Login  |  Daftar

Show Posts

This section allows you to view all posts made by this member. Note that you can only see posts made in areas you currently have access to.

Messages - alhaudhie

Pages: [1]
1
جزاككم الله خيرا
Untuk terus bersama memeriahkan laman web Halaqah.Net

Moga semua beroleh kebaikan. Segala kekuramgan dipohonkan kemaafan.

Selamat menyambut hari raya 'IidulAdhha.

2
Kaunter / Sumbangan Pondok Tahfiz Asy-Syifaa'
« Masa: 9 months ago »
Muslimin Dan Muslimat Yang Dirahmati Allaah swt. sekalian.

Assalamualaikum

SUMBANGAN TABUNG PONDOK AS-SYIFAA'

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak madrasah amatlah mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan/amal jariah/shadaqah jariah/buah fikiran/pandangan/sokongan dan dorongan untuk meneruskan khidmat kepada Agama Allaah SWT.

Pihak Pondok amatlah mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan untuk menampung kos pengoperasian.

  Bil Pelajar Sekarang : Sekitar 100 Orang
  Bil Guru : 5 Orang
  Yuran Pengajian : RM150
  Anak Yatim / Keluarga Dhoo'if : Percuma  ( kecuali ada tajaan )
  Sistem Pengajian [Tahfiz dan Diniyyah]

Semuanya adalah daripada sumbangan/shodaqah dan amal jariah mereka-mereka yang cintakan ilmu dan amal.

Sabda Rasuulullaah SAW.
yang bermaksud:

"Jadilah orang yang mengajar, atau yang belajar, atau yang mendengar(akan ilmu dan ulama'), atau yang mencintai(akan ilmu dan ulama'). Dan jangan kamu jadi golongan yang kelima, akan hancurlah kamu!"

2- Kepada yang berkelapangan untuk menyumbang bolehlah berhubung dengan mudir madrasah;
Ustaz Ahmad Syarifuddin Bin Ibrahim  013 9870870
Jika sumbangan berbentuk wang ringgit bolehlah dimasukkan ke:

PUSAT TAHFIZ AS SYIFAA
BIMB 13017010826020
CIMB 8601747915
MAYBANK 563019228995


Sekian hebahan.
Terima kasih atas perhatian,sokongan dan dorongan.
Wassalam.

Mudir Madrasah.
21/02/2018

3
HADITH IBN ABBAS MENGENAI JAMAK SOLAT TANPA MUSAFIR

SOALAN:
Apakah dibolehkan untuk menjamak solat selain bermusafir dan bagaimana caranya berinteraksi dengan hadith Ibn Abbas R.Anhuma yang berkaitan dengan jamak tanpa bermusafir ini?

JAWAPAN:

بسم الله الرحمن الرحيم

Mukadimah
Persoalan mengenai hadith ini telah begitu lama ditanya dan pernah dibincangkan di dalam bab fiqh muqaran (fiqh perbandingan) dan juga fiqh hadith. Ianya amat menarik untuk ditekuni dan ditelaah agar dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Kami kemukakan berkenaan syarahan dan tafsiran serta pendapat para muhaddith dan fuqaha’ mengenai isu ini.

Pertama:Sudut Pandang Hadith

Hadith yang ditanyakan itu adalah hadith sahih yang telah diriwayatkan oleh al-Imam Muslim Rahimahullah. Hadith ini telah disebut oleh para ulama’ berkenaan dengan maksudnya. Hadithnya ialah:

صَلَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ. قَالَ أَبُو الزُّبَيْرِ: فَسَأَلْتُ سَعِيدًا، لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ؟ فَقَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ كَمَا سَأَلْتَنِي، فَقَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أَحَدًا مِنْ أُمَّتِهِ.

