengan tinta emas,

تُحْسِنُ فِيمَا بَقِيَ يُغْفَرُ لَكَ مَا مَضَى وَمَا بَقِيَ , فَإِنَّكَ إِنْ أَسَأْتَ فِيمَا بَقِيَ أُخِذْتَ بِمَا مَضَى وَمَا بَقِيَ

Berbuat baiklah di sisa usiamu, dengan itu akan diampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang. Karena jika kamu masih rajin bermaksiat di sisa usiamu maka kamu akan dihukum karena dosamu yang telah lalu dan dosamu yang akan datang. (Hilyah Al Awliya’, 8/113).

Tidak ada satupun makhluk yang tahu berapa sisa usianya. Kita tidak tahu kapan maut akan menjemput. Karena itu, apa yang sedang kita alami, itulah sisa usia kita yang sejatinya.

Allahu a’lam

Dijawab oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina Konsultasisyariah.com)
28
Umum / Re: Halaqah.Net sudah boleh didaftar masuk oleh semua
« Kiriman Akhir by KeMuNcupp Masa 6 months ago »
Wslm WBT....Assalammualaikum kembali...semoga Halaqah.net terus cemerlang, gemilang dan terbilang seperti dulu2...
29
Umum / Re: Halaqah.Net sudah boleh didaftar masuk oleh semua
« Kiriman Akhir by Fauziah Masa 6 months ago »
Assalamu'alaikum wbt

Setiap kehidupan pasti ada perubahan. Setiap perubahan akan adanya pengalaman dan setiap pengalaman akan hadirnya ilmu.🌹
Ilmu yang haq itu pastinya mencipta suatu keindahan.🌹

Selamat kembali Halaqah. Net moga terus gemilang.🌹
30
Umum / Re: Halaqah.Net sudah boleh didaftar masuk oleh semua
« Kiriman Akhir by alhaudhie Masa 6 months ago »
جزاككم الله خيرا
Untuk terus bersama memeriahkan laman web Halaqah.Net

Moga semua beroleh kebaikan. Segala kekuramgan dipohonkan kemaafan.

Selamat menyambut hari raya 'IidulAdhha.
Pages: 1 2 [3] 4 5 ... 10