Login  |  Daftar

Show Posts

This section allows you to view all posts made by this member. Note that you can only see posts made in areas you currently have access to.

Messages - Maliki

Pages: [1]
1
Web ini sudah boleh diregister dan login..harap ada yang boleh berkongsi ilmu yang manfaat

2
Feqh / CARA /PETUA BAGI QADHA SOLAT YANG PRAKTIKAL
« Masa: 4 months ago »

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bagi kebanyakan mereka yang telah meninggalkan solat fardhu yang banyak, yang sudah bertahun tahun lama nya akan menjadi kemusykilan yang besar untuk menggantikan nya.

ASAS hukum nya setiap fardhu solat yang tertinggal / sengaja tinggal adalah WAJIB di ganti segera.  Kerana ianya hutang dengan Allah Ta'ala.

Untuk memudahkan qadha solat ikuti panduan mudah ini..

Cara yang terbaik.

Iringi setiap fardhu solat dengan DUA qadha solat, iaitu sebelum solat tunai dan selepas solat tunai.

1⃣ Sebelum kerjakan Fardhu  Zohor harian,  ganti satu fardhu zohor.   dan Selepas  itu ganti satu lagi fardhu zohor..

Ini bermakna sudah ganti DUA fardhu zohor pada setiap hari.

2⃣Demikian juga pada waktu Asar harian qadha lah solat asar, sebelum dan selepas Fardhu asar tadi.

3⃣Demikian juga pada waktu CARA /PETUA BAGI QADHA SOLAT YANG PRAKTIKAL
aghrib harian, qadha lah solat Maghrib sebelum dan selepas Fardhu Maghrib tsb.

4⃣ Demikian juga pada waktu Isya harian, qadha lah solat Isya, sebelum dan selepas Fardhu Isya tsb.

5⃣Demikian juga pada waktu Subuh harian, qadha lah solat Subuh, sebelum dan selepas Fardhu Subuh itu.

Catitan Elak kekeliruan:
Qadha Solat boleh dikerjakan bila2 waktu pun tanpa larangan.  Termasuk selepas asar dan subuh.  Tiada larangan.


Apabila di lakukan seperti contoh di atas, maka   bermakna dalam satu hari, boleh qadha dua fardhu solat.
 
Dalam setahun boleh ganti 2 tahun solat.

Jadi mengikut contih diatas, dalam masa 5 tahun, seseorang boleh ganti 10 tahun solat yg tertinggal.

In Shaa Allah
 
Cara ini lebih praktikal dan tidak terasa terberat untuk menggantikannya.

Bagi sesiapa ada kelapangan lagi, gantikan lah lebih banyak pada waktu2 lain seperti waktu dhuha dan tahajjud.

Dengan tambahan2 ini, kesemua qadha boleh selesai dalam waktu yang lebih singkat.

Sebahagian Ulama kita telah berfatwa tidak sah solat sunnat sebelum selesai kerjakan qadha.

Jadi ingat2 lah kewajipan solat ini suatu hal yang sangat berat. 

JANGAN sesekali pandang  ringan.   Sudah kita maklum, solat ibadah pertama di hitung.  Jika di terima solat, baru amal lain di hitung.  Jika solat di tolak, seluruh amal lain akan di tolak.  Dengan demikian segera lah sempurnakan solat zahir dan batin
 
Moga kita semua memperoleh kemenangan.

_______________________________
Pesanan:
       
           Shaikh Sayyid Aboo Tohir
     Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
          MAJLIS TAZKIRAH JILANI
            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

3
Umum / CARA ISTIQAMAH DAN LAZAT PADA IMAN DAN AMAL
« Masa: 4 months ago »

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

✒Bagaimana cara nak khusyu solat?

✒Bagaimana cara lawan nafsu Ammarah?

✒Bagaimana cara nak lazat ubudiyah?

✒ Bagaimana saya boleh hapuskan syirik2 khafi dalam hati?

✒Apa cara latih diri sabar, tawakkal, syukur dan redha?

✒ Ada tak cara2 mendapat ketenangan hati?

✒ Boleh beritahu cara2 untuk  jauhi ma'siat? 

✒Bagaimana cara istiqamah IMAN dan AMAL ?

Soalan2 seperti di atas sering di kemukakan kepada kami. Masing2 ingin ramuan, panduan dan petua untuk menjauhi kemungkaran dan istiqamah pada Iman dan amal ibadah. 

JAWAPAN:
Untuk amalkan ajaran suci Islam dengan sepenuh hati dan jiwaraga, mendapat kemanisan Iman serta tetap istiqamah, UMUM nya ada dua cara yang di lalui oleh orang Islam :

Pertama: Cara Orang Awam
Dengan menggagahi diri.
Maksudnya adalah menggunakan segala pemikiran dan daya upaya, memaksa diri untuk mengamalkan ajaran suci Islam. 

Cara ini lazimnya tidak berkesan, tidak membuahkan hasil yang di kehendaki agama, atau TIDAK dapat mencapai istiqamah / tetap hati pada IMAN dan amal.

Walaupun ada saat2 tertentu, hamba Allah ini dapat menempuh jalan kebaikan, namun kebanyakannya TIDAK tahan lama.

Semangat di waktu pagi, kendur menjelang petang. Semangat di waktu petang tiba2 luntur di waktu petang.  Ada kala nya terasa khusyu, tetapi cuma sebentar.


Kedua :
Dengan Sistem Tarbiyyah HATI dan RUH seperti yang di lakukan oleh Rasulullah ﷺ terhadap para Sahabat _Ridhwanullah_

Sisitem Tarbiyyah ini kemudiannya di warisi oleh Sahabat, kemudian Tabiin, kemudian Tabiit Tabii, kemudian Shaikh Mursyid (Ahli Ma'rifat) turun temurun sampai sekarang.  Tiada putus.

