Show Posts

This section allows you to view all posts made by this member. Note that you can only see posts made in areas you currently have access to.


Topics - ibnuwalidaini

Pages: [1] 2 3
1
Fotografi / Mari belajar bagaimana ingin dapatkan gambar menarik.
« about: 02 May, 2010, 07:11:09 PM »
Teman buka thread ini untuk mempelajari daripada mana2 halaqian yang terer bab shoot photo nih..meh la kongsikan ilmu kalian untuk semua..teman ada hobi baru lak skarang..tangkap gambo..tolong ajarkan saya..

2
Isu Semasa / Filem PBS...Lagi filem hina Islam
« about: 16 June, 2009, 10:13:22 AM »
FILEM 'Perempuan Berkalung Sorban (PBS)' menggamit kontroversi. Filem ini dinilai telah menyakiti umat Islam dan kalangan pesantren atau pondok-pondok agama. Imam Besar Masjid Istiqlal Indonesia Ustaz Ali Mustafa Yaqub mencadangkan agar filem sutradara Hanung Bramantyo ini diboikot. "Saya malah menganjurkan tidak usah nonton aja. Selesai. Kerana memang filem ini akan dapat menimbulkan salah paham terhadap Islam dan terhadap pesantren." kata Ali Mustafa Yaqub.

Tidak hanya memboikot, Ali Mustafa juga meminta filem itu ditarik sementara dari peredaran. Bagi Ustaz Ali Mustafa Yakub yang juga menjadi Wakil Ketua Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI), ada dua hal yang menyakitkan umat Islam dalam filem itu.

Pertama, pencitraan Islam yang sangat buruk. Seolah-olah Islam mengajarkan yang tidak sesuai perkembangan zaman.

Kedua, penggambaran salah tentang pesantren. "Pencitraan tentang pesantren sangat disayangkan sekali, bahkan saya berani mengatakan itu bukan hanya merusak citra saja tapi memfitnah itu," kata pemimpin Pondok Pesantren Daarus Sunna tersebut. Tidak hanya memboikot, Ali Mustafa juga meminta filem itu ditarik sementara dari peredaran.

Sebelum ini di Malaysia dikejutkan dengan filem 'Gubra' terbitan Yasmin Ahmad. Gubra yang dimulai lafaz 'Bismillahir Rahmanir Rahim' dan paparan pemikiran 'pluralisme & liberisme' secara halus dan terancang. Ditonjolkan watak seorang lelaki (Bilal) yang baru masuk Islam, memegang anjing dalam perjalanan menuju surau, aksi seks diiringi suara azan Subuh, wanita mencabut bulu dada seorang lelaki Cina asing, bercakap atas katil jadi bualan biasa, kempen murtad secara halus antara lelaki Islam dengan lelaki Cina diselangi aksi seks dengan bunyi azan lagi, menunjukkan konsep semua agama sama (pluralisme) daan sebagainya.

Filem PBS lebih parah isinya dalam memberi gambaran buruk terhadap Islam. PBS, wataknya dilakonkan oleh pelakon 'Bawang Putih' menceritakan bagaimana Anissa anak seorang kiyai disebuah pesantren (pondok) didiskriminasikan begitu dahsyat oleh guru-guru dipesantren, termasuk bapanya sendiri, yang mempunyai fahaman sempit dan keras dalam agama. Contohnya, Anissa dipaksa berkahwin dengan lelaki yang ditentukan oleh bapanya sendiri sehingga lelaki itu menzaliminya setelah menjadi isteri.

Dia dan pelajar-pelajar pesantren tidak dibenarkan keluar ke kedai sedikitpun melainkan ada lelaki yang menemani. Buku-buku dari selain kitab-kitab pesantren seperti novel, cerita dan sebagainya tidak dibenarkan langsung dibawa masuk ke pesantren Al-Huda tersebut... Suasana tekanan digambarkan dirasai oleh pelajar-pelajar wanita dipesantren itu sehingga ada yang melarikan diri. Buku-buku dari luar itu akhirnya dirampas dan dibakar dengan iringan takbir. Berkarya untuk menulis pun dianggap ancaman zaman moden yang merbahaya bagi pelajar dan sebagainya.

Wanita anak kiyai inilah digambarkan sebagai ‘pejuang hak asasi wanita’ dalam mempertahankan hak-hak mereka yang dicabuli oleh kiyai-kiyai dan guru-guru berfikiran sempit. Dia bersusah payah ‘menyeludup’ buku-buku bacaan dari luar untuk pelajar-pelajar perempuan yang ingin membaca sehingga dimarahi pihak pentadbiran pesantren. Dia yang merasai tekanan untuk perjuangkan kebebasan dan keterbukaan ini diuji pula dengan kematian suaminya kedua setelah bercerai dengan suami pertama.