Maksudnya: Telah solat Rasulullah SAW zohor dan asar secara jama’ di Madinah dalam keadaan tiada ketakutan dan juga bermusafir. Telah berkata Abu Zubair: Aku telah bertanyakan Sa’id: Mengapa dilakukan sebegitu? Maka jawab Sa’id: Aku telah bertanyakan Ibn Abbas soalan seperti yang kamu tanyakan, maka jawab Ibn Abbas: Rasulullah SAW mengkehendaki untuk tidak menyusahkan umatnya.
Riwayat Muslim (705)

Dalam riwayat yang lain pula ada menyebutkan Rasulullah SAW menjamakkan antara zohor dan asar, maghrib dan isyak di Madinah bukan dalam keadaan takut dan juga hujan.

Al-Imam al-Bukhari Rahimahullah juga meriwayatkan sebuah hadith yang berkaitan dengannya dan ianya juga dari jalan Ibn Abbas R.Anhuma:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِالْمَدِينَةِ سَبْعًا وَثَمَانِيًا: الظُّهْرَ وَالعَصْرَ وَالمَغْرِبَ وَالعِشَاءَ، فَقَالَ أَيُّوبُ: لَعَلَّهُ فِي لَيْلَةٍ مَطِيرَةٍ، قَالَ: عَسَى
Maksudnya: Rasulullah SAW telah solat di Madinah 7 rakaat dan 8 rakaat (iaitu) Zuhur dan Asar (8 rakaat), Maghrib dan Isyak (7 rakaat). Maka telah berkata Ayub al-Sakhtiani: Boleh jadi ia pada malam yang hujan dan berkemungkinan boleh jadi.Riwayat al-Bukhari (543)

Hadith ini kami katakan seperti berikut:
    Hadith yang dinukilkan di atas menjadi asal atau hujah kebolehan jamak bagi orang yang bermukim. Ianya di ambil dari zahir hadith dengan mengatakan boleh jamak tanpa hajat keperluan semata-mata tetapi dengan syarat ianya tidak dilakukan secara berterusan. Ini merupakan pendapat Ibn Sirin, Rabi’ah, Asyhab, Ibn al-Munzir, al-Qaffal al-Kabir dan dihikayatkan oleh al-Khattabi daripada jamaah daripada ashab al-Hadith. [Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 5/219]

Mantuq lafaz zahir ini bahawa Nabi SAW, jamakkan solat tanpa sebarang keuzuran dan mafhumnya juga bahawa ketakutan, hujan dan musafir adalah jenis-jenis keuzuran dan dibenarkan untuk jamak.

    Tidak sah mengatakan pada sebab jamak selain apa yang telah dikatakan oleh perawi itu sendiri iaitu: “Rasulullah SAW tidak mahu untuk menyusahkan seorangpun dari kalangan umatnya” dan kaedah menyebut: أن الراوي أدرى بمَرْوِيّه (Seorang perawi itu lebih tahu akan apa yang diriwayatkannya). Maka tidak boleh bagi seseorang untuk mentakwil sesuatu hadith apa-apa yang bukan daripadanya.

Berkata al-Imam al-Nawawi Rahimahullah: Pandangan ini dikuatkan oleh zahir perkataan Ibn Abbas R.Anhuma yang menyatakan  Baginda SAW tidak mahu menyusahkan umatnya dan tidak di’illahkan dengan penyakit dan tidak pula selainnya. [Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 5/219]

Di dalam riwayat al-Bukhari, berkata Ayub al-Sakhtiyani: Boleh jadi peristiwa ini berlaku pada malam yang hujan dan ianya berkemungkinan seperti itu. Berkata al-Hafiz Ibn Hajar: Andaian hujan juga merupakan pendapat al-Imam Malik sesudah beliau meriwayatkan hadith ini (di dalam al-Muwatta’)[1].