Sistem Tarbiyyah yang di warisi oleh Shaikh Mursyid adalah yang terunggul bagi manusia mencapai istiqamah dan mencapai keredhaan Allah, kerana ianya bersumber dari Jalan Rasulullah ﷺ yang suci, sedang Jalan Rasulullah ﷺ tidak lain melainkan wahyu Allah Ta'ala Yang Maha Agung.


Pencerahan:

Ini suatu perbandingan....

Sebelum pergi lanjut, kita perlu sedar satu UNSUR TERPENTING didalam diri insan yang diletakkan oleh Allah didalam diri insan yang menjadi penentu halatuju dan nilai diri insan.

Unsur ini  menentukan kebaikan atau keburukan, yang menentukan untung atau rugi nya di dunia dan di akhirat. 

Firman Allah:

قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا   وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya”

[Asy-Syams (91) : ayat 9-10]

Rasulullah   ﷺ  bersabda:

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).
[Imam Bukhari]


Kaedah pertama di atas adalah jalan biasa yang di lalui oleh orang2 Islam secara umum.

Mereka TIDAK mempunyai pemimpin keruhanian yang dapat membimbing mereka kepada Ketuhanan. Oleh yang demikian mereka TIDAK memiliki cara untuk mendidik hati.

Cara lazim ini adalah ibarat memotong lalang di permukaan bumi sedangkan akar nya masih tertanam kukuh didalam bumi.

 Setelah beberapa lama "lalang" yang tadi nya sudah di cantas, tumbuh semula dan mengganggu tanaman lain. 

Apa akan terjadi apabila menanam benih yang ditanam di ladang seperti ini?  Mampukah peladang memperoleh hasil lumayan.?  Benih yang di tanam akan mati. Atau jika tumbuh pun, akan terbantut dan berpenyakit.

Berbeza dengan mereka yang mempunyai Shaikh Mursyid yang mewarisi Rasulullah ﷺ, iaitu  mewarisi Sistem Tarbiyyah Baginda.

Melalui didikan HATI dan RUH pada jalan ini, seseorang hamba Allah akan di sucikan hatinya daripada semua kekotoran _maknawiyyah_  (dosa2 tersembunyi dalam hati), mencabut sifat2 kekejian dari akar umbinya. Kemudian mengisinya dengan keimanan sejati serta sifat2 kepujian yang di redhai Allah.

Maka dapat lah dia istiqamah pada Iman dan amalnya.   Bahagia hidup nya dunia akhirat.  Meskipun harta nya sedikit, tetapi memadai.  Allah Ta'ala mencukupkan segala hal ehwalnya. Kerana dia sudah menjadi hamba Allah.

Ibarat ini adalah seperti membersihkan tanah dengan memotong dan mencabut lalang dari akar2 nya.  Membersihkan tanah dan membajaknya dengan baik. Kemudian menanam benih dan menyirami nya dengan teratur.  Sudah tentu hasil yang diperolehi nya adalah lumayan, menyenangkan penanamnya.


Demikian sepintas lalu gambaran memperoleh istiqamah. 

Untuk penjelasan lanjut, cuba baca tajuk  Taqwa dan tajuk  Pembahagian Tingkatan Iman @ Tauhid @ Ma'rifat

Wallahu A'lam

_______________________________
Jawapan:
           Shaikh Sayyid Aboo Tohir
     Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
          MAJLIS TAZKIRAH JILANI
            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

4
 🔴Soalan:
Assalamu Alaikum shaikh,
Boleh bagitau sebab2 wanita di larang berhias diri bila di luar rumah?

🔵JAWAPAN:

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
LARANGAN WANITA BERHIAS DI HADAPAN LELAKI AJNABI
Jawapan
Shaikh Sayyid Aboo Tohir
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Setengah dari larangan Allah atas wanita adalah adalah menjauhi semua jenis perhiasan dan menghias diri ketika dia keluar rumah untuk memenuhi keperluannya. (yang harus pada syara')


Firman Allah:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu”

[Al Ahzab (33) :  ayat 33]

Menurut keterangan Ulama, maksud berhias dan bertingkah laku seperti jahiliah adalah :

(1) Menampilkan diri di hadapan lelaki tanpa sebab yang harus pada syara.  Yang dibenarkan adalah seperti untuk menunutut ilmu, jual beli, perubatan, cari rezeki (jika tiada yang menanggungnya) dll seperti nya.

Selain itu di larang keluar.

(2) Jika wanita perlu tampil di luar rumah, maka di LARANG berhias seperti jahiliah iaitu berpakaian dan berhias yang boleh menarik perhatian lelaki.

(3) Allah melarang wanita berjalan berlenggok2 atau gaya menggoda.


Dalam Firman Allah yang lain:

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;......  "
[An-Nur (24) : ayat 31]

Menurut Ibn Abbas, yang di maksudkan dengan ayat

 "kecuali yang terlihat darinya"

adalah bermaksud celak dan cincin. 

Maksud Ibn Abbas adalah : cincin dan celak boleh di pakai oleh wanita tetapi  selain dari kedua nya di larang. Larangan ini meliputi :

(1) Dilarang memakai semua macam  make-up pada wajah seperti gincu, pemerah pipi, penghitam bulu kening dll.

(2) Di larang memakai semua jenis warna pakaian yang menonjol serta menarik hati lelaki.

(3) Di larang pamirkan gelang, rantai tangan, gelang kaki dll.  (jika di pakai, wajib di tutup)

(4) Dilarang memakai pakaian yang menambah aksesori yang menarik seperti manik atau lain2 yang kelihatan menarik.

(5) Wanita berkahwin yang memakai inai WAJIB tutup apabila keluar rumahnya.

(6) Wanita yang memakai gelang yang berbunyi, bukan sahaja wajib di tutup tetapi WAJIB pastikan jangan berbunyi.



Soalan yang sering di timbulkan dan jawapan nya:
-----------------------------------------------------

Soalan 1:
Ada wanita membantah,

 "Jika semua tak boleh apa yang boleh?  Kami pun nak kelihatan cantik juga."

