.::*~Halaqah~*::. Forum Komuniti Muslim & Muslimah

Halaqah Raudhah => Kesihatan => Topik dimulakan oleh: Abi Naim on 18 July, 2009, 09:26:40 AM

Tajuk: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: Abi Naim on 18 July, 2009, 09:26:40 AM
 :)
KAJIAN di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang dan mereka juga tidak tahu mengenainya.

Ujian saringan mudah di mana-mana klinik atau hospital dapat menunjukkan jika anda salah seorang daripada mereka.

Thangachiammah M. Muthoo 51, tidak tahu bahawa dia mengalami diabetes dan gejala tersebut perlahan-lahan merosakkan buah pinggangnya. Dia menerima rawatan dialisis di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) sejak enam tahun lalu.

Aris Said, 53, pula merupakan pesakit dialisis di NKF sejak beberapa tahun lalu dan sebelum ini tidak tahu bahawa dia mempunyai tekanan darah tinggi dan diabetes. Dia juga tidak menyedarinya kerana dia berasa sihat, sehinggalah suatu hari kedua-dua belah buah pinggangnya berhenti berfungsi.

Shamsuddin Mohd Nor, 30, tidak pernah menyangka bahawa dia akan mendapat penyakit kronik ini. Dia sering mengalami sakit belakang yang berterusan. Ia merupakan penyakit buah pinggang kronik yang tidak diketahui puncanya. Dia terpaksa menerima rawatan dialisis sepanjang hayatnya.

Anda mungkin pernah mendengar cerita tentang individu-individu mengalami kegagalan buah pinggang secara tiba-tiba. Kenyataannya, buah pinggang mereka telah lama mengalami kerosakan tanpa disedari. Mereka mengalami kerosakan buah pinggang yang kronik, tiada tanda-tanda atau secara senyap, dan kadang-kala berkekalan selama bertahun-tahun lamanya. Bagaimanapun, apabila tiba masanya, gejala-gejala tersebut akan timbul tetapi pada masa itu, keadaan telah menjadi serius dan kerosakan yang terjadi tidak dapat dipulihkan lagi. Kebanyakan penapis kecil yang dipanggil nefron di dalam buah pinggang sudah rosak dan hanya tinggal beberapa nefron yang terpaksa bekerja keras untuk menapis darah. Tanpa rawatan, semua nefron akan musnah dan kerosakan buah pinggang kekal terjadi.

Tanda-tanda kerosakan buah pinggang:

* Kerap membuang air kencing terutamanya pada waktu malam, lama-

kelamaan semakin berkurangan dan jumlah air kencing juga akan berkurangan

* Retensi (penakungan) air kencing menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak

* Sering gatal di bahagian badan tanpa sebab yang nyata

* Air kencing yang berbuih kerana kehadiran protein

* Cepat letih dan mengantuk

* Kerap sakit kepala

* Mengalami masalah tidur

* Kurang selera makan dan penurunan berat badan

* Terasa seperti hendak muntah, loya

* Darah di dalam air kencing

Sebab-sebab kerosakan buah pinggang kronik (CKD)

Perunding Nefrologi dan Setiausaha Kehormat Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Thiruventhiran Thilaganathan menyatakan buah pinggang adalah satu struktur yang agak rapuh dan perlu dilindungi daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan CKD.

“Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

“Tiga punca utama kerosakan buah pinggang di Malaysia adalah diabetes yang tidak terkawal (57 peratus daripadanya merupakan kes kerosakan buah pinggang kronik), sebab yang tidak diketahui (27 peratus) dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal (enam peratus),” katanya.

Diabetes adalah penyakit di mana konsentrasi gula di dalam darah adalah tinggi. Lama-kelamaan paras gula yang tinggi akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

Tekanan darah tinggi (hipertensi) pula adalah situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang. Ini adalah berita buruk terutamanya kepada pesakit diabetes kerana 60 peratus daripada mereka akan mempunyai tekanan darah tinggi.

Masa untuk melakukan ujian!

Perunding Nefrologi dan ahli Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Goh Bak Leong berkata, kira-kira 14 peratus golongan dewasa di Malaysia menghidap diabetes.