Al-Hafiz menyebut: Akan tetapi hadith ini diriwayatkan oleh Muslim dan ashab al-Sunan daripada jalur Habib bin Abi Thabit daripada Sa’id Ibn Jubair dengan lafaz: tanpa ada rasa takut dan juga hujan. Maka ternafilah jamak yang disebutkan itu dilakukan kerana ketakutan, musafir ataupun hujan. Sebahagian para ulama’ pula mengatakan boleh dijamakkan kerana sakit dan pendapat ini dikuatkan oleh al-Imam al-Nawawi namun ianya perlu kepada penelitian semuala. Ini kerana, sekiranya Baginda SAW menjamakkan di antara dua solat disebabkan oleh kesakitan, nescaya tidak akan solat bersama Baginda SAW melainkan mereka yang mempunyai keuzuran yang sama. Zahirnya, Nabi SAW menjamakkan solat bersama dengan sahabatnya dan perkara itu telah dijelaskan oleh Ibn Abbas R.Anhuma di dalam riwayatnya. [Lihat Fath al-Baari, 2/33]

Berkata al-Imam al-Nawawi: Di antara mereka, terdapat golongan yang mentakwil bahawa keadaan itu berlaku pada keadaan awan mendung, kemudian Baginda solat zohor dan selepas itu awan mendung hilang dan Baginda mendapati telah masuk waktu asar maka Baginda pun menunaikan solat asar. Kata al-Imam al-Nawawi, ini adalah pandangan yang batil kerana sekalipun terdapatnya serendah-rendah andaian pada waktu zohor dan asar, akan tetapi tidak ada andaian padanya waktu isyak dan juga waktu maghrib. [Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 5/218]

    Sebahagian ulama’ hadith mengatakan bahawa ini adalah jamak al-suri[2] (seakan-akan jamak) ia adalah pendapat yang tertolak dengan ucapan perawinya sendiri iaitu: Baginda SAW tidak mahu menyusahkan seorangpun dari kalangan umatnya. Berkata al-Hafiz Ibn Hajar: Tidak sesuai untuk kita meletakkannya sebagai jamak suri. Ini kerana tujuannya tidak sunyi dari sebarang kepayahan.

Boleh dilakukan solat jamak sekiranya terdapat keuzuran yang membolehkannya. Sakit itu adalah satu keuzuran dan bila terdapat kepayahan maka dibolehkan untuk orang yang sakit menjamakkan solatnya. Ini merupakan pendapat al-Imam Ahmad bin Hanbal dan juga Ishak. [Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 5/218]
    Dibolehkan jika terdapat keuzuran yang membolehkannya untuk melakukan jamak. Sakit itu adalah satu keuzuran dan apabila terdapat masyaqqah (kepayahan atau kesulitan) dibolehkan untuk orang yang sakit menjamakkan di antara dua solat.

Hujan, sejuk yang melaumpau, angin yang kencang dan jalan yang berbecak ini semua adalah keuzuran yang dibenarkan untuk menjamakkan solat. Ibn Mulaqqin Rahimahullah berkata: Ulama’ berbeza pendapat dalam mengatakan kebolehan untuk menjamakkan solat kerana hujan. Al-Imam al-Syafi’e dan jumhur membolehkannya pada solat-solat yang boleh dijamakkan padanya. Manakala al-Imam Malik hanya mengkhususkan pada waktu Maghrib dan Isyak sahaja. [Lihat al-I’lam bi Fawaid ‘Umdah al-Ahkam, 4/80]

Kedua: Fiqh al-Hadith

Berikut merupakan faedah-faedah yang boleh didapati melalui hadith ini:
    Jamak diizinkan pada perlaksanaan haji di Arafah dan Muzdalifah, Ianya telah disepakati oleh para fuqaha’.

    Jamak dibenarkan juga disebabkan oleh musafir. Iaitu dijamakkan antara zohor dan asar, dan di antara maghrib dan isyak. Sama ada taqdim ataupun ta’khir.

    Jamak juga dibolehkan ketika seseorang itu sakit. Ia merupakan pendapat di sisi al-Malikiyyah, al-Hanabilah dan pendapat sebahagian pendapat ulama’ al-Syafi’ieyyah. Telah berkata al-Imam al-Nawawi: Ini merupakan pendapat yang kuat. Mereka berhujah dengan mengatakan jamak tidak dilakukan kecuali jika terdapat keuzuran dan sakit itu satu keuzuran dan diqiyaskan kepada musafir dengan segala kepayahan bahkan untuk setiap solat-solat ke atas mereka yang sakit itu lebih payah dari orang yang bermusafir kecuali al-Malikiyyah yang berpendapat bahawa jamak dibenarkan ke atas mereka yang sakit adalah jamak takdim sahaja.