Akhirnya perjuangan yang didokong oleh pelajar-pelajar perempuan di pesantren itu berjaya melenyapkan pemikiran sempit kiyai dan guru-guru lain. Di akhir filem, digambarkan wanita ini sedang menunggang kuda dipesisir pantai bersama anaknya.. yang satu ketika dahulu menunggang kuda pun diharamkan oleh bapanya (kiyai)... dengan penampilan mengikat serban berwarna merah dileher. Serban merah itupun dicabut dari lehernya dan dibuang ketanah. Jelas, imej agama yang sempit itu disimbolkan kepada ‘serban’ yang dirungkai dari lehernya.

Filem ini ditentang oleh sebahagian besar pertubuhan-pertubuhan Islam dan Majlis Ulama’ Indonesia (MUI) kerana jelas penyelewengannya. Samada filem ini sudah beredar di Malaysia, tak tahulah! Dan kita kena jaga-jaga, kerana menegak kebenaran dan menyekat kebatilan adalah dituntut agama tanpa batasan negara! Wallahu 'aklam. (2MA).

Posted by Ibnu Hasyim at 4:59 AM -www.ibnuhashyim.com

3
Uji IQ / Kuiz Halaqah.Net.
« about: 16 June, 2009, 06:33:41 AM »
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli Halaqah.Net yang berdaftar sahaja.

2. Soalan-soalan adalah berbentuk objektif dan subjektif dan dikemukan dalam tiga versi iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

3. Soalan-soalan juga merangkumi pelbagai aspek seperti pengetahuan umum, uji IQ, tokoh dan sejarah, sains dan teknologi, matematik, geografi, agama dan falsafah, istilah dan bahasa melayu, kesusateraan melayu, bahasa inggeris (grammar), pendidikan dan masyarakat, isu semasa dalam dan luar negeri, kesihatan, sukan, hiburan dan sebagainya.

4. Jadual pengeposan soalan dan penyemakan jawapan peserta adalah pada setiap hari mengikut kekosongan masa pengendali kuiz. Berkemungkinan setiap hari akan dilakukan bermula jam 10malam hingga 12malam.Namun begitu pihak penganjur tidak tertakluk kepada jadual tersebut sahaja dan berhak atau tidak berhak mengepos atau mengemukakan jumlah soalan dan menilai jawapan pada bila-bila masa sahaja.

5. Tempoh pertandingan ini adalah selama setengah tahun bermula pada 16/6/2009 dan bakal berakhir pada 23/12/2009 (sekiranya tiada aral melintang-InsyaAllah!).

6. Peserta yang mengumpul markah tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang/ juara dalam pertandingan ini. Naib juara dan tempat ketiga juga akan menerima ganjaran.

7. Hadiah-hadiah yang bakal menanti pemenang-pemenang adalah seperti berikut:-

Juara – Wang tunai sebanyak RM50 beserta sumbangan sebanyak RM50 atas nama pemenang untuk dimasukkan ke dalam tabung Halaqah.net.
Naib Juara – Wang tunai sebanyak RM30.
Ketiga – Wang tunai sebanyak RM20.

8. Sekiranya berlaku kesukaran untuk menentukan pemenang-pemenang disebabkan markah yang sama atau perkara-perkara yang lain, soalan bonus akan dikemukakan dan menjadi penentu hanya kepada peserta-peserta yang berkenaan sahaja.

9. Dalam tempoh 7 hari, peserta-peserta yang menang hendaklah memberikan butir-butir peribadi akaun bank melalui 'private message' (pm) kepada pihak penganjur sebaik sahaja kuiz ini berakhir. Sekiranya tiada maklumbalas selepas tempoh tersebut, hadiah yang dimenangi akan disalurkan terus ke tabung Halaqah.Net sebagai sumbangan berupa derma ikhlas atas nama pihak penganjur.

10. Setiap peserta yang menjawab soalan hendaklah memberikan jawapan yang jelas, lengkap dan menepati kehendak soalan. Jawapan yang kabur, tidak lengkap dan merapu memungkinkan peserta akan kehilangan markah.