Jawapan:
Kecantikan tubuh kamu, wajah kamu, pakaian kamu adalah untuk suami kamu, BUKAN untuk di pamirkan kepada lelaki _ajnabi._

Wanita yang gemar pamirkan segala kecantikan tubuh dan wajah nya  kepada lelaki asing  adalah wanita yang tiada harga diri  sedangkan wanita yang menyelimuti diri nya dari pandangan lelaki asing itulah wanita mulia. 

Tubuh dan perhiasan diri jamu hanya untuk suami kamu.

Soalan 2
Kalau tak pakai make up, muka nampak pucat.  Tak menarik.

Jawapan
Wanita sememang nya di LARANG kelihatan menarik apabila keluar rumah. Ini  kerana daripada pandangan menarik akan membawa kepada zina hati dan zina yang hakiki.  Cukup lah kamu kelihatan menarik pada pandangan suami kamu.

Soalan 3
Saya kerja sebagai penyambut tetamu.  Saya perlu nampak kemas, cantik dan menawan. Jika tidak saya kena buang kerja.

Jawapan
Takutlah azab Allah daripada takut pada manusia.   Manusia TIDAK boleh bawa mudarat apa pun pada  kamu, kecuali dengan izin Allah.  Jangan gadaikan akhirat untuk dunia yang sedikit. 

Bekerja sebagai penyambut tetamu, pelayan dll seperti nya TIDAK sesuai bagi wanita, bahkan terang2 mengundang fitnah, dosa, maksiat yang besar.

Cari lah kerja lain yang halal. Banyak lagi kerja2 halal yang sesuai untuk wanita.

Soalan 4
Ustazah kami pun bersolek dan nampak anggun hebat.  Jadi salah ke ustazah tu?

Jawapan
Ustazah yang TIDAK mengikut hukum TIDAK boleh di contohi.  Kebanyakan ustazah zaman ini TIDAK boleh di contohi, kerana setengah mereka lebih teruk dari wanita2 yang tiada ilmu.

Contohilah Wanita unggul,  penghulu wanita syurga,  Siti Fatimah Az Zahra yang memakai pakaian kasar menutup seluruh  tubuh nya ketika keluar rumah.


Soalan 5
Kami nak buat macam mana ustaz,  kami sudah di besarkan dan di biasakan dari anak dara lagi.  Bukan senang nak ubah.  Lagi pun semua wanita bersolek dan hias diri.

Jawapan
Islam BUKAN ikut ikutan pada manusia. Islam BUKAN kerana kebiasaan. Islam BUKAN mengikut buta kepada manusia walaupun ibubapa sekalipun.

Ajaran Islam adalah Hukum Allah berdasarkan Al Qur'an, Sunnah dan Ulama Mu'tabar.

Sentiasa beringat2 amaran Rasulullah ....

Rasulullah ﷺ bersabda :

 “Sebaik -baik wanita kalian adalah yang memiliki kasih sayang, subur (banyak anak), suka menghibur dan siap melayani, bila mereka bertaqwa kepada Allah. Dan seburuk buruk wanita kalian adalah wanita pesolek dan penghayal,   mereka itu adalah wanita-wanita munafiq, mereka tidak akan masuk syurga kecuali seperti ghurab a’sham.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]

Semoga anak isteri kita, sadara2 wanita kita memperoleh hidayah.

_______________________________
Jawapan:
           Shaikh Sayyid Aboo Tohir
     Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
          MAJLIS TAZKIRAH JILANI
            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

5
Q & A / 3 Ilmu Wajib dipelajari dan diamalkan
« Masa: 4 months ago »

TIGA MACAM ILMU
YANG WAJIB DI PELAJARI
DAN DI AMALKAN
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

🔴Soalan:
……………………
Assalamu alaikum shaikh,
Mohon tanyak, apa saja ilmu yang musti kita pelajari.   saya ni orang baru hijrah.  jumpa macam2 ostad, macam2 pulak fatwa.  mohon tanyak sama Shaikh, tolong bagitau apa patut saya belajar dulu, fekah kah, usul kah, tasawuf kah.   
terima kasi banyak shaikh.



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

🔵JAWAPAN:
■■■■■■■■■■■■

Ini jawapan ringkas sahaja.  Untuk keterangan lanjut sila hadir kuliah2 atau program khas MAJLIS TAZKIRAH JILANI.

🌻✨Filirman Allah Ta’ala,

وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا

“Dan katakanlah,‘Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu’“. 

 [Toha (20) : ayat 114]

🌻✨Rasulullah ﷺ bersabda :

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

”Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim”. 

[Imam Ibnu Majah]

🌻✨Sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ أَرَا دَالدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِا لْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَالْاآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

”Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa yang menghendaki kehidupan Akhirat, maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa menghendaki keduanya maka wajib baginya memiliki ilmu”.

[Imam At-Tirmizi]


✅ Setiap muslim laki2 dan wanita WAJIB tuntut ilmu, sekurang2 *fardhu ain*

✅Ulama Ahlus Sunnah sepakat bahawa ilmu fardhu ain atas setiap Muslim adalah  3 macam ilmu. Ertinya, sesiapa tak menuntut ilmu fardhu ain, tersebut maka dia berdosa besar.

✅Sekurang2 Ilmu Fardhu 'ain yang wajib atas _mukallaf_  adalah mengetahui asas tiga macam ilmu iaitu ;

📗✒Ilmu Fiqh

📗✒Ilmu Usuluddin,

📗✒Ilmu Tasawwuf/Toriqat.

✅Beramal tanpa ilmu boleh menyebabkan amalan TIDAK SAH, bahkan boleh bawa kepada kesesatan atau kekufuran.

(rujuk huraian sekurang2 ilmu Fardhu ain yang WAJIB diatas setiap _mukallaf_)


✅Setiap ilmu fardhu ain wajib di pelajari secara _talaqi musyafahah_ ertinya berhadapan dengan Guru, dan dengar sendiri dari mulut Guru.