    Jamak dibolehkan juga ketika hujan lebat dan cuaca sejuk. Ini merupakan pendapat jumhur fuqaha’ al-Syafi’ieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah. Dan dibolehkan juga al-Hanabilah dan al-Malikiyyah untuk menjamakkan ketika berlakunya becak teruk namun sebahagian al-Syafi’eyyah menegahnya dan sebahagiannya membenarkan.
    Dibolehkan untuk menjamakkan solat ketika dalam keadaan ketakutan namun sebahagian besar al-Syafi’eyyah tidak membenarkannya kerana solat mempunyai itu waktu-waktu yang telah ditetapkan.

    Dibolehkan jamak sekiranya berlaku keuzuran. Al-Hanabilah di dalam hal ini memperluaskan lagi skop keuzuran itu dengan berpendapat apa sahaja keuzuran atau tugasan yang boleh menyebabkan ditinggalkannya solat Jumaat dan solat berjama’ah seperti takut akan keselamatan diri, maruah dan harta. Asyhab daripada kalangan al-Malikiyyah, Ibn al-Munzir daripada kalangan al-Syafi’eyyah, Ibn Sirin dan Ibn Syubrumah berpendapat bahawa dibolehkan jamak jika diperlukan selagi mana tidak dijadikan adat kebiasaan.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Berdasarkan pengamatan kami, hadith ini adalah sahih dan ianya didatangkan juga dengan riwayat-riwayatnya yang lain kecuali hadith ini ditafsirkan dengan melakukannya hanya sekali atau beberapa kali sahaja dan bukannya pengamalan dan bukannya dilakukan secara adat kebiasaan. Ini kerana Abu Zubair dan Said bin Jubair juga merasa terkejut apabila mengetahui bahawa Nabi SAW menjamakkan solat ketika sedang bermukim (berada di Madinah) dan bukannya ketika bermusafir dan juga dalam keadaan ketakutan.
Keduanya, perbuatan ataupun amalan biasa solat Rasulullah SAW ketika bermukim adalah melihat kepada amalan ghalib (kebiasaannya) iaitu Rasulullah SAW akan solat pada waktunya yang telah ditetapkan. Hadith ini ingin menunjukkan kepada kita keluasan Islam itu sendiri yang mana pada keadaan-keadaan tertentu boleh dijamakkan di antara dua solat. Ini difahami melalui hadith ini bahawa musafir, keadaan takut, hujan, sakit ataupun dalam keadaan yang terdesak boleh dijamakkan solat.

Al-Imam al-Tirmizi Rahimahullah pada akhir kitabnya berkata: Tiadalah dalam kitabku ini, mana-mana hadith di mana umah sepakat dan berijmak untuk menninggalkan beramal dengannya melainkan hadith Ibn Abbas berkenaan solat jamak di madinah tanpa rasa takut dan juga hujan.

Pada akhirnya, kami nyatakan bahawa al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebut satu pandangan iaitu hadis ini:

    Ditanggung dengan andaian berkenaan dengan solat jamak nabi SAW kerana sebab uzur sakit dan ianya juga perkara-perkara yang membawa makna keuzuran yang lain. Ini adalah pendapat al-Imam Ahmad, al-Qadhi Husain dan ianya juga adalah pendapat pilihan al-Khattabi, al-Mutawalli, al-Ruyaani dan inilah pendapat yang terpilih kerana zahir hadith dan perbuatan Ibn Abbas dan muwafaqah dengan Abu Hurairah RA kerana terdapat padanya masyaqqah (kepayahan). [Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 5/218]