11. Hanya peserta yang memberikan jawapan tepat dan terpantas sahaja yang akan diberikan markah. Kedudukan terkini markah akan dipos selepas pemenang-pemenang bagi setiap soalan diumumkan. Perolehan markah adalah seperti berikut;

3 point – jawapan tepat dan pertama pantas

2 point – jawapan tepat dan kedua pantas

1 point – jawapan tepat dan ketiga pantas

12. Hanya jawapan daripada posting pertama daripada setiap peserta sahaja yang akan dinilai. Sekiranya masa pengeposan jawapan daripada setiap peserta adalah sama, posting teratas akan diambilkira. Sebarang pengeditan jawapan dibenarkan namun peserta hendaklah berhati-hati kerana masa pengeditan tersebut yang akan diambikira oleh pihak juri dan bukan berdasarkan masa penghantaran jawapan.

13. Jawapan daripada setiap soalan hendaklah dihantar dalam posting yang baru. Namun peserta juga digalakkan untuk mengemukakan jawapan dalam bentuk 'quote' tanpa perlu memasukkan jawapan dalam kotak 'quote' soalan. Jawapan peserta hendaklah di luar kotak 'quote'. Ini bagi memudahkan pihak juri mengenalpasti jawapan yang diberikan.

14. Sekiranya terdapat seorang peserta sahaja yang dapat memberikan jawapan dengan tepat dan pantas, maka hanya peserta tersebut sahaja yang memperolehi 3 markah tanpa ada pemenang kedua dan ketiga.

15. Andai kata para peserta masih belum dapat menjawab dengan tepat dalam satu-satu soalan, maka pihak juri akan memaklumkan kepada para peserta agar terus menjawab soalan sehinggalah ada peserta yang dapat menjawab dengan tepat. Dalam situasi ini hanya peserta itu sahaja yang akan memperolehi 3 markah dan jawapan yang sama daripada peserta lain tidak akan diambilkira lagi sebagai pemenang kedua mahupun ketiga.

16. Pihak juri juga berhak memberikan 'pembayang' atau 'hint' untuk memudahkan para peserta menjawab soalan yang terlalu sukar tanpa perlu pihak juri meminta pandangan atau sokongan daripada para peserta. Ini bagi mengelakkan jawapan yang merapu-rapu sehingga menyebabkan lambakan posting yang tidak diperlukan dan tidak berkaitan.

17. Keputusan pihak juri adalah muktamad melainkan peserta dapat mengemukakan hujah/bukti yang amat kukuh bagi menyangkal jawapan daripada pihak juri. Sebarang bantahan yang tidak berasas tidak akan dilayan.

18. Pihak penganjur juga berhak memberi dan menarik balik markah sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan daripada pihak juri.

19. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab di atas segala kerugian atau dalam bentuk apa sekalipun daripada para peserta sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini. Segala kos adalah tanggungan sendiri.

20. Sebarang perubahan atau pindaan peraturan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Cadangan mahupun pendapat daripada para peserta amat dialu-alukan dan akan dipertimbangkan demi mempertingkatkan lagi mutu dan kualiti pertandingan ini pada masa akan datang.

ibnuwalidaini : Teman buka kepada sesiapa yang berbesar hati mahu menjadi penaja. Sekiranya ada ler..boleh kita berikan hadiah yang lebih besar lagi.

4
Isu Semasa / 12 jemaah ditembak mati ketika imam baca al-Fatihah
« about: 12 June, 2009, 04:52:03 AM »
NARATHIWAT (Selatan Thailand): "Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami," kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin.

Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu.

Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing.

Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat.

Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital itu. Hanya Nasir dan seorang lagi jemaah terselamat dalam serangan itu, tetapi terpaksa dirawat di Klinik Cho Airong dekat sini, ekoran trauma dan serangan jantung kerana terkejut.

Nasir berkata, tembakan bertalu-talu dari dari arah belakang dan tepi berlaku hampir 10 minit, menyebabkan ramai jemaah tumbang.

"Saya yang berada di hujung saf di sebelah kanan, turut merebahkan badan. Ketika kelam-kabut itu, saya merangkak di celah jemaah yang cedera dan berlumuran darah, menuju ke stor di sebelah tempat imam. Saya duduk di situ sehingga penyerang melarikan diri," katanya ketika ditemui semalam.

Walaupun bersyukur kerana terselamat dalam serangan itu, Nasir amat bersedih mengenangkan ramai jemaah termasuk Wan Abdullah yang menjadi korban serangan kejam itu.

Isteri Wan Abdullah, Yah Che Kob, 58, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya, kira-kira 50 meter di hadapan masjid berkenaanSecara tiba-tiba, saya terdengar bunyi tembakan bertalu-talu macam bertih goreng dari arah masjid. Saya terus berlindung di sebalik pintu rumah dan sejurus selepas itu, terdengar jeritan penduduk kampung menyatakan masjid diserang.