✅Sebaik2 Guru adalah Guru Mursyid, iaitu Guru yang silsilah pengambilan ilmunya sampai Rasulullah ﷺ

✅ JANGAN sesekali jadikan google, yahoo, fb dan media lain sebagai Guru/ rujukan utama.  Semua khabar dari media letronik hanya boleh di terima setelah meyakini penulis /penyampainya benar2 sahih mengikut Ahlus Sunnah yang benar.

✅AWAS...! Banyak sekali manusia2 menggunakan gelaran PhD, Profesor, Master dll untuk mengabui mata orang awam yang tiada ilmu.  Mereka menyamar sebagai Ahlus Sunnah sedangkan mereka adalah agen2 Yahudi bertujuan memesongkan Ahlus Sunnah dari dalam.   

(Rujuk penerangan lanjut dalam Risalah terdahulu....  " 72 golongan sesat Aqidah,  11 golongan sesat keruhanian zaman dulu  dan 7 golongan keruhanian sesat zaman ini.)

Kesimpulannya...
Ketiga2 ilmu fardhu 'ain tersebut wajib di pelajari sekaligus bukan semata2 utamakan satu ilmu dan abaikan ilmu lain.

Dan lagi wajib pula amalkan semua ilmu tersebut dengan sungguh2.   Untuk amalkan ketiga2 ilmu tersebut dengan sungguh2 perlu lah cari Guru Mursyid yang siddiq (benar) kerana Guru Mursyid yang siddiq adalah sebenar2 pewaris Nabi bagi memimpin ummat kepada Allah Ta'ala.

Inilah pendirian Ahlus Sunnah yang sebenar.  JAUHI semua fahaman sesat terutama syi'ah (rafidhi), wahabiyah~ khawarij dan sekular/liberal yang cuba menyusup masuk secara senyap kedalam pendokong Ahlus Sunnah yang sebenar.

Wallahu A'lam
_______________________________
Jawapan:
           Shaikh Sayyid Aboo Tohir
     Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
          MAJLIS TAZKIRAH JILANI
            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

6
Q & A / Hukum bergambar lelaki dan perempuan
« Masa: 4 months ago »
🔴Soalan:

Assalamu alaikum
Apa hukum lelaki dan wanita bukan mahram bergambar bersama2?

Apa hukum bergambar famili beramai2 campur bukan mahram?

Apa hukum bergambar ramai2 dalam pejabat campur lelaki perempuan?

Apa hukum bergambar dengan guru kelas lain jantina?

Apa hukum lelaki wanita bukan mahram berlakon drama/filem?

Syukran atas jawapan.


🔵JAWAPAN:
■■■■■■■■■■

Di zaman Rasulullah Sahabah dan Salaf, camera bergambar belum wujud lagi, maka kita tidak akan temui hukum berkenaan "lelaki wanita bergambar, berlakon filem dsb".  tidak akan di temui didalam kitab2 Ulama terdahulu.    Walau bagaimana pun hukum ASAS sudah pun ada didalam KItabullah, Sunnah dan Fatwa Ulama Ahlus Sunnah.

Kita perlu lihat dulu asas2 Hukum lelaki wanita ajnabi bertemu, berbual2 dsb.

Baca Risalah "Hukum Wanita berhubung dengan lelaki Ajnabi" dan kemudian  jawapan nya  di sini.

Hukum Bergambar Lelaki wanita bukan mahram

Setelah meneliti penjelasan di atas berkenaan hukum bertemu dan berurusan antara lelaki dan wanita bukan mahram, di antara yang haram dan yang diharuskan, maka kita dapat mencari contoh2 perbandingan untuk hukum bergambar antara lelaki dan wanita bukan mahram.

(1) Lelaki dan wanita ajnabi bergambar berdua-duan

Ini sudah tentu di larang kerana tiada maslahat pada Agama dan bukan urusan muamalah yang di haruskan oleh syara'.  Sebaliknya perbuatan tersebut menyuburkan keinginan untuk berzina.  Maka ini termasuk larangan "jangan menghampiri zina"   

(2) Bergambar beramai2 satu pejabat campur lelaki wanita

Ini juga  sudah tentu terlarang  kerana tiada maslahat pada agama. Ikhtilath ajnabi tak dapat dielakkan.
 JIka ianya menjadi peraturan pejabat,  cuba seboleh2 nya jauhkan diri.  Jika majikan memaksa dan ugut atas dasar nama syarikat, , maka taubat lah,   moga Allah ampuni.


(3) Bergambar beramai2 keluarga sanak saudara

Ini boleh jadi harus dengan syarat tujuannnya untuk silatur-rahim dan kenangan, tetapi dengan dengan syarat2 tertentu.   pertama - Saudara2 yang bukan mahram di asingkan.  kedua  - di yakini tiada fitnah. 


(4) Bergambar dengan Guru

Jika guru nya guru muda yang masih beresemangat, maka sama hukum nya seperti bergambar dengan ajnabi, ertinya di larang.

Jika Guru nya sangat tua serta di hormati akan kesolehan nya, maka boleh jadi harus dengan syarat aman dari ftinah.   Jika di khuatiri boleh terjadi fitnah, maka sudah tentu Allah Ta'ala tidak meredhai  kemungkaran.

(5) Berlakon antara lelaki -wanita ajnabi

Ini tidak syak lagi jatuh haram.

Moga Allah selamatkan kita dari malapetaka akhir zaman. Malapetaka akhir zaman BUKAN dajjal atau yakjuj makjuj yang akan muncul, tetapi petaka yang sebenar sudah dan sedang berlaku iaitu luputnya Agama dan tanggalnya Iman.  Wal Iyazubillah.