Semoga dengan pencerahan ini, maka dapat kita fahami bahawa isu ini adalah isu khilafiyah yang mana ruang untuk berijtihad padanya terbuka. Kesemua takwilan terhadap hadith ini mempunyai pondokongnya yang tersendiri yang mana terdiri daripada kibar ulama’ Islam. Saya juga berdoa agar kita diberikan kefahaman dalam beramal dengan sunnah Nabi SAW seterusnya dapat mengamal dan menyebarkannya. Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
[1] Al-Muwatto’, Kitab Qasr al-Solah fi al-Safar, No. Hadith: 480.
[2] Istilah ini bagi menggambarkan keadaan solat itu seakan-akan jamak namun pada hakikatnya tidak. Sebagai contoh, dilewatkan menunaikan sembahyang Zohor dan diawalkan pula solat Asar yang mana seakan-akan dilakukan solat jamak padanya.


4
Kaunter / Kami di Halaqah.Net
« Masa: a year ago »
Assalamualaikum.

Halaqah.Net adalah merupakan satu Laman Forum interaksi yang memfokuskan perkara-perkara yang berkaitan Agama Islam dan segala sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama.

Segala Artikel/Soal Jawab/Tazkirah/Perkongsian adalah merupakan ambilan daripada Laman-laman web yang berautoriti dan juga daripada sumber-sumber web/blog yang boleh dipercayai.

Jika anda ingin berkongsi sesuatu bahaan/penulisan - Sila nyatakan sumber jika ianya merupakan ambilan langsung daripada sumber lain akan dinyatakan di bawah setiap posting sebagai rujukan pengunjung Halaqah.

Kami di Halaqah.Net bukanlah orang-orang yang pakar dalam perkara agama. Oleh itu sebarang persoalan yang diajukan akan cuba dijawab dengan merujuk kepada para asatizah,dan/serta/atau jawapan-jawapan yang telah pun ada melalui sumber-sumber yang dinyatakan di atas.

Kepada yang ingin berkongsi sesuatu bahan ILMIAH di Halaqah.Net dimestikan menyatakan sumber asal ambilan jika ianya bukan daripada nukilan/catatan asal penulis @ nyatakan sebarang rujukan yang ada dan digunakan.

Sebarang cadangan dan komen membina adalah dialu-alukan.

Sekian.
@Admin Halaqah.Net
https://www.facebook.com/halaqah.net/

5
Khutbah / Ibadah Haji Dan Kemerdekaan
« Masa: a year ago »
السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
  أَمَّا بَعْدُ..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 133 surah Ali ‘Imran :

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya : Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Kini kita berada antara 10 hari awal daripada bulan Zulhijjah yang mempunyai kelebihan yang begitu besar di sisi Allah bagi hambaNya yang taat melakukan ibadat disamping bersungguh-sunguh dalam menjauhi maksiat. Khamis ini kita akan menyambut kedatangan hari Arafah yang merupakan antara hari yang begitu penting samada bagi jemaah haji yang sedang menunaikan ibadat haji di tanah haram Mekah mahu pun kita yang berada di negara masing-masing. Antara kelebihan hari Arafah dan fadhilat berpuasa sunat padanya sebagaimana dipetik daripada hadis nabi s.a.w

قَالَت عَائِشَةُ : إِنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمُ الْمَلَائِكَةَ ، فَيَقُولُ : مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ-رواه مسلم “

Maksudnya : Tiada daripada hari yang lebih ramai Allah membebaskan padanya hamba daripada neraka daripada hari Arafah. Dan sesungguhNya akan mengasihani, kemudian Dia bangga depan malaikat maka Dia bertanya : Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu?

عن أبي قتادة رضي الله عنه قال سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ – رواه مسلم واللفظ له وأبو داود والنسائي وابن ماجه والترمذي

Maksudnya : Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab baginda  : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Sebagai hamba Allah yang beriman penuh keyakinan tentang hari kematian dan hari pembalasan maka kita mestilah merebut segala janji benar daripada Allah dalam menambah sebanyak mungkin bekalan akhirat disamping memohon keampunan atas segala dosa kita terhadap Allah dalam keadaan sedar atau tidak.