"Saya hanya mampu mendoakan keselamatan suami kerana saya tahu dia mengimamkan solat Isyak. Secara kebetulan anak lain keluar, jika tidak mereka juga berjemaah di masjid," katanya.

Yah berkata, jenazah suaminya hanya dapat dikeluarkan dari masjid itu kira-kira jam 7 pagi semalam.

"Serangan ini amat kejam. Mereka tergamak menyerang dan membunuh umat Islam yang sedang solat," katanya dengan nada sedih mengenangkan kematian suaminya yang sudah 15 tahun menjadi imam masjid itu.

Adik Wan Abdullah, juga seorang imam, Wan Ismail Wan Latif, 58, berkata selain abangnya, turut terkorban ialah lapan ahli kumpulan tabligh yang berkunjung ke masjid itu sejak tiga hari lalu.

Jenazah semua mangsa disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan kampung itu kira-kira 11 pagi semalam dengan dihadiri kira-kira 2,000 penduduk termasuk kumpulan pelajar pondok sekitar Narathiwat.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Razak Ali, yang meninjau tempat kejadian pagi semalam, mengutuk serangan kejam itu.

"Serangan kejam ini didalangi pihak yang tidak mahu melihat keamanan dinikmati semua penduduk di selatan Thailand. Mereka yang berbuat begini sebenarnya mahu melihat selatan Thailand terus berada dalam pergolakan," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati, dinding depan masjid dan cermin pintu turut mempunyai kesan peluru, dipercayai akibat tembakan yang tersasar, manakala sebahagian besar lantai dipenuhi darah jemaah yang terkorban. Kesan itu hanya dibersihkan kira-kira 2 petang semalam dengan sebuah lori tangki air yang dihantar pihak berkuasa tempatan.




5
Pentadbiran / Pengumuman Admin Baru Halaqah.Net
« about: 11 June, 2009, 12:23:33 AM »
 :) halaqian yang dikasihi Allah semua...

[box title=Pengumuman Admin Halaqah.Net]Alhamdulillah...bersyukur pada Allah, kerana Halaqah.Net semakin hari semakin mantap. Walaupun ada serba sedikit kekurangan di celah-celah kemantapan itu, sama-samalah kita memperbaikinya agar Halaqah.Net terus mantap dan maju di arena dakwah alam maya ini..insya Allah...amin..

Saya dengan ini mewakili Pengasas Halaqah.Net iaitu Ustaz Alhaudhie ingin mengumumkan bahawa telah melantik Puan Munaliza Ismail sebagai Admin Halaqah.Net yang baru. Perlantikan Admin baru Halaqah.Net ini telah berkuatkuasa bermula 1 Jun 2009.

Sehubungan dengan itu, mewakili pihak Ustaz Alhaudhie, saya mengharapkan agar semua halaqian dapat memberi kerjasama yang terbaik buat Admin Halaqah.net. Kerjasama yang kalian berikan ini diharapkan dapat memantapkan lagi dan melancarkan lagi perjalanan Halaqah.Net.

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, secara rasminya Admin Halaqah.Net kini adalah Puan Munaliza Ismail.

"HALAQAH ISLAM UNTUK SEMUA"

Sekian terima kasih..

Saya yang menurut perintah,
ibnuwalidaini.[/box]


6
Info HQ / Cadangan Radio Halaqah
« about: 22 May, 2009, 11:09:38 PM »
 :)

Teman sekadar nak bagi pandangan untuk halaqah..aper kata ke depan2 nanti nih..admin cuba usahakan untuk wujudkan HalaqahFM...ini rancangan jangka masa panjang laa..sekiranya sudah ada kekuatan dan kelengkapan pada masa skarang ini..rasanya boleh jugak diusahakan..

dalam siaran radio tu..boleh kita masukkan ceramah agama..nasyid2...lagu ketuhanan..ataupun slot2 lain yang dapat membina minda dan jiwa..

so apa pandangan admin dan halaqian yang lain..

7
Ulama' & Tokoh / Imam Al-Baihaqi
« about: 17 May, 2009, 11:15:24 PM »
Nama lengkapnya adalah Imam Al-Hafith Al-Mutaqin Abu Bakr Ahmed ibn Al-Hussein ibn Ali ibn Musa Al Khusrujardi Al-Baihaqi, adalah seorang ulama besar dari Khurasan (desa kecil di pinggiran kota Baihaq) dan penulis banyak buku terkenal.