Wallahu A'lam

_______________________________
Jawapan:
           Shaikh Aboo Tohir
     Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
          MAJLIS TAZKIRAH JILANI
            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

7
Syiah dari segi akidah dah sesat

8
Umum / Rindu
« Masa: 7 months ago »
Dimana

Bila tiada ku cari,
Bila ada ku buat tak reti,
Bila hilang ke mana pergi,

Bila tak kembali barulah ku mengerti,
Kasihsayang yang tak bisa dibeli
walaupun emas berpeti,wang berguni,
Ilmu yang tiada dijualbeli,

Disitu baru kita mengerti,
Baru kita nak cari,
Nak tanya kemana pergi,
Berapa harga kalau mahu dibeli,

Tapi semuanya tiada erti Kerna perginya takkan kembali,
Takkan berganti,

Disitu barulah kita mengerti kasih sayang sejati,
Kasih sayang yang kekal hidup hingga kemati,

Kau tetap dalam diri Tanpa kusedari,
Kerna kau empunya rahsia hati,
Hingga payah kucari,
Sedangkan hidupku kau sendiri,

Yang pastinya kau tak pernah pergi,
Hanya aku yg tak mengerti,
Tak mengaji,
Tak mengenal diri
Tak mengenal Tuhan sejati,

Yang ghaib dimati Sedang nyata dirinya Tajjali,

Didalam diri sendiri,
Kau bermisteri,
Menjadi rahsia diri sendiri,
Rahsia Tuhan Hakiki,

Itulah kasih sayang sejati,
Kasih sayang illahi
Kasih sayang yg wajib dicari,

Kerna janji termetri,
Kasih sayang AlRahman AlRohim,

Kasih sayang tersembunyi
Kerna janji Hakiki ianya terjadi,

Itu Bismillahi rohmani rohim alam terjadi,
Tersembunyilah sifat menjadi misteri,

Hanya kasih sayang sejati ,
Tergengamlah hingga kemati,

Pemburu kasih sayang takkan mati selagi dunia Milik sejati,
Milik hakiki,
Milik illahi,
Milik yg benar mencari....kasih sayang illahi.

Buat Insan Yang Mengerti...

Cp

9
Umum / KETENANGAN
« Masa: 7 months ago »
...

Apa yang dicari
Matlamat hidup
Apa yang ditemui
Usah berputus harap
Mendamba cinta ilahi

Pengalaman itu tak dapat dibeli
Belajar dari kisah silam
Mengenal erti kehidupan
Belajar erti berani agar tidak
Diselubungi ketakutan
agar langkah tiada merasa kaku

Ku harungi lorong dunia
Membangun buih-buih
Harapan masa lalu
Ku cari damai dihati
ku cari ketenangan abadi
mampukah aku miliki…..

Pada dingin sunyi berselimut
Harapan Esok hari .....
Menenggelamkan dalam tiap doa
Kupasrah pada malam buta
Kuserahkan ingin dan harapan
yang tak nyata....
 
Ku mengeluh kisahkan semua
Pada harapan esok agar tidak sia-sia
Biar pucuk mimpi jadi nyata
Biar tiap doa benar terwujud disana
Aku tetap ingin larut dalam doa

Aku hanya merancang
Engkau yang berhak
Mengubah pilihanku,
Atau rencanaku Engkau penuhi
Aku hanya minta yang terbaik,
Aku hanya minta pilihanku

Tuhan kau punya rencana yang indah..
Aku yakin serta berserah
Kadang apa yang kita ingin
Tak sesuai dengan kenyataan

Ketenangan hati,
Takkan kita jumpai
Selain merapatkan kepada
Yang Menciptakan diri
Ketenangan hati
Bukannya satu ilusi
Tetapi kehadirannya hakiki
Bila sentiasa mengingati
yang maha pencipta diri

Seorang arifbillah
telah ditanya oleh sahabatnya:
"Apakah kau tidak kesepian
beruzlah di rumahmu?”
Dijawab olehnya:
"Aku tidak pernah sepi
apabila bersama dengan-Nya.”

Ya Allah…
Aku bersyukur padaMu
Kerana aku masih lagi
Melalui malam yang indah ini

#selamatMALAM
#SALAMKEMAAFAN

10
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

BENTUK2 GANGGUAN
□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Gangguan makhluk halus datang dalam berbagai bentuk :

(1) Sihir - iaitu bomoh / dukun / pawang yang menjadikan jinn sebagai khadam nya untuk menggangu manusia.

Manusia2 berniat jahat sering menggunakan khidmat bomoh2 ini untuk melakukan perkara buruk kepada orang lain.

(2) Saka - ini adalah jinn yang di warisi dari nenek moyang yang telah meninggal.  Lazim nya dia akan mencari anak atau cucu unruk di jadikan teman.  Erti nya saka ini mendampingi anak cucu nya sebagai kawan tetapi kemudian nya melakukan berbagai kerosakan. Antara mengganggu ibadah, menjadikan nya pemalas,  sering sakit2.dll gangguan dlm hidup.

(3) Rasuk dan sampuk - Ini adalah jinn umum nya yang mengganggu manusia tanpa suruhan dari manusia.

Histeria, emosi berlebihan secara tiba2, penyakit2 misteri adalah antara kesan2 perbua
tan jinn.



PUNCA GANGGUAN

□□□□□□□□□□□□□□□☆
Pada keseluruhan nya, punca kesekalian gangguan seperti di atas adalah daripada bangsa jinn dan syaiton.

Jinn dan syaiton adalah dua makhluk halus yg sentiasa menunggu peluang merosakkan kehidupan manusia. Samada merosakkan pemikiran nya, hati nya atau juga menggangu fizikal tubuh badan nya sehingga terganggu ibadah dan kerja2 harian.

Kebanyakan kita sedar dan tahu penyakit2 tubuh badan seperti demam, selsema, batuk dll di sebabkan oleh virus dan bakteria yg terdapat di dalam udara.

Tetapi adakah kalian sedar, sebahgian dari kuman2 dan racun tersebut di sebarkan oleh jinn ?