“Bilangan kes tekanan darah tinggi bagi orang dewasa yang berumur 30 tahun ke atas pula mencecah 42.6 peratus,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, disebabkan kedua-dua diabetes dan hipertensi mungkin berlaku tanpa simptom, ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa paras gula dalam darah mereka atau tekanan darah mereka tidak normal.

Tambahnya, mereka juga tidak tahu bahawa mereka mengalami kerosakan buah pinggang kronik atau pada tahap yang serius.

Timbalan Pengerusi Kedua dalam Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Tan Chwee Choon pula menyatakan kegagalan buah pinggang perlu dikesan pada peringkat awal.

“Lebih awal anda mengetahui masalahnya, lebih cepat ia dapat dirawat bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk.

“Anda perlu berusaha menjaga buah pinggang anda dan mencegah dari terjadi kerosakan buah pinggang kronik,” jelasnya.

Pemeriksaan kesihatan Bergerak NKF Lifecheck telah memeriksa lebih 4,000 orang di Lembah Klang sejak ia mula dilancarkan pada Januari 2008.

Pengerusi Lembaga Pengurusan NKF, Dr S. S. Gill berkata NKF Lifecheck adalah sebahagian daripada program pendidikan komuniti dikenali sebagai ‘Kidney Care’.

“Bas bergerak NKF Lifecheck akan melawat syarikat-syarikat dan komuniti setiap hari bagi menawarkan ujian untuk mengesan protein di dalam urin (salah satu daripada tanda awal kerosakan buah pinggang kronik), paras gula yang tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi, kolestrol darah yang tinggi dan ujian juga dilakukan dengan mengukur status berat badan.

“Peserta yang mengambil bahagian juga diberikan kaunseling oleh kakitangan yang berkelayakan sementara individu yang disyaki mempunyai kerosakan buah pinggang, diabetes atau tekanan darah tinggi akan dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui diagnosis dengan lebih tepat,” ujarnya.

Menurut beliau, ujian dan kaunseling dicaj sebanyak RM2 bagi setiap individu.

Perkhidmatan yang boleh dianggap percuma ini adalah hasil usahasama Sunway Group dan syarikat-syarikat yang mengambil berat mengenai kesihatan komuniti. Kerosakan buah pinggang kronik adalah penyakit serius. Hari buah pinggang sedunia pula baru sahaja berlalu dengan slogan “Adakah buah pinggang anda sihat?” Jika anda tidak tahu jawapannya, tanyalah kepada doktor anda hari ini.

Artikel ini ihsan NKF KIDNEY CARE, iaitu program pendidikan komuniti oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) yang turut menawarkan subsidi rawatan dialisis dan ubat-ubatan percuma, ujian makmal, rawatan susulan dan memberi kebajikan kepada pesakit buah pinggang. NKF juga mengalu-alukan derma dari orang awam untuk memberi sokongan kepada pesakit buah pinggang. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.nkf.org.my atau hubungi NKF Hotline 1300-88-3110.

Bacaan normal untuk buah pinggang yang sihat

* Gula dalam darah kurang dari 5.6 mmol/L (tidak berpuasa)

* Tekanan darah kurang dari 130/90 mmHg

* Ujian urin tiada protein, tiada gula, tiada darah

* Ukuran pinggang kurang dari 102 cm (lelaki), kurang dari 88 cm (wanita)

* Indeks berat badan Antara 18.5 -24.9 kg/m2

BACA IKLAN DAPAT WANG : http://bux.to/?r=mazlan65 ($2)

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: hafiziheffi on 18 July, 2009, 10:41:20 AM
apakah cara mengatasinya??
britahula ana.

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: Dol_Bendol on 18 July, 2009, 11:19:09 AM
mau selamat ke anggota dalam anda/ takisah la apa u makan ke minum, tetapi terjaga, mahu tahu ke rahsianya, siapa ada dalam tubuh you, buatlah seniri jika tahu, jika mahu trylah jumpa kami, tak berani takut sesat kaaa, bawalah orang agama yg u yakini, sampai kita bicara, apa itu apa ini, jika mahu pastu, pilihan di tangan sendiri,

no hard feeling, what u believe is ........  what u did what u do, may may may IT

semuga di terima di sisi Allah

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: Daeng Acan on 15 January, 2010, 09:25:06 AM
 :)

Belom lagi cekup...takut gak..