Masa pendidikannya dijalani bersama sejumlah ulama terkenal dari berbagai negara, di antaranya Iman Abul Hassan Muhammed ibn Al-Hussein Al Alawi, Abu Tahir Al-Ziyadi, Abu Abdullah Al-Hakim, penulis kitab “Al Mustadrik of Sahih Muslim and Sahih Al-Bukhari”, Abu Abdur-Rahman Al-Sulami, Abu Bakr ibn Furik, Abu Ali Al-Ruthabari of Khusran, Halal ibn Muhammed Al-Hafaar, dan Ibn Busran.

Para ulama itu tinggal di berbagai tempat terpencar. Oleh karenanya, Imam Baihaqi harus menempuh jarak cukup jauh dan menghabiskan banyak waktu untuk bisa bermajelis dengan mereka. Namun, semua itu dijalani dengan senang hati, demi memuaskan dahaga batinnya terhadap ilmu Islam.

As-Sabki menyatakan: “Imam Baihaqi merupakan satu di antara sekian banyak imam terkemuka dan memberi petunjuk bagi umat Muslim. Dialah pula yang sering kita sebut sebagai ‘Tali Allah’ dan memiliki pengetahuan luas mengenai ilmu agama, fikih serta penghapal hadits.”

Abdul-Ghaffar Al-Farsi Al-Naisabouri dalam bukunya “Thail Tareekh Naisabouri”: Abu Bakr Al-Baihaqi Al Hafith, Al Usuli Din, menghabiskan waktunya untuk mempelajari beragam ilmu agama dan ilmu pengetahuan lainnya. Dia belajar ilmu aqidah dan bepergian ke Irak serta Hijaz (Arab Saudi) kemudian banyak menulis buku.

Imam Baihaqi juga mengumpulkan Hadits-hadits dari beragam sumber terpercaya. Pemimpin Islam memintanya pindah dari Nihiya ke Naisabor untuk tujuan mendengarkan penjelasannya langsung dan mengadakan bedah buku. Maka di tahun 441, para pemimpin Islam itu membentuk sebuah majelis guna mendengarkan penjelasan mengenai buku ‘Al Ma’rifa’. Banyak imam terkemuka turut hadir.

Imam Baihaqi hidup ketika kekacauan sedang marak di berbagai negeri Islam. Saat itu kaum Muslim terpecah-belah berdasarkan politik, fikih, dan pemikiran. Antara kelompok yang satu dengan yang lain berusaha saling menyalahkan dan menjatuhkan, sehingga mempermudah musuh dari luar, yakni bangsa Romawi, untuk menceraiberaikan mereka.

Dalam masa krisis ini, Imam Baihaqi hadir sebagai pribadi yang berkomitmen terhadap ajaran agama. Dia memberikan teladan bagaimana seharusnya menerjemahkan ajaran Islam dalam perilaku keseharian.

Sementara itu, dalam Wafiyatul A’yam, Ibnu Khalkan menulis, “Dia hidup zuhud, banyak beribadah, wara’, dan mencontoh para salafus shalih.”

Beliau terkenal sebagai seorang yang memiliki kecintaan besar terhadap hadits dan fikih. Dari situlah kemudian Imam Baihaqi populer sebagai pakar ilmu hadits dan fikih.

Setelah sekian lama menuntut ilmu kepada para ulama senior di berbagai negeri Islam, Imam Baihaqi kembali lagi ke tempat asalnya, kota Baihaq. Di sana, dia mulai menyebarkan berbagai ilmu yang telah didapatnya selama mengembara ke berbagai negeri Islam. Ia mulai banyak mengajar.

Selain mengajar, dia juga aktif menulis buku. Dia termasuk dalam deretan para penulis buku yang produktif. Diperkirakan, buku-buku tulisannya mencapai seribu jilid. Tema yang dikajinya sangat beragam, mulai dari akidah, hadits, fikih, hingga tarikh. Banyak ulama yang hadir lebih kemudian, yang mengapresiasi karya-karyanya itu. Hal itu lantaran pembahasannya yang demikian luas dan mendalam.

Meski dipandang sebagai ahli hadits, namun banyak kalangan menilai Baihaqi tidak cukup mengenal karya-karya hadits dari Tarmizi, Nasa’i, dan Ibn Majah. Dia juga tidak pernah berjumpa dengan buku hadits atau Masnad Ahmad bin Hanbal (Imam Hambali). Dia menggunakan Mustadrak al-Hakim karya Imam al-Hakim secara bebas.