Kuman2 dari jinn ini tersebar pada manusia melalui ludah, hingus, kencing dan berak makhluk halus itu.  Tetapi oleh kerana sifat nya yg ghaib,  sekalian gangguan di sebabkan jinn tadi (racun dan kuman)  tak dapat di kesan melalui alat2 letronik moden. 

Dari pengalaman kita, pesakit2 yang kebanyakan nya mengadu berbagai kesakitan pada perut, kepala, belakang, bahu dll telah melakukan berbagai pemeriksaan di hospital termasuk MRI, CT scan, X-ray dll tetapi doktor tak dapat kesan apa2 masalah pada pesakit. Biasa nya mereka akan kata "bersih" tak ada apa2 masalah.

SASARAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Bangsa jinn terutama jinn ifrit  (jinn yang paling jahat) menyerang dan mengganggu siapa sahaja dari kalangan manusia.

Tetapi lazim nya yang menjadi mangsa adalah :


(1) Kanak2 yg baru lahir. 
jinn syaitan mengerumuni bayi ini dan menunggu masa untuk menyerang apabila tiada siapa yg menjaga nya. Atau pun ada penjaga tetapi tidak di bacakan ruqyah pada anak tersebut. Maka mudah jinn masuk mengganggu nya. 

Ini lah sebab nya para salaf dahulu membuat berbagai ruqyah pendinding daripada ayat Qur'an, doa, asma Allah atau zikir guna melindung anak tersebut dari terkena gangguan jinn syaiton.   Tetapi zaman ini ramai tak pedulikan nya bahkan ada yg berani menuduh nya sebagai syirik.   Ini suatu kejahilan yang melampau yg akibat nya masing2 merasai sekarang.

catatan:
Akan datang penjelasan bab ini.  Jangan terkejut nanti apabila dikatakan punca banyak anak2 rosak bila dewasa spt rosak  mental, degil, susah hafal, mudah kena rasuk (perempuan) adalah berpunca dari gangguan2 jinn semasa kecil nya tetapi di biarkan tanpa perhatian.

(2) Wanita yang haid atau baru bersalin.


Wanita yg haid atau baru bersalin tubuh nya sangat lemah.

Jika tiada bantuan yuqyah pendinding dari kejahatan makhluk halus, maka mudah terkena gangguan.

(3) Orang yang selalu tertekan perasaan di sebabkan tekanan hidup, terlalu banyak berfikir, terlampau takut dsb.  Ketika ini jiwa nya sangat lemah. Jika  masalah ini tidak di atasi segera, maka keadaan jiwa yg lemah ini akan di manupulasi oleh jinn syaiton. Ertinya jinn syaiton mengambil kesempatan untuk masuk ke dalam badan dan  mendatangkan lebih banyak gangguan pada pesakit.

(4) Orang yg sering demam panas dan tak menerima sewajar nya terdedah kepada gangguan jinn syaiton.

(5) Orang yang sering meninggalkan ibadah dengan sengaja.



11


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ada beberapa hamba Allah musykil, bahkan tak percaya mereka terkena gangguan jinn syaitan atas alasan mereka itu adalah Hafiz Qur'an atau Hafiz Hadith atau alim kitab atau Imam Masjid dsb.

Pada sangkaan mereka, tak mungkin mereka terkena gangguan makhluk halus kerana mereka tekun ibadah..!

Realitinya adalah...
Ramai yang datang jumpa ust sebab gangguan saka, buatan orang, santau, sampuk, rasuk... kebanyakannya orang. yang melakukan solat dan rajin baca Qur'an.

Bahkan jangan terkejut ada Hafiz Qur'an, Imam Masjid, alim kitab pun terkena gangguan makhluk halus ni.

Hal ini kita sudah huraikan dalam banyak siri2 tazkirah yang lalu...

Persoalannya...
Apa sebabnya hafiz Qur'an, orang rajin solat, rajin ke masjid pun terkena gangguan makhluk halus ini?


Kenapa orang tahfiz Qur'an pun kena gangguan?


Kenapa orang rajin solat pun kena gangguan jinn syaitan?


Kenapa pak lebai, pak Imam pun terjerat gangguan makhluk halus?

"Macam tak logik lah.!"  kata mereka.


Jika guna otak sempit memang tak logik.  Lagi pun ini bukan masalah logik. Tetapi urusan keruhanian yang kebanyakan orang awam tiada pengetahuan mengenainya.

JENIS GANGGUAN MAKHLUK HALUS
…………………………………………………………

Secara umumnya ada dua macam gangguan Iblis, jinn syaitan terhadap orang beriman :

Pertama:
~~~~~~~~~
Masuk kedalam hati (jantung sanubari)  serta mendatangkan was was terhadap IMAN dan AMAL...
Ini terjadi kepada semua orang Islam.

Akibatnya menyebabkan seseorang melakukan syirik khafi, hati penuh mazmumah dan dosa2 lain yang tidak di sedarinya.


Kedua:
~~~~~~
Masuk kedalam hati (jantung sanubari), otak, perut, tulang belakang dan faraj (bagi wanita)  serta menimbulkan berbagai penyakit pada jasad dan pemikiran.

Akibatnya kesihatan terganggu, iman dan ibadah turut terganggu.

PUNCA GANGGUAN / SEBAB TERJADI GANGGUAN MAKHLUK HALUS
………………………………………………………………

Sekadar makluman ringkas... punca orang solat, orang rajin baca Qur'an, bahkan pak Imam, hafiz hafizah terkena juga gangguan jinn syaitan kerana jiwa mereka belum kuat menolak gangguan2 tersebut.  Maksud jiwa tak kuat, cahaya Iman dalam hati tak cukup kuat.untuk menolak gangguan2 tersebut.

Soalan lagi...

"saya tak percaya hafiz Qur'an pun terkena. Mana mungkin orang hafal Qur'an terkena gangguan jinn syaitan sedangkan Al Qur'an dalam dada dia?"

Ini kemusykilan hafiz Qur'an...!