Renungilah maksud suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari bahawa Abdullah bin Umar berkata, Rasulullah SAW memegang bahuku seraya bersabda: “Jadikanlah diri kamu di atas muka bumi ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Ibnu Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, jangan kamu tunggu menjelang waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, jangan kamu tunggu menjelang petang. Gunakanlah peluang beramal ketika kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan ketika hidup untuk persediaan matimu.”

Sayyidina Ali pula berpesan : Sesiapa yang menghimpun padanya 6 sifat maka dia tidak membiarkan satu pun tuntutan untuk Syurga dan tidak pula tempat lari daripada Neraka iaitu [1] Siapa yang mengenal Allah lalu mentaatiNya, [2] Mengenal Syaitan lalu melawannya,  [3] Mengetahui kebenaran lalu mengikutinya, [4] Mengenal kebatilan lalu menghindarinya, [5] Mengenal dunia lalu menolaknya dan [6] Mengenal akhirat lalu bersungguh mencarinya

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,

Firman Allah S.W.T dalam ayat 16 – 17 surah al-‘Ankabut :

وَإِبْرَاهِيمَ إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ اعْبُدُوا اللَّـهَ وَاتَّقُوهُ ۖ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿١٦﴾

Maksudnya : Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: “Sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya; yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu (membezakan yang baik dari yang buruk).

Umat Islam juga bakal menyambut ketibaan hari raya korban pada hari Jumaat ini. Setiap kali tibanya Aidil Adha maka kita didedahkan dengan kisah pengorbanan besar yang pernah dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s. Al-Quran memberitahu kepada kita bagaimana kekuatan aqidah nabi Ibrahim a.s yang lahir dalam keluarga penyembah berhala di mana dakwah baginda terpaksa berdepan dengan ayahnya sendiri Azar pembuat berhala seterusnya hidup pula dalam suasana masyarakat sekeliling yang syirik kepada Allah. Apa yang lebih mencabar berdepan dengan Raja Namrud yang mengaku berkuasa sebagaimana Allah akibat takabbur atas nikmat kemewahan dan kekuasaan yang diberi. Keadaan yang teruk dan rosak itu tidak menjejaskan aqidah yang ada pada diri nabi Ibrahim a.s sebaliknya dengan pelbagai cara baginda berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalankan kewajipan berdakwah pada ayahnya, masyarakat dan seterusnya raja yang berkuasa.

Kekuatan aqidah dan usaha dakwah yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim a.s wajib kita contohi terutama ketika semakin ramai umat Islam telah terpengaruh dalam cara kehidupan barat. Cara mereka mengendalikan diri,keluarga,masyarakat dan negara. Makan minum pakai jual beli berekonomi dan berpolitik dan mentadbir urus dibimbangi tidak bertunjungkan kepada aqidah yang benar sebagaimana dikehendaki oleh Allah swt.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Allah telah menganugerahkan kepada umat Islam nikmat 2 hari raya iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha yang menunjukkan bagaimana Islam bersesuaian dengan fitrah manusia yang perlu kepada sesuatu yang boleh menggembirakan hati kita. Namun begitu Islam telah menggariskan adab dan batasan untuk berhari raya agar tidak menjadi hari melampias kehendak nafsu sehingga mengenepikan panduan wahyu. Islam mengajar umagtnya supaya tidak hanyut dengan kehidupan dunia. Ini termasuklah hiburan dan sukan.Umpamanya amalan bersukan bertujuan untuk menyihatkan badan dan pemikiran bukannya sehingga mengabaikan kewajipan agama apatah lagi terjerat dengan senjata musuh Islam. Kita wajib ingat kepadaprotokol yahudi ke-13dalam menguasai dunia yang berbunyi :untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi.