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: Nor_207 on 15 January, 2010, 10:58:05 AM
Boleh bagitau, apa punca yg selalu sebabkan sakit buah pinggang selain dari diabetes?

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: Awit1910 on 15 January, 2010, 11:05:03 AM
Boleh bagitau, apa punca yg selalu sebabkan sakit buah pinggang selain dari diabetes?

Batu karang, akibat terlebih garam... garam berkumpul membentuk batuan di dalam saluran air kencing...

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: fzi on 15 January, 2010, 11:09:55 AM
Boleh bagitau, apa punca yg selalu sebabkan sakit buah pinggang selain dari diabetes?

Salam...
Sama macam Nor...saya pun nak tau...

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: Dol_Bendol on 15 January, 2010, 11:52:59 AM
buah pinggang, atau batu karang, atau barah, di manapun, di atas segala maklumat, saintifik tu, sebenarnya, ada makhluk halus, iaitu syaitan yg dalam darah ia bersama tu, menyebabkan penyakit, agar di timpakan kesusahan kepada diri manusia tu, agar lalai Ingat Allah

jika mahu jaga organ dalaman, bolehlah datang bertamu, jumpa kami, belajar ILMU, tetapi kosnya, RM177 setiap level, ada 6 level. Program mencapai 6 tahun, tetapi tak ada perguruan sepertimana kolej universiti. walaupun lebih Hebat Ilmu ini, dah ambil baru tahu kebesaran Allahu

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: Nor_207 on 15 January, 2010, 01:33:03 PM

Dol, adakah ini lebih kurang macam perawatan Islam macam Darul Syifa'? Kat mana kalau nak belajar?

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: cahayalurus on 15 January, 2010, 01:37:06 PM
Sakit buah pinggang dan batu karang adalah disebabkan berkumuh tidak tepat pada waktunya, apabila panggilan tidak dilayan, mereka membentuk batu karang tersebut.....so petua nya minum air mineral banyak2 kemudian layanilah panggilan fitrah tersebut

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: Deena Darwisy on 15 January, 2010, 01:39:56 PM
Ohhh tidak..
Seawal 5 tahun saya sudah menghidapi kerosakan buah pinggang..
Tapi Alhamdulillah belum sampai tahap dialisis

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: badryl3 on 15 January, 2010, 03:08:52 PM
tak sangka pula deena sakit buah pinggang......minum air kosong banyak2.

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: Dol_Bendol on 15 January, 2010, 03:32:57 PM
Nak belajar kena datang bertamu, di kg kancung darat, banting, selangor atau YM saya, pm saya, atau call saya

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: rahmanw on 15 January, 2010, 04:03:17 PM
Tanda-tanda kerosakan buah pinggang:

* Kerap membuang air kencing terutamanya pada waktu malam, lama-
kelamaan semakin berkurangan dan jumlah air kencing juga akan berkurangan
yang ni tak ada

* Retensi (penakungan) air kencing menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak
bengkak tak ada...tapi mata selalu pedih

* Sering gatal di bahagian badan tanpa sebab yang nyata
pernah gak jadi...sekarang dah tak ada

* Air kencing yang berbuih kerana kehadiran protein
yang ni tak check la plak

* Cepat letih dan mengantuk
cepat letih tu tak tapi selalu mengantuk

* Kerap sakit kepala
ada jugak sekali sekala sakit...berdenyut denyut

* Mengalami masalah tidur
masalah camne tu?sebab saya mudah mengantuk

* Kurang selera makan dan penurunan berat badan
saya kurang makan tapi selera ada...cuma mungkin sebab saya ada gastrik...kadang2 perut pedih bila makan...

* Terasa seperti hendak muntah, loya
tak ada

* Darah di dalam air kencing
tak ada

PERSOALANNYA...CAMNE KEADAAN BUAH PINGGANG SAYA?