Penjelasannya…
Hafiz Qur'an yang hafal seluruh Qur'an pun terkena gangguan jinn syaitan sehingga terjadi rasukan kerana Al Qur'an yang kamu hafal hanya terhenti pada halqum kamu... atau terhenti pada aqal kamu....ertinya tak masuk kedalam hati kamu.  Apabila tak masuk kedalam hati, maka tidak menerbitkan cahaya dalam hati

Maka tinggallah kamu dalam angan2 bahawa kamu telah jadi hafiz Qur'an atau alim  dan sudah hebat sedangkan itu hanya penipuan

Sekurang2 gangguan yang terjadi kepada hafiz Qur'an atau orang yang alim kitab adalah gangguan Iblis untuk melakukan hal2 syirik khafi dan mazmumah :

(1) Menjadi riya, ujub, sum'ah dan takabbur.

(2) Tiada khusyu dalam solat

(3) Bermacam2 mazmumah dalam hati.


Walaupun mereka.sudah hafal seluruh Quran, hafal ribuan Hadith, mahir berbagai2 ilmu... tetapi mereka tak mampu keluar dari gangguan2 tersebut lantaran hati masih di tutupi mendung kekotoran ma'nawiyyah.

Apa kunci untuk mereka ini melepaskan diri dari gangguan2 tersebut..  ?

Jawapannya tiada lain, melainkan berguru kepada Guru yang arif, Guru Mursyid serta belajar zikrullah dan mujahadah nafs.

Contoh unggul sepanjang zaman adalah Imam Ghazali...!

Ini telah kami paparkan banyak kali didalam tazkirah2 kami yang lalu.

Moga menjadi peringatan untuk semua terutama alim kitab, hafiz Qur'an, cendikiawan yang hanya tahu ilmu syari'at.

Wallahu A'lam

✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan Ringkas:
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳

12
 🔴Soalan:
Assalamu Alaikum shaikh,
Boleh bagitau sebab2 wanita di larang berhias diri bila di luar rumah?

🔵JAWAPAN:


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Setengah dari larangan Allah atas wanita adalah adalah menjauhi semua jenis perhiasan dan menghias diri ketika dia keluar rumah untuk memenuhi keperluannya. (yang harus pada syara')


Firman Allah:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu”

[Al Ahzab (33) :  ayat 33]

Menurut keterangan Ulama, maksud berhias dan bertingkah laku seperti jahiliah adalah :

(1) Menampilkan diri di hadapan lelaki tanpa sebab yang harus pada syara.  Yang dibenarkan adalah seperti untuk menunutut ilmu, jual beli, perubatan, cari rezeki (jika tiada yang menanggungnya) dll seperti nya.

Selain itu di larang keluar.

(2) Jika wanita perlu tampil di luar rumah, maka di LARANG berhias seperti jahiliah iaitu berpakaian dan berhias yang boleh menarik perhatian lelaki.

(3) Allah melarang wanita berjalan berlenggok2 atau gaya menggoda.


Dalam Firman Allah yang lain:

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;......  "
[An-Nur (24) : ayat 31]

Menurut Ibn Abbas, yang di maksudkan dengan ayat

 "kecuali yang terlihat darinya"

adalah bermaksud celak dan cincin. 

Maksud Ibn Abbas adalah : cincin dan celak boleh di pakai oleh wanita tetapi  selain dari kedua nya di larang. Larangan ini meliputi :

(1) Dilarang memakai semua macam  make-up pada wajah seperti gincu, pemerah pipi, penghitam bulu kening dll.

(2) Di larang memakai semua jenis warna pakaian yang menonjol serta menarik hati lelaki.

(3) Di larang pamirkan gelang, rantai tangan, gelang kaki dll.  (jika di pakai, wajib di tutup)

(4) Dilarang memakai pakaian yang menambah aksesori yang menarik seperti manik atau lain2 yang kelihatan menarik.

(5) Wanita berkahwin yang memakai inai WAJIB tutup apabila keluar rumahnya.

(6) Wanita yang memakai gelang yang berbunyi, bukan sahaja wajib di tutup tetapi WAJIB pastikan jangan berbunyi.



Soalan yang sering di timbulkan dan jawapan nya:
-----------------------------------------------------

Soalan 1:
Ada wanita membantah,

 "Jika semua tak boleh apa yang boleh?  Kami pun nak kelihatan cantik juga."

Jawapan:

Kecantikan tubuh kamu, wajah kamu, pakaian kamu adalah untuk suami kamu, BUKAN untuk di pamirkan kepada lelaki _ajnabi._

Wanita yang gemar pamirkan segala kecantikan tubuh dan wajah nya  kepada lelaki asing  adalah wanita yang tiada harga diri  sedangkan wanita yang menyelimuti diri nya dari pandangan lelaki asing itulah wanita mulia. 

Tubuh dan perhiasan diri jamu hanya untuk suami kamu.

Soalan 2

Kalau tak pakai make up, muka nampak pucat.  Tak menarik.

Jawapan

Wanita sememang nya di LARANG kelihatan menarik apabila keluar rumah. Ini  kerana daripada pandangan menarik akan membawa kepada zina hati dan zina yang hakiki.  Cukup lah kamu kelihatan menarik pada pandangan suami kamu.

Soalan 3

Saya kerja sebagai penyambut tetamu.  Saya perlu nampak kemas, cantik dan menawan. Jika tidak saya kena buang kerja.

Jawapan

Takutlah azab Allah daripada takut pada manusia.   Manusia TIDAK boleh bawa mudarat apa pun pada  kamu, kecuali dengan izin Allah.  Jangan gadaikan akhirat untuk dunia yang sedikit. 

Bekerja sebagai penyambut tetamu, pelayan dll seperti nya TIDAK sesuai bagi wanita, bahkan terang2 mengundang fitnah, dosa, maksiat yang besar.

Cari lah kerja lain yang halal. Banyak lagi kerja2 halal yang sesuai untuk wanita.