Menurut ad-Dahabi, seorang ulama hadits, kajian Baihaqi dalam hadits tidak begitu besar, namun beliau mahir meriwayatkan hadits karena benar-benar mengetahui sub-sub bagian hadits dan para tokohnya yang telah muncul dalam isnad-isnad (sandaran : rangkaian perawi hadits).

Di antara larya-karya Baihaqi, Kitab as-Sunnan al-Kubra yang terbit di Hyderabat, India, 10 jilid tahun 1344-1355, menjadi karya paling terkenal. Buku ini pernah mendapat penghargaan tertinggi.

Dari pernyataan as-Subki, ahli fikih, usul fikih serta hadits, tidak ada yang lebih baik dari kitab ini, baik dalam penyesuaian susunannya maupun mutunya.

Dalam karya tersebut ada catatan-catatan yang selalu ditambahkan mengenai nilai-nilai atau hal lainnya, seperti hadits-hadits dan para ahli hadits. Selain itu, setiap jilid cetakan Hyderabat itu memuat indeks yang berharga mengenai tokoh-tokoh dari tiga generasi pertama ahli-ahli hadits yang dijumpai dengan disertai petunjuk periwayatannya.

Itulah di antara sumbangsih dan peninggalan berharga dari Imam Baihaqi. Dia mewariskan ilmu-ilmunya untuk ditanamkan di dada para muridnya. Di samping telah pula mengabadikannya ke dalam berbagai bentuk karya tulis yang hingga sekarang pun tidak usai-usai juga dikaji orang.

Imam terkemuka ini meninggal dunia di Nisabur, Iran, tanggal 10 Jumadilawal 458 H (9 April 1066). Dia lantas dibawa ke tanah kelahirannya dan dimakamkan di sana. Penduduk kota Baihaq berpendapat, bahwa kota merekalah yang lebih patut sebagai tempat peristirahatan terakhir seorang pecinta hadits dan fikih, seperti Imam Baihaqi.

Sejumlah buku penting lain telah menjadi peninggalannya yang tidak ternilai. Antara lain buku “As-Sunnan Al Kubra”, “Sheub Al Iman”, “Tha La’il An Nabuwwa”, “Al Asma wa As Sifat”, dan “Ma’rifat As Sunnan cal Al Athaar”.

8
Muslimah / Pakaian bukan penghalang.
« about: 05 May, 2009, 02:09:48 PM »










ermm bila la gamaknya nak dapat tengok polis wanita kat malaysia camni..

kredit to : ibnuhasyim.com

9
Isu Semasa / Manusia yang tidak berhati perut..
« about: 25 April, 2009, 11:57:28 PM »


berikutan kes ini..orang gaji tersebut menerima pembalasan nya..

Amah pijak anak majikan kena 2 tahun
Berita Harian 3 Nov 2007
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menolak, menendang dan memijak anak perempuan majikannya yang berusia tiga tahun, Ogos lalu.

Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Reni Neken, 27, dari Kupang, Indonesia, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 30 Ogos lalu.

Reni didakwa mencederakan Goh Ceng Yee, 3 tahun, di ruang tamu rumah mangsa di No A2-27-08, Putramas 2 Condo, Jalan Kuching di sini, jam 3.25 hingga 3.40 petang, 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang dipijak di bahagian perutnya oleh tertuduh sering mengadu kesakitan, namun apabila ditanya punca dia enggan menjawab.

Reni bagaimanapun, hanya memberi alasan mungkin kerana mangsa terlalu banyak mengambil minum ‘yogurt’. Bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian mengambil keputusan untuk memasang video kamera tertutup di ruang tamu rumahnya.
Hasil daripada rakaman itu, ibu bapa mangsa mendapati anak mereka didera dengan teruk dan membuat laporan polis.

ibnuwalidaini : kalo teman jumpa amah tuh..teman pijak2 dia pulak..

10
Uji IQ / Kuiz Halaqah siri percubaan..
« about: 12 April, 2009, 05:54:21 PM »
 :)

Selamat datang teman ucapkan pada semua halaqian...semoga keberadaan kalian di sini dapat memberi input yang berguna buat halaqian yang lain..insya Allah teman nak cuba buatkan sesi kuiz untuk halaqian semua..di bawah adalah syarat2 nya..