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: Nor_207 on 15 January, 2010, 06:57:38 PM
Rahmanw,

tak leh le nak jawab, kalau nak kepastian, pergi je jumpa Doktor ye

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: Dol_Bendol on 15 January, 2010, 07:01:02 PM
RahmanW bukan masalah buah pinggang tapi ada sesuatu dalam diri kena buangkan, nanti sihatlah, waraslah
jika yakin dgn Allah, marilah berubat, tapi biasalah, kena caj RM177, nanti dapatlah ILMU dari kami, .................kena bertamu baru tahu, apa ilmunya

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: myfirstladym on 31 January, 2010, 11:30:50 AM
buah pinggang, atau batu karang, atau barah, di manapun, di atas segala maklumat, saintifik tu, sebenarnya, ada makhluk halus, iaitu syaitan yg dalam darah ia bersama tu, menyebabkan penyakit, agar di timpakan kesusahan kepada diri manusia tu, agar lalai Ingat Allah

jika mahu jaga organ dalaman, bolehlah datang bertamu, jumpa kami, belajar ILMU, tetapi kosnya, RM177 setiap level, ada 6 level. Program mencapai 6 tahun, tetapi tak ada perguruan sepertimana kolej universiti. walaupun lebih Hebat Ilmu ini, dah ambil baru tahu kebesaran Allahu

Mahalnye cos nak belaja....camne tu bgtau lah...

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: myfirstladym on 31 January, 2010, 11:32:08 AM
RahmanW bukan masalah buah pinggang tapi ada sesuatu dalam diri kena buangkan, nanti sihatlah, waraslah
jika yakin dgn Allah, marilah berubat, tapi biasalah, kena caj RM177, nanti dapatlah ILMU dari kami, .................kena bertamu baru tahu, apa ilmunya

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: Dol_Bendol on 31 January, 2010, 12:37:20 PM
kena bertamu.........macam kanak kanak, tahuke belajar apa di sekolah, first day nangis doh, pastu sebab ada ramai kawan suka lompat sana sini, naik darjah tau baca

Ilmu lain kenapa ragu ragu

kan dah di beritahu, nak tahu kena bertamu...maila jumpa, hiks,

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: cahaya pencinta on 31 January, 2010, 03:26:15 PM
tak sangka pula deena sakit buah pinggang......minum air kosong banyak2.

 :)
maaf.tapi sakit buah pinggang tak boleh minum air banyak2..sebab buah pinggang tak dapat berfungsi dengan baik untuk buang air yang berlebihan dalam badan..nanti boleh bengkak badan sebab air banyak kat tisu2..bahaya..pesakit buah pinggang kena ada fluid restriction..kalau deena dah ada dari kecil tentu deena tahu kan?dan kena ambil ubat lasix untuk bantu perkumuhan air kencing tu..

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: cahaya pencinta on 31 January, 2010, 03:31:19 PM
Boleh bagitau, apa punca yg selalu sebabkan sakit buah pinggang selain dari diabetes?

Salam...
Sama macam Nor...saya pun nak tau...

darah tinggi pun boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang bila diiringi dengan blockage pada salur darah(biasanya plak cholesterol)..prosesnya sama macam serangan jantung bila oksigen kurang pada organ, tisu2 mula kurang fungsinya ataupun mati terus..jadi jaga tekanan darah sebab tekanan darah antara faktor boleh ubah dengan penjagaan kesihatan selain daripada disebabkan genetik..insyaAllah dengan menjaga kesihatan dengan baik buah pinggang akan sihat..sebelum kena sakit ni kena lah minum air banyak2 supaya toxic boleh dikumuhkan..selepas kena memang kena jaga pengambilan air..
oh ye, cholesterol jangan lupa jaga..dan jangan sangka orang berbadan besar je tinggi kolesterol sebab kolesterol bukan lemak..tapi ia ada dalam darah..kurangkan makan lewat malam sebab kolesterol jahat terbentuk waktu malam dan ia boleh menyebabkan kolesterol baik berkurang.

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: Riot_heroes on 31 January, 2010, 07:31:42 PM
6 analit ini kami gunakan untuk menilai buah pinggang anda

1. Urea
2. creatineine
3. uric acid.
4. sodium
5. Potassium
6. Chloride

Meh la sini kalu nak test....