Soalan 4
Ustazah kami pun bersolek dan nampak anggun hebat.  Jadi salah ke ustazah tu?

Jawapan

Ustazah yang TIDAK mengikut hukum TIDAK boleh di contohi.  Kebanyakan ustazah zaman ini TIDAK boleh di contohi, kerana setengah mereka lebih teruk dari wanita2 yang tiada ilmu.

Contohilah Wanita unggul,  penghulu wanita syurga,  Siti Fatimah Az Zahra yang memakai pakaian kasar menutup seluruh  tubuh nya ketika keluar rumah.


Soalan 5

Kami nak buat macam mana ustaz,  kami sudah di besarkan dan di biasakan dari anak dara lagi.  Bukan senang nak ubah.  Lagi pun semua wanita bersolek dan hias diri.

Jawapan

Islam BUKAN ikut ikutan pada manusia. Islam BUKAN kerana kebiasaan. Islam BUKAN mengikut buta kepada manusia walaupun ibubapa sekalipun.

Ajaran Islam adalah Hukum Allah berdasarkan Al Qur'an, Sunnah dan Ulama Mu'tabar.

Sentiasa beringat2 amaran Rasulullah ....

Rasulullah ﷺ bersabda :

 “Sebaik -baik wanita kalian adalah yang memiliki kasih sayang, subur (banyak anak), suka menghibur dan siap melayani, bila mereka bertaqwa kepada Allah. Dan seburuk buruk wanita kalian adalah wanita pesolek dan penghayal,   mereka itu adalah wanita-wanita munafiq, mereka tidak akan masuk syurga kecuali seperti ghurab a’sham.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]

Semoga anak isteri kita, sadara2 wanita kita memperoleh hidayah.

_______________________________
Jawapan:
           Shaikh Sayyid Aboo Tohir
     Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
          *MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

13
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jika kalian bertanya pada Syiah, mereka akan katakan mereka yang benar, yang lain ahli neraka.

Jika di tanya pada wahabi mereka akan jawab mereka saja Islam yang lain2 adalah kafir masuk neraka.

Jika di tanya pada khawarij, mereka juga akan jawab sama.

Bahkan jika kalian bertanya pada Sami Budha, Hindu, Kristian, Zoroaster, Majusi dll yang kafir,  semua nya akan mengaku mereka betul dan benar...!

Jika demikian apa cara menentukan kebenaran? 

Apa jalan menentukan jalan yg benar dari yang batil?

Apa ukuran dan piawaian menentukan kebenaran dari kesesatan?

AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH mempunyai pendirian yang jelas berdasarkan Al Qur'an dan Hadith Nabi.

✳️Satu2 nya agama yang di terima oleh Allah adalah Deen Islam yang di bawa oleh semua Rasul dan Nabi bermula dari Nabi Adam sehingga lah kepada Junjungan Besar Muhammad ﷺ.

 Satu2 nya golongan selamat di kalangan Ummat Muhammad adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang memiliki tiga Khazanah :

(1) Al Qur'an

(2) Hadith Nabi

(3) Ulama Warisatul Anbiya yang benar.


Khazanah yang ketiga itu adalah "pemisah"  dan "pemutus"  yang membezakan Ahlus Sunnah dari kelompok lain. 

Ulama Warisatul Ambiya yang siddiq adalah kekasih2 Allah yang mewarisi Ilmu Nabi zahir dan batin. Mereka  itu hampir dengan Allah dan di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ. 

Mana2 Jamaah @ kelompok @ perkumpulan memiliki ketiga2 khazanah tersebut , maka mereka lah Ahlus Sunnah sebenar yang mendapat jaminan Rasul ﷺ.

Orang2 kafir, orang2 fasiq, khawarij, syiah, wahabi,  sufi palsu, ... boleh menyamar sebagai Ahlus Sunnah tetapi mereka tak dapat membuktikan mereka memiliki khazanah ketiga di atas. 

Untuk bertemu jalan kebenaran dan Pemimpin Warisatul Anbiya ini,  seseorang Islam WAJIB melakukan tiga perkara penting :

(1) Niat ikhlas

(2) Bersungguh2 mohon pada Allah menunjukki jalan kebenaran yang di redhai Allah.

(3) Bersungguh2 perhatikan syarat2 yang telah di tentukan oleh Ulama A.Sunnah sebelum mengambil keputusan menyertai nya.


Semua keterangan di atas telah kita sebutkan dalam siri2 tazkirah yang lalu.  Imam Jilani, Imam Ghazali dan Imam Ahlus Sunnah seluruh nya telah berikan garis panduan yang jelas tentang hal ini.
………………………………………………………………

Pada bila2 masa apabila salah satu syarat batal atau hilang atau di tukar, maka terbatal lah kebenaran nya.  ...  walaupun pada awal nya syarat2 telah cukup... .namun ini BUKAN jaminan.


Contoh nya seseorang Islam telah di taqdirkan bertemu seorang Shaikh dan berbaiat dengan beliau.  Shaikh itu di katakan menepati syarat2 sebagai Shaikh menurut syarat2 Shaikh di dalam Ahlus Sunnah.


Selang berapa lama kemudian, shaikh itu di dapati melanggar syarat2 sebagai Shaikh....misal nya dia melakukan kemungkaran terang terangan.  Misal nya lagi dia anjurkan majlis tari menari laki perempuan, atau galakkan murid nya buka aurat,  atau umum nya menyalahi salah satu dari hukum yang telah sepakat Ulama (menyalahi ijma' ulama Ahlus Sunnah.)


Atau Shaikh itu menyalahi mana2 bahagian adab2 Toriqat dan Ma'rifat.

Maka di dalam hal2 yang demikian, wajib lah murid itu jauhkan diri @ pisahkan diri dengan guru tersebut.  Haram bersama dengan nya atau berada  di dalam Jamaah nya lagi. 

Wallahu A'lam


Pesanan
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
Sumber Rujukan Ustaz Syed Aboo Tohir

Pages: [1]