Kita tidak mahu hanya mendengar perjuangan mempertahankan aqidah yang dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s sehingga sanggup dibakar dalam unggun api yang marak menjulang sedangkan kita tewas cara mudah melalui hiburan dan sukan kepada zionis yahudi. Kita tidak mahu perjuangan Sultan Abdul Hamid II iaitu khalifah yang terakhir Khilafah Uthmaniah Turki yang sanggup menolak mentah-mentah tawaran yahudi berbentuk harta kekayaan dan kemewahan dunia asalkan menyerah Palestin untuk dijadikan negara haram yahudi sehingga baginda digulingkan sedangkan kita terguling bukan dengan tawaran kemewahan sebaliknya mengupah yahudi untuk menjajah negara dan merosakkan aqidah dan akhlak umat Islam. Pejuang Islam sentiasa berfikir macamana mahu membebaskan negara daripada penjajahan yahudi manakala petualang Islam berfikir macamana cara untuk terus selesa berada bawah tapak kaki yahudi. Ingat sebelum terjerat, waspada sebelum kena, berhati-hati sebelum rugi.

Firman Allah dalam ayat 6 surah Ibrahim :

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ أَنجَاكُم مِّنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ ۚ وَفِي ذَٰلِكُم بَلَاءٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ ﴿٦﴾

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya yang sentiasa menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu”

Beberapa hari lagi iaitu pada tanggal 31 Ogos kita bakal menyambut hari kemerdekaan Negara kali ke-59. Bagi membuktikan bahawa kita adalah rakyat yang merdeka maka pemahaman dan penghayatan kepada ruh merdeka mestilah dihidupkan dalam kehidupan bukan hanya setakat tahu melaung kalimah merdeka sedangkan cara hidup dan cara berfikir terus dijajah. Sebagai contohnya melalui kisah para nabi yang dinukilkan dalam al-Quran maka kita dapat memahami seterusnya menghayati makna sebenar merdeka dalam kehidupan.

Pertama, melalui kisah Nabi Ibrahim a.s ketika baginda membebaskan dirinya manusia daripada penyembahan berhala atau sesuatu yang dianggap berkuasa kepada menyembah Allah yang Maha Kuasa. Bentuk perhambaan yang menjatuhkan cara hidup dan martabat manusia seperti itu juga terjadi pada era moden. Penghambaan terhadap kebendaan dan keseronokan semata telah membawa manusia moden untuk melakukan salahguna kuasa tanpa perasaan bersalah, mengorbankan nyawa-nyawa tak berdosa, menghalalkan berbagai cara untuk meraih harta dan takhta.

Kedua, makna kemerdekaan melalui kisah Nabi Musa a.s ketika membebaskan bangsanya dari penindasan Firaun. Keangkuhan rejim Firaun ini membuat mereka tak segan membunuh dan memperbudak kaum laki-laki bangsa Israel dan menistakan kaum perempuannya. Keangkuhan inilah yang mendorong nabi Musa bergerak memimpin bangsanya untuk membebaskan diri dari penindasan, dan akhirnya meraih kemerdekaan sebagai bangsa yang mulia dan bermartabat.

Tugas terberat sebuah bangsa merdeka adalah bagaimana mempertahankan kemerdekaan dirinya sebagai bangsa merdeka, serta bebas dari pemimpin sebangsa yang bertindak dan bertingkah laku laksana penjajah asing. Begitu juga merdeka dari pengaruh dan tekanan asing terutama di bidang politik, ekonomi, dan budaya. Bukan merdeka jika terus berada di bawah tekanan politik negara lain. Bukan merdeka jika menyerahkan penguasaan sumber alamnya kepada pihak asing tanpa pembahagian yang adil. Bukan merdeka jika meniru budaya asing yang merosakkan. Kemerdekaan yang sebenar hanya bila kita berjaya mengisikannya dengan system Islam kerana Islam memerdekakan manusia daripada keruntuhan akhlak dan kemurkaan Allah

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 3 surah al-Maidah :

الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ

Maksudnya : ….Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. ….