1) semua halaqian layak untuk menjawab kuiz
2) halaqian yang menjawab soalan dengan betul akan mendapat markah
3) jawapan betul yang pertama dikira sebagai penerima markah. satu jawapan betul 1 markah.
4) ruang lingkup soalan kuiz adalah berkisar tentang :
    - persoalan agama
    - persoalan isu semasa
    - persoalan pendidikan (tadika/sekolah/universiti)
    - pengetahuan am
5) soalan akan disediakan sepenuhnya oleh teman dan pembantu teman sendiri.
6) sebarang keputusan adalah muktamad..cewaahh...
7) hadiah akan diberikan kepada halaqian yang mendapat markah tertinggi..
8) tempoh kuiz utk percubaan ini maybe sebulan rasanya.
9) maka kalian kene selalu melawat halaqah untuk tidak ketinggalan menjawab soalan kuiz.

ibnuwalidaini : sebarang kekurangan yang berlaku nanti teman mohon ampun dan maaf..kerana ini adalah sesi percubaan..

11
Isu Semasa / Siti dan Dato' K bertemu dengan tok guru
« about: 02 April, 2009, 08:05:56 PM »
Siti Nurhaliza, Dato' K temui Nik Aziz
Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir
Thu | Apr 02, 09 | 7:34:54 pm MYT

KOTA BHARU, 2 April ((Hrkh) - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengunjungi hormat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut.


   
   
     

� Ketika ditemui selepas kunjungan itu beliau melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkan akhirnya menjadi kenyataan.

"Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media masa sahaja tanpa bertemu secara dekat.

"Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa.

"Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi," ujarnya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar berlangsung kira-kira setengah jam turut dihadiri suaminya, Dato' Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan 'Dato' K'.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan 'Siti' mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana diundang membuat persembahan pada majlis Sultan Kelantan sempena keputeraan baginda malam tadi.

Sempena kunjungan itu, Siti turut menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar juga menyampaikan cenderahati kepada mereka.

Pada pertemuan tersebut Datuk K juga bertanya tentang kesihatan Menteri Besar yang dihidapi sebelum ini.

Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar dan pejabat berdekatan turut mengambil peluang bertemu dengan selebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar. - mj

ibnuwalidaini : semoga selepas ini mereka terbuka pintu hati dan diberi hidayah oleh Allah untuk bersama perjuangan Islam..

13
Siswa/Siswi / Ruang ucapan tahniah untuk Pelajar
« about: 12 March, 2009, 01:26:36 PM »
 :)

Teman mulakan dulu untuk ucapan kepada pelajar lepasan spm di halaqah nih..tahniah untuk kalian yang baru sahaja menerima keputusan spm..semoga kejayaan yang diperolehi itu tidak membuatkan kita lupa kepada Allah yang mengizinkan kita berjaya..sujud lah kepadaNya sebagai tanda syukur kita padaNya..

Semoga kejayaan terus menjadi milik kalian dan semua warga halaqah.net...tahniah dari teman..

ibnuwalidaini : tahniah untuk kedua-dua adik teman yang baru sahaja ambik result tadi..walaupun diorang tak baca kat sini..tapi ucapan tahniah tetap teman tujukan untuk mereka..

14
Isu Semasa / Lagi umat islam dianiaya...
« about: 12 March, 2009, 10:07:26 AM »

Ledakan letupan bom yang berlaku di belakang peserta perarakan Maulidur Rasul di Akuressa, semalam. Kejadian yang disyaki dilakukan kumpulan pemberontak Harimau Tamil itu menyebabkan 14 maut dan 35 cedera, termasuk seorang menteri kabinet Sri Lanka. - Foto Reuters
[size=18]Al Fatihah...[/size]

15
Uji IQ / Soalan ramalan untuk anda...
« about: 12 March, 2009, 01:57:26 AM »
Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.
Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

p/s : jawapan akan teman berikan nanti..silalah buat pilihan masing2 terlebih dahulu...setara mana kebenarannya..terpulang pada kalian untuk menilai..ini hanya ramalan psikologi..layaaannnn

16
Kesihatan / Fungsi lubang hidung anda
« about: 11 March, 2009, 12:19:37 PM »
Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan, apakah fungsinya sama untuk menghirup dan membuang nafas?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaannya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan ( mengeluarkan sejuk).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh.

Jika Anda merasa penat, lakukan terbalik-balik. Tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sejuk.

Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah marah.

Apakah Anda ada memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?

Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat penat. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Selalulah mencuba terapi pernafasan ini, tubuh anda akan merasa sangat tenang sekali (rileks).

p/s : setara mana keberkesanan nya..marilah kita cuba..

17
Isu Semasa / Rakyat dibedil lagi..
« about: 08 March, 2009, 03:33:59 AM »




















































ibnuwalidaini : kesian rakyat

18
Hiburan / Panas!!! Filem yang Bakal Keluar..."Anu dalam Botol"...
« about: 05 March, 2009, 10:53:24 AM »
 Oleh ABD. AZIZ ITARaziz.itar@utusan.com.my

PENERBIT filem, Raja Azmi Raja Sulaiman tidak pernah serik menerbitkan filem-filem yang memaparkan pelbagai kisah yang berlaku dalam masyarakat, biarpun adakalanya ia berpotensi mencetuskan kontroversi.