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: cahaya pencinta on 31 January, 2010, 08:51:26 PM
6 analit ini kami gunakan untuk menilai buah pinggang anda

1. Urea
2. creatineine
3. uric acid.
4. sodium
5. Potassium
6. Chloride

Meh la sini kalu nak test....

kerja kat makmal ke? kalau kat HUKM ni kami panggil orang makmal sebagai orang underground..sebab makmal semua kat bawah tanah..hehe..

sebenarnya nak tambah satu lagi yang boleh menyebabkan sakit buah pinggang..SLE..systemic lupus erythemathosis..(betul ke eja ni?) penyakit yang mana immune system badan menyerang badan sendiri..perlu makan immunosuppression (ubat yang merendahkan immune system) dan kalau tak makan ubat, tak jaga dengan betul boleh jadi sakit buah pinggang, akut mahupun kronik..(kisah benar seorang kenalan)

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: mysteri_khai on 31 January, 2010, 09:13:42 PM
aduiii nah...sy xfham ape bnd yg di sebut..wlaupun sy first aider pertahanan awam..tp xske biologi dn blaja bahagian dalam...huhuhuhu...hnya psikologi je yg sy tau...huhuhuhu

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: hana USIM on 01 February, 2010, 01:25:13 AM
apa tanda2 penykt buah pinggang....

Tajuk: Re: Adakah buah pinggang anda sihat?
Dikirim oleh: cahaya pencinta on 01 February, 2010, 04:15:52 AM
 :)

Early chronic renal insufficiency (Stages 1 to 2)

-tanda fizikal:biasanya simptom sikit atau tak ada langsung.mungkin ada protein dalam air kencing.
-ujian darah: ujian darah ada peningkatan serum creainine.tapi bila ada serum creatinine meningkat maknanya buah pinggang dah rosak 50%.
-ujian air kencing:ada satu ujian dipanggil urine dipstick(air kencing diuji guna sejenis strip yang ada indicator)nanti sama ada, ada protein dalam air kencing, darah etc..kalau ada kena buat ujian lain2 lagi
-tekanan darah tinggi: orang yang ada tekanan darah tinggi perlu berhati2 dan mungkin boleh buat ujian ar kencing regularly.
-anemia:kurang sel darah merah, kelihatan pucat dan selalu lemah dan tak bertenaga.selalunya sebab protein banyak keluar dari air kencing menyebabkan anemia ni.

Advanced chronic renal insufficiency (Stages 3 to 4)

    * Physical symptoms

You may still feel completely normal at this stage, or you may begin to experience one or more of the following symptoms:

    * Serum creatinine:tinggi
    *rasa lemah dan penat
    *tembam air dan bengkak: pada kaki atau tangan
    * skit belakang.biasanya rasa macam sakit yang bukan mencucuk2(dull pain apa ntah dalam Melayu) pada bahagian bawah belakang pada satu bahagian.
    * selera makan berubah.makanan yang dimakan rasa pelik
    * Urine.air kencing.jumlah, warna dan kekerapan air kencing berubah.tapi warna air kencing pada stage ni mungkin normal dan kehadiran protein dalam air kencing tadi mungkin semakin baik.
    * tekanan darah tinggi
    * penghadaman tak bagus, perlahan

End-stage renal failure (or late chronic renal insufficiency)
These are the common symptoms you may experience at this stage (and some people may start experiencing some of these earlier):

    * Symptoms

    * anemia (may begin earlier than this)-kurang sel darah merah:pucat
    * easy bleeding and bruising;senang berdarah dan lebam2
    * headache-sakit kepala
    * fatigue and drowsy feeling (more than normal or  for you):rasa penat dan "drowsy-in BM tak tau la"
    * weakness:lemah
    *  tanda pada mental function:kurang alert, susah nak fokus, konfius, serangan sawan
    * loya, muntah dan hilang selera makan.
    * selalu haus
    * muscle cramps, muscle twitching;kekejangan otot;twitching ni macam berdenyut2
    * nocturia:buang air pada waktu malam lebih kerap
    * kebas pada kaki dan tangan
    * diarrhea, cirit birit
    * eyeskulit dan mata gatal
    * perubahan warna kulit-kekelabuan, coklat-kekuningan
    * bengkak air(oedema-tekan pada bengkak ambil masa untuk lekuk kembali ke asal.)
    * kesukaran bernafas (pengumpulan air pada paru2, sebab air tak dapat dikumuh dengan baik)
    *tekanan darah tinggi
    * keinginan seksual berkurang
    *perubahan pada kitar haid(susah nak mengandung)
    *air kencing berkurang sebab buah pinggang dah tak boleh berfungsi nak filter air dengan baik.
    * penghadaman tak bagus

**sumber rujukan;diterjemah dari): http://www.igan.ca/id77.html ($2)