Makna kemerdekaan yang Ketiga, melalui tugas dan  kejayaan Nabi Muhammad s.a.w dalam mengembang misi dakwahnya di muka bumi ini.  Ketika diutus 14 abad silam, Nabi Muhammad s.a.w menghadapi sebuah masyarakat yang mengalami 3 penjajahan sekaligus iaitu kehilangan panduan agama sehingga menyembah berhala, penindasan ekonomi dan kezaliman sosial. Rasulullah s.a.w berjuang keras mengajarkan kepada umat manusia untuk menyembah Allah Yang Maha Esa dan meninggalkan tuhan-tuhan yang menurunkan darjat manusia. Menghapuskan penindasan ekonomi antaranya memastikan kekayaan tidak hanya berputar pada kelompok-kelompok tertentu saja dan mengutuk orang-orang yang mengumpul dan menghitung harta kekayaan tanpa memedulikan kesejahteraan sosial dan keadilan ekonomi.  Rasulullah s.a.w menggalakkan pembebasan hamba abdi, menjaga kehormatan dan kedudukan perempuan dan menghilangkan semangat asobiyyah atau kebangsaan sempit. Dalam khutbah terakhirnya di Arafah, saat haji wadaí, baginda menegaskan bahwa tidak ada perbezaan antara hitam dan putih, antara Arab dan  bukan Arab. Tidak ada sesuatu yang membezakan manusia satu dengan manusia lainnya, kecuali tingkat ketakwaan mereka kepada Allah.

Firman Allah dalam ayat 32 surah al-An’am :

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Maksudnya : Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


6
HENDAKLAH DIPILIH MAYAT SHOLIH SEBAGAI JIRAN TETANGGA MEREKA DI QUBUR.
Daripada Ali r.a beliau berkata, "Kami diperintahkan Rasulullaah saw. agar mengebumikan janazah kami di tengah-tengah kubur golongan sholihiin (orang sholih), kerana orang mati disakiti oleh jiran tetangganya yang jahat, sebagaimana disakitinya dia ketika masih hidup".

7
Assalamualaikum.
الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه والتابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين
أما بعد٠٠٠
TERIMA KASIH SUDI MELAYARI HALAQAH.NET

PER: PENDAFTARAN KEAHLIAN
Halaqah.Net adalah sebuah laman portal/forum yang bermula sekitar akhir 2006. Sejarahnya boleh dikatakan sudah cukup panjang.


 Alhamdulillaah. Dengan ini Halaqah.Net meneruskan kesinambungan web versi lalu yang masih tidak dapat dipulihkan. Mohon kemaafan buat semua atas segala kesulitan yang dihadapi.

Terima kasih atas kesudian untuk terus setia bersama Halaqah.Net
2006-2017
Menjejaki tahun 2017 Laman Halaqah.Net mengalami masalah. Kesilapan di dalam membaikpulih halaqah menyebabkan halaqah tidak dapat meneruskan laman forum yang lama. Ini disebabkan masalah menaiktaraf skrip halaqah masih tidak berjaya menyebabkan teks-teks arab khususnya Ayat-ayat Al-Quran dan Hadith tidak dapat dipaparkan dengan huruf yang betul. Oleh yang demikian demi menjaga kesucian Ayat-ayat Al-Quran dan memelihara Hadith Rasulullaah saw. maka Halaqah.Net memutuskan untuk membina laman baru yamg anda layari sekarang. Ianya bermula kembali daripada awal.

Mohon kemaafan. Jika ada sebarang maklumat yang ingin didapati daripada Laman Forum yang lama, maklumkan kepada pihak pengurusan halaqah untul dikongsi kembali kepada anda.

Kepada halaqian lama dan yang belum mendaftar sebagai halaqian boleh kembali mendaftar di laman baru ini.

(Buat waktu ini keahlian halaqah belum dibuka sebagaimana biasa. Kelulusan pihak admin ada tertakluq.)
Sekian.
جزاكم الله خيرا
@Admin Halaqah.Net

8
Umum / Pembukaan Halaqah WEB
« Masa: a year ago »
Assalamualaikum

 Alhamdulillaah. Dengan ini Halaqah.Net meneruskan kesinambungan web versi lalu yang masih tidak dapat dipulihkan. Mohon kemaafan buat semua atas segala kesulitan yang dihadapi.

Terima kasih atas kesudian untuk terus setia bersama Halaqah.Net
2006-2017

Pages: [1]