Isteri kepada bekas jaguh beregu badminton negara, Jalani Sidek itu berkata, buah tangan terbarunya berjudul Anu Dalam Botol yang berkisar tentang hubungan homoseksual juga diramalkan mampu menjurus ke arah itu.


RAJA AZMI RAJA SULAIMAN

Gambar Raja Azmi dipadamkan oleh ADMIN


Menurut Raja Azmi, beliau tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi dalam filem terbitannya itu. Sebaliknya, katanya ia merupakan paparan gejala tidak sihat yang sedang berlaku dalam masyarakat hari ini walau di mana-mana juga.

"Saya timbulkan permasalahan itu berdasarkan pengalaman anak lelaki saya, Megat Deli yang suatu ketika dulu seakan-akan mahu menjurus ke arah menjadi lelaki lembut. Tetapi mujurlah perkara itu tidak terjadi ke atasnya.

"Ketika umurnya 10 tahun, saya dapat lihat perubahan pada dirinya. Malah, anak saya itu kata, pernah ada rakan sebayanya yang meminatinya. Sekarang ini keadaannya sudah kembali normal dan dia juga kata sudahpun ada teman wanita.

"Senario itu jika tidak dikawal, ia akan melarat. Megat Deli sekarang berusia 14 tahun. Dia kini membesar sebagai kanak-kanak lelaki yang normal," katanya ketika ditemui di Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.

Jelas Raja Azmi, filem dalam genre 'drama gelap' itu antara lain mungkin mencetuskan kontroversi kerana jalan ceritanya yang mengisahkan tentang hubungan seks sejenis yang banyak berlaku pada hari ini.

Katanya, filem yang bakal dilakonkan oleh Aaron Aziz itu mengisahkan seorang lelaki yang sanggup membuang kemaluannya semata-mata kerana mahu berpasangan dengan teman lelaki yang dicintainya.

"Sayangnya, selepas dia menukar jantina, teman lelakinya itu pula tidak menghargainya," ujarnya.

Filem terbitan syarikat Pengedaran JAS Sdn. Bhd. dengan kos sekitar RM600,000 itu akan mengambil khidmat Adlin Aman Ramlie selaku pengarah pemilihan pelakon dan Sutex pula sebagai penulis skrip.

Tambahnya, selain jalan cerita tentang hubungan homoseksual sepasang lelaki, filem yang bakal diarahkan oleh Mohd. Shadan Hashim itu juga mungkin boleh mencetuskan kontroversi berdasarkan judulnya.

Bagaimanapun, beliau sudahpun bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan jika filem kelima terbitannya itu dikritik masyarakat.

"Antara perkara yang mungkin akan mencetuskan kontroversi ialah perkataan 'anu' pada judul filem ini. Daripada segi makna 'anu' seperti tercatat dalam kamus boleh jadi apa-apa juga maksud. Terpulanglah kepada tafsiran seseorang itu.

"Tetapi kalaulah hanya disebabkan judul filem ini menjadi isu dan ia diharamkan, maka saya rasa kurang wajarlah. Malah, kalaulah ditakdirkan filem ini kena gam, saya terpaksa akur dan menganggapnya sebagai cabaran," katanya.

Anu Dalam Botol atau judulnya dalam bahasa Inggeris, Bottle In The Closet akan memulakan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur pada Februari tahun depan dengan menampilkan beberapa pelakon baru.

Sebelum ini Raja Azmi pernah menerbitkan empat filem berjudul Black Widow, Mas Melayu, Cinta 200 Ela dan Haru-Biru.

http://www.utusan.com.my

19
Isu Semasa / Pengajaran utk semua
« about: 04 March, 2009, 12:24:49 PM »


Pencuri Mati Tersepit Di Lantai Rumah - malaysiakini
Tuesday, February 10, 2009 5:25 PM
From:"Topengperak_Xinwugi®"

DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.

Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.

Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.

"Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.

Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.

Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.

Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya


p/s : Allah nak tarik nyawa kita bila2 masa jer..ya Allah..ampunilah dosa hambaMu ini..amin..

20
Hiburan / Koleksi Kartun Zunar
« about: 04 March, 2009, 10:45:18 AM »


kartun zunar..kartun zunar ...kartun zunar ....kartun zunar

Pages: [1] 